Featured By: Fadzlena Jafar July 6, 2020 @ 6:45pm

Melangkah penuh bergaya dan selesa dengan kasut Skechers

Skechers melancarkan butik gaya hidup terbaharu di pusat beli-belah ikonik, Mid Valley. Butik konsep gaya hidup kedua selepas pembukaan konsep yang sama di pusat beli-belah Central I-City itu tampak lebih luas dan menepati gaya hidup moden masa kini.

Butik berkenaan menampilkan hiasan dalaman yang mengetengahkan setiap himpunan kasut yang disediakan dengan menyediakan ruang khusus untuk kasut lelaki dan wanita.

Pengurus Besar Skechers Malaysia, CH Cheng, berkata butik gaya hidup baharu Skechers itu dibina bagi  mengetengahkan pelbagai himpunan terkini Skechers dengan rekaan dan teknologi yang sinonim dengan jenama itu.

“Meskipun ketika ini pemasaran digital dan bergerak terus meningkat, kami di Skechers Malaysia memahami sebahagian besar pelanggan masih ingin menikmati pengalaman membeli-belah sebenar bagi membolehkan mereka melihat, menyentuh dan mencuba produk ini sebelum membeli.

“Kami akan terus memperkenalkan himpunan baharu dan melancarkan lebih banyak butik menerusi rangkaian runcit kerana kami percaya jenama ini akan terus berkembang,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Menerusi kelainan yang dibawakan jenama terkenal itu, Skechers memaparkan rekaan kasut yang kini lebih fokus pada konsep gaya hidup dengan pelbagai rekaan unik dan kreatif bersesuaian dengan cita rasa kontemporari hari ini.

Paling penting, di butik gaya hidup Skechers itu peminat Skechers boleh mendapatkan pelbagai himpunan jenama itu antaranya Mark Nason x Skechers, Skechers USA, Skechers Sports, Skechers Modern Comfort, Skechers Street dan banyak lagi.

Selain tumpuan kepada rekaannya yang lebih menepati cita rasa moden, pelanggan juga pasti teruja dengan inovasi yang dihasilkan terutama pada tapak bahagian dalam yang menggunakan teknologi Goga Mat dalam himpunan terkini Skechers.

Teknologi Goga Mat memberikan keselesaan kepada si pemakai untuk melangkah kerana dihasilkan dengan tapak bahagian dalam yang menyejukkan kaki dan kusyen yang melantun kembali apabila melangkah.

Pengguna tidak perlu bimbang tapak bahagian dalam itu menjadi rata kerana teknologi Goga Mat dicipta supaya kusyen digunakan anjal, sekali gus amat sesuai untuk mereka yang berbadan besar.

Selepas pembukaan di Mid Valley, Skechers Malaysia akan melancarkan dua lagi butik gaya hidup Skechers iaitu di Tropicana Gardens Mall dan Gateway@KLIA2.

Sementara itu, Skechers Malaysia kini menawarkan pembelian sepasang kasut pada harga RM1 bagi setiap pembelian sepasang kasut pertama. Tawaran istimewa itu hanya boleh didapati bermula 3 Julai 2020 sehingga 2 Ogos 2020 bagi kasut terpilih.

Bagaimanapun tawaran itu tidak terpakai di cawangan Skechers di Genting Highlands Premium Outlets, Johor Premium Outlets, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, Design Village Outlet Mall, Freeport A’Famosa Outlet, The Mines Shopping Mall, Cheras Leisure Mall, Elements Mall, Centerpoint Sabah dan Labuan Outlet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Jan 2023

Selepas 6 Tahun, Ameem Abdul Akhirnya ‘Leraikan’ Hubungan Cinta Lama Terbina

Nak lepaskan hubungan yang dah terjalin lama bukan mudah kan?

Featured Sun, 19 Apr 2020

65 rakyat pulang dari luar negara dikesan positif COVID-19

Kluster baharu kes import dikesan di pintu masuk antarabangsa

Featured Wed, 22 Apr 2020
Featured Mon, 12 Sep 2022

“Macam Anak Dara” – Netizen Puji Tubuh Badan Ayda Jebat Kekal Langsing

Fuhh betul lah kan maintain je macam masih anak dara lagi! 😍

Featured Thu, 4 Mar 2021

Zoo Negara Bakal Dibuka Mulai Esok

Wah, dah boleh pergi zoo😍