Featured By: Shaidah Shafie August 19, 2019 @ 8:27pm

Melukis dengan kopi pekat, hasilnya mengagumkan

Kopi sering dianggap sebagai minuman kalis mengantuk menyebabkan ia sering jadi minuman pilihan musim peperiksaan dan bagi mereka yang sudah bekerja, kopi adalah minuman lazim yang menjadi elemen penting dalam sarapan atau menu harian.

Malah, tidak keterlaluan dikatakan ada yang ketagih kopi dan tidak akan memulakan sebarang pekerjaan jika tidak menikmati secawan kopi terlebih dahulu.

Nyata, kopi membawa pengaruh besar dalam kehidupan masyarakat kini, namun ada juga yang ‘menikmati’ kopi dengan cara tersendiri, iaitu menjadikan kopi sebagai bahan mewarna.

Rekha memenuhi hobi dengan melukis.

Bagi Rekha Verma, 49, kopi membawa satu wacana tersendiri dalam diari kehidupannya kerana beliau membuat lukisan dengan menggunakan bancuhan kopi.

Perkara ini bukan baharu, namun bukan semua boleh melakukannya kerana kopi hanya mempunyai satu warna sahaja iaitu coklat gelap. Jadi untuk menghidupkan sesuatu karya, pelukis mesti tahu mengawal calitan kopi di atas kertas mahupun banyak mana air yang diperlukan untuk mendapatkan warna yang diinginkan.

Bagi Rekha, wanita berkelahiran New Delhi, India ini menganggap kopi antara bahan yang digemarinya untuk menghasilkan lukisan ketika masa senggang bersama keluarga.

Beliau yang memiliki hobi melukis sejak remaja berkata, beliau tidak pernah menjalani sebarang latihan  formal mengenai lukisan sebaliknya belajar sendiri berdasarkan minat.

Gambar bunga kelihatan hidup meskipun warna yang digunakan ialah bancuhan kopi.

“Saya melukis sejak remaja dan melakukan banyak percubaan mengenai warna kerana bidang ini sangat luas skopnya.

“Penggunaan kopi sebagai bahan warna misalnya, anda perlu mahir mengendalikan calitan warna di atas kertas untuk membezakan ton warna gelap dan cerah memandang kopi hanya mempunyai satu warna sahaja,” katanya ketika ditemui di Bengkel Mewarna Mengunakan Kopi di Muzium Kesenian Islam Malaysia (IIAM), baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengurus Pameran dan Ketua Koleksi, Jabatan Kurator (IAMM) bertindak sebagai pengajar di bengkel berkenaan yang diadakan sempena Pameran Cerita Kopi di muzium itu.

Berkahwin dengan rakyat Malaysia dan terus menetap di sini, Rekha sebelum ini pernah mengendalikan bengkel botani dan seramik juga anjuran IAMM.

Ketika ditanya apakah beliau mempunyai cadangan untuk mengdakan pameran sendiri memandang beliau amat menggemari seni lukis, katanya beliau melukis untuk mengisi lapang.

Rekha hanya berlatih melukis menggunakan kopi bila ada kelapangan.

“Saya melukis sebagai hobi dan tidak pernah terfikir untuk mengadakan pameran solo memandangkan setakat ini saya suka dengan kerja saya. Jadi sambil bekerja, saya selitkan disiplin melukis sebagai hobi dan memenuhi masa sekiranya berpeluang.

“Menarik mengenai seni lukisan mengunakan kopi ini, saya berlatih beberapa kali untuk memahirkan diri mengawal calitan kopi agar nampak perbezaan antara terang dan gelap.

“Apabila kita boleh mengawal tahap kepekatan warna kopi, barulah nampak perbezaan di atas permukaan kertas yang digunakan kerana itulah yang menampakkan kepelbagaian warna kopi,” katanya sambil tangan terus lancar mencalit warna kopi pada kertas.

Rekha hanya menggunakan kopi yang larut sepenuhnya dan tidak perlu ditapis seperti nescafe atau nescafe classic kerana selain daripada bancuhannya sekata, ia juga menerbitkan bau yang harum kala melukis.

Anda bagaimana? Kalau ada hobi melukis, apa kata cuba warna daripada kunyit atau bunga telang pula!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 May 2018

5 Kesilapan Memasak Lazim Yang Menjadikan Makanan “Sihat” Anda Hilang Khasiatnya

Walaupun kita gunakan ramuan yang sihat, kalau cara memasak tak betul, tiada gunanya.

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Hilangkan Senggugut Dengan 8 Tips Berkesan, Kena Cuba Tips Ke-6 Tu!

“Sakitnya pinggang. Kepala pening, rasa loya dan nak muntah… ‘Miss V’ pula rasa berdenyut-denyut. Semuanya serba tak kena…! Macamana nak hilangkan senggugut ya?” Padanlah orang perempuan selalu ‘moody’, PMS katanya… Habis satu badan diserang sakit-sakit. […]

Featured Wed, 8 Apr 2020

Impikan rambut sempurna? Ikuti 4 panduan mudah ini

Tidak perlu ke salun, buat sendiri di rumah.

Gaya Hidup Wed, 28 Mar 2018

Letih Ketika Hamil? Ini 7 Makanan Terbaik Untuk Anda

Jika anda baharu saja disahkan hamil, tahniah kami ucapkan! Memandangkan anda bakal menjadi ibu, pasti anda tertanya-tanya tentang apa yang boleh dan tidak boleh dimakan.

Featured Sun, 19 Apr 2020
Featured Thu, 18 Feb 2021
Featured Thu, 10 May 2018

Ini Cara Mudah Untuk Buatkan Kasut Anda Kalis Air, Selamatkannya Daripada Lencun

Selepas ini, tak perlu risau lagi kalau terpijak lecah.

familuv Tue, 1 Jan 2019

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Kanak-kanak bukan saja hilang tumpuan untuk belajar tetapi juga selera makan!

Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018

Ketahui Kegunaan Garfu Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Fikir Selama Ini

Peralatan dapur yang memiliki cabang dipanggil gigi ini juga mempunyai banyak fungsi lain.

| Live TV