Featured By: Ad Ops May 29, 2020 @ 6:31pm

Masih ada cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung, tetapi kes makin berkurangan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan sebanyak 434 kenderaan cuba untuk merentas sempadan negeri atas alasan mahu pulang ke kampung, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah berkenaan bagaimanapun dilihat berkurangan jika dibandingkan pada hari sebelumnya iaitu sebanyak 842 kenderaan.

“Negeri yang mencatat jumlah cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung yang tertinggi ialah Kedah iaitu sebanyak 87, Negeri Sembilan (83) dan Melaka (59).

“Kesemua kenderaan yang cuba merentas negeri itu telah diarahkan untuk berpatah balik,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini.

Pihak polis melaporkan sebanyak 252,799 kenderaan diperiksa dalam 149 sekatan jalan raya yang dilakukan, semalam.

PDRM turut melaporkan menahan 114 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB termasuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang mana 86 individu direman dan 28 individu dijamin polis.

Kredit gambar: Berita Harian

Ismail Sabri berkata, PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 433 individu di atas pelbagai kesalahan ingkar SOP PKPB.

“Sebanyak 114 kompaun dikeluarkan di lapangan yang mana 108 dikeluarkan di sekatan jalan raya. Alhamdulillah, tiada kompaun dikeluarkan oleh PDRM atas kesalahan ziarah Aidilfitri.

“Sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua agar berikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan mematuhi setiap arahan dan SOP yang dikeluarkan Kerajaan kerana pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai penutupan taman rekreasi, Taman Tasik Titiwangsa kepada awam semalam dipercayai berikutan wujud pelanggaran SOP.

Kredit gambar: Oh! Media

“SOP yang dikeluarkan sudah jelas iaitu mana-mana tindakan yang boleh menyebabkan perkumpulan ramai itu adalah salah kerana ianya terletak di bawah senarai yang terlarang.

“Hak dan kuasa untuk menutup terletak pada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan saya serahkan kepada PBT untuk membuat keputusan menutup atau tidak,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jul 2018
Featured Wed, 19 Apr 2023
Featured Wed, 20 Sep 2023

Handal Dalam Bidang Muzik & Masakan, Sid Murshid Tak Syok Sendiri

Power lah Sis! Semua dia boleh🙌🙌🙌

Featured Fri, 24 Feb 2023
Featured Fri, 9 Dec 2022

Masih Dihantui Masa Lalu, Aisha Retno Susah Nak Move On Dalam I.L.S.M

Sedihnya lagu baru Aisha ni tapi sumpah best!

Eat Travel Fri, 26 Jul 2019