Featured By: Yanie Baharom April 26, 2020 @ 2:00pm

Masih menyusu badan? Ini 6 pantang larang kecantikan dilarang keras untuk kamu!

Setelah melahirkan anak dan selesai proses berpantang, tentulah orang perempuan nak ‘pasang badan’ semula, betul tak?

Lazimnya, sepanjang proses kehamilan, ibu hamil bukan sahaja mengalami pertambahan berat badan, rambut gugur, rekahan selulit di perut, kulit berjerawat, malah segelintir daripadanya mengalami perubahan atau pigmentasi kulit yang menyebabkan tompokan hitam pada wajah.

Tetapi tahukah anda, ada pantang larang ibu menyusu sebelum anda boleh memilih sebarang produk kecantikan ini untuk dipakai?

Hal ini kerana sesetengah produk kecantikan boleh meresap ke dalam darah, sekali gus membahayakan dan menjejaskan kualiti susu ibu.

Di sini Hijab & Heels senaraikan, amalan kecantikan dan jenis produk yang tidak boleh dipakai atau dimakan oleh ibu yang menyusu badan.

1. Ubat jerawat

Pasti ramai tertanya-tanya kenapa ubat jerawat tidak boleh digunakan? Berikut merupakan 4 bahan yang terkandung di dalam produk memulihkan jerawat.

  • Benzoil Peroksida: Bersifat sederhana dan akan serta merta terlerai apabila memasuki badan. Bahan ini pilihan paling selamat untuk diambil ketika anda menyusukan anak.
  •  Asid Salisilik (0.5-2%): Boleh masuk ke saluran darah dan susu ibu. Sebaiknya, elakkan ubatan yang mengandungi bahan ini ketika anda menyusu bayi.
  •  Asid laktik and asid glikolik: Digunakan sebagai agen penghakis kulit untuk merawat jerawat dan parut. Bahan ini ada secara semula jadi dalam bayi, maka ia selamat digunakan.

2. Pil pemutih kulit

Foto: Hijabista

Bahan wajib digunakan dalam rawatan pemutihan kulit adalah hidrokuinon.

Tidak hanya hidrokuinon, ia juga mengandungi merkuri dan retinoid yang mempunyai impak buruk terhadap sel-sel saraf si ibu yang mengamalkan pengambilan ubat ini secara konsisten dan menyusukan bayi mereka, yang menyebabkan bayi mengalami alahan kulit, cirit-birit dan beberapa masalah lain.

3. Merias kuku

Tiada banyak kajian mengenai produk penjagaan kuku sebagai satu pantang larang ibu menyusu. Namun begitu tetaplah perlu berhati-hati dengan sesetengah jenama pewarna kuku yang mengandungi formaldehd, kapur barus (camphor), dibutil ftalat (DBP), toluena, dan formaldehid resin.
Kesemua bahan ini mengandungi toksin yang boleh masuk ke dalam darah dalam jumlah yang sedikit.

4. Mencacah kulit (bukan Islam)

Foto: The List

Pesanan ini buat mereka yang bukan Muslim. Mencacah atau mentatu kulit salah satu pantang larang ibu menyusu kerana ia boleh menyebabkan radang kulit terutamanya Hepatitis B/C atau HIV sekiranya peralatan melukis tatu tidak dibersih dan disteril dengan baik.

5. Krim dan losen

Foto: Freepik

Krim dan losen (termasuk yang mengandungi asid alfa hidroksi) secara umumnya dianggap selamat digunakan semasa menyusu anak. Tetapi, elakkan menyapu krim di kawasan puting.

Krim yang mengandungi retinoid (khususnya digunakan untuk menghilangkan kedut di muka) harus dielakkan sama sekali kerana ketika kehamilan, retinoid boleh menyebabkan kecacatan pada janin.

6. Ubat kurus

Phentermine merupakan ubat yang hanya dapat diperoleh dengan kebenaran doktor. Ubat ini biasa digunakan untuk menggalakan penurunan berat badan apabila tidak berselera atau lapar.

Mengambil lebih daripada dos bukan saja menyebabkan kesan sampingan yang membahayakan nyawa si ibu, tetapi juga bayi yang disusukan.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 May 2022
Featured Mon, 27 Feb 2023
Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] Kecewa Dengan Respons Bekas Suami, Fatin Afeefa Luah Rasa Kesal – “Apa Salah Arrian? Dia Selalu Doakan Lepas Solat..”

Anak soleh Arrian ni 🥺 Moga semua yang terbaik saja buat anak-anak Fatin Afeefa ❤️

Featured Sun, 6 Nov 2022
Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Mon, 19 Sep 2022