familuv By: Yanie Baharom May 8, 2020 @ 11:00am

Masih dalam pantang tapi syok layan syabu, surat beranak anak pun tak ada!

Masih dalam pantang, tetapi syok layan syabu. Apalah nak jadi dengan dunia sekarang!

Pengenalan yang bukan sekadar nak bikin gempak, tapi berita ini adalah kisah benar yang berlaku dalam kalangan masyarakat, tetapi kita sahaja yang tidak menyedarinya.

Kisah keluarga malang, berlaku di utara Malaysia atau lebih spesifik, Kampung Padang Hang, Kota Setar, Alor Setar, Kedah.

Melalui satu aktiviti lawatan yang diadakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Setar, menemukan kediaman rumah pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dengan dadah.

Tambah menyedihkan, pasangan ini mempunyai lima orang anak yang terpaksa bergelumang dengan dadah apabila kedua ibu bapa menjadikannya rutin buat mereka berdua.

Menurut Dr Zaki Zamani Abd Rashid menerusi perkongsian di Facebook, mendedahkan betapa seriusnya masalah ini.

Suami isteri positif dadah

“Pada 29 April 2020 bersamaan 6 Ramadan 1441H, iaitu hari ke-43 PKP, dengan kebenaran pergerakan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), mengadakan lawatan di sebuah kediaman terletak di Padang Hang.

“Lawatan bersepadu ini disertai oleh Pegawai-pegawai AADK Daerah Kota Setar, Ketua-ketua Balai Polis Anak Bukit dan Alor Janggus, Pelindung Kanak-kanak dan Kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar dan saya sendiri mewakili Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar.

“Dalam lawatan ini didapati satu pasangan suami isteri terlibat dengan dadah. Anak mereka 5 orang, dua orang tiada surat beranak, anak kedua berumur 7 tahun tidak pernah bersekolah.

“Anak bongsu berumur baru seminggu. Bapa mereka dan adiknya didapati positif methamphetamine dan kedua-duanya telah dibawa ke pejabat AADK,” katanya.

Layan syabu ketika pantang

Isterinya berpantang di rumah keluarganya yang berdekatan bersama empat anak yang lain. Hanya seorang anak tinggal bersama bapanya ketika ini. Si isteri mengaku mengambil syabu kali terakhir beberapa hari lalu, tetapi disebabkan masih berpantang dan menyusu, AADK akan memantaunya sehingga habis tempoh berpantang.

Semua anak mereka diletakkan di bawah jagaan datuk mereka terlebih dahulu kerana keadaan rumah di situ lebih selamat.

Pihak Pelindung Kanak-kanak JKM akan terus memantau kanak-kanak ini, dan perkara-perkara berkaitan pendaftaran dan persekolahan akan diselesaikan selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya tidak dapat membayangkan bagaimana sebuah keluarga bersama 5 orang anak kecil boleh hidup dalam rumah sebegitu rupa. Ini bukan masalah kemiskinan semata-semata tetapi disebabkan kegagalan ibu bapa berfungsi akibat pengaruh dadah.

“Dadah akan melenyapkan fungsi sosial seseorang manusia yang waras,” kata Dr Zaki Zamani yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah.

Menerusi coretannya itu, beliau juga berharap masyarakat lebih peka dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada kes sebegitu demi menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian ibu bapa.

Sumber dan foto: Dr Zaki Zamani Abd Rashid

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 15 Oct 2018

4 Tanda Sakit Anak Yang Anda Tak Boleh Hiraukan Demi Kesihatannya

Ia mungkin petanda untuk sesuatu penyakit yang lebih serius.

Cahaya Mata Wed, 24 May 2023

Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua – “Kami Percaya Dengan Takdir & Perancangan Allah…”

Allahuakbar… berat ujian Ryzal dan Maryam 😢😢 Insya-Allah, ada rezeki lain suatu hari nanti ❤️

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Sun, 24 Oct 2021

“Makanan Busung Berulat, Sofa Rosak, Tahi Kucing Merata, Bau Hancing” – Penyewa Dari ‘Neraka’ Buatkan Owner Rugi RM15,000

Kisah penyewa tidak menjaga rumah dengan baik bukanlah satu perkara baharu. Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Wanie (@waniejas.property), dia berkongsi mengenai keadaan rumah yang ditinggalkan penyewa. @waniejas.property Penyewa […]

Featured Mon, 1 Aug 2022
Featured Thu, 22 Dec 2022

“Belah Sana Minta Macam-Macam, Funny! Maruah Tak Ada Sebab Duit” – Puteri Sarah Respons Dakwaan Mahu Harta Suami

Amboiiii, sedap mulut ek cakap Puteri Sarah nak harta suami 😵‍💫 She wanita bekerjaya okayyy 🤩🤩