Eat Travel By: Yanie Baharom November 19, 2018 @ 5:00pm

Meluncur Di Gunung Berapi, Apa Macam Ada Berani?

Berbelanja sakan di luar negara atau dahagakan pengalaman? Di antara dua type pengembara ini, yang mana satukah anda?

Jika anda tergolong dalam kategori pengembara yang gemar meneroka perkara baru, sukakan sesuatu rare selain seorang adrenaline junkies, Benua Amerika Selatan, yang menghidangkan pelbagai panorama indah dan unik, adalah destinasi ideal buat anda.

Jika merancang percutian ke Amerika Selatan atau sudah menjejakkan kaki di Cerro Negro (atau Black mountain) di Leon, Nicaragua, perkara wajib mesti anda lakukan adalah mencuba volcano boarding, aktiviti meluncur turun dari gunung berapi dengan menggunakan papan luncur.

Foto: The Vocket

Gunung ini adalah sebuah gunung berapi muda yang wujud pada 1850 dan mempunyai radiasi aktif. Telah meletus sebanyak 23 kali dan letusan terkini adalah pada tahun 1999.

Apa yang menarik untuk melakukan aktiviti volcano boarding, pelancong perlu mendaki gunung berapi yang masih aktif dan cara turunnya adalah dengan menggunakan sand boarding.

Volcano boarding ini hanya dibenarkan pergi bersama guide bagi langkah berjaga-jaga memandangkan gunung berapi yang masih hidup. 

Foto: Beyond Blighty

Foto: Trek Nicaragua

Foto: The Vocket

Dan jika mahu melakukan aktiviti volcano boarding ini, pakejnya bermula dari USD21 hingga USD30. Bezanya yang berharga USD30, selain diberikan tiket masuk ke taman Cerro Negro, pengunjung juga akan diberi sehelai kemaja-t dan air minuman.

Tidak susah nak cari guide atau pakej ini. Cuma kena berada di Leon, Nicaragua. Leon merupakan pusat tarikan pelancong untuk melakukan volcano boarding.

Kebanyakan hotel dan hostel di kawasan sekitarnya turut menawarkan pakej volcano boarding termasuklah agensi pelancongan di old town Leon.

Foto: Liputan6.com

Foto: freedify.com

Untuk kepastian lanjut anda juga boleh mencari informasi terperinci mengenainya di beberapa website pelancongan.

Sumber: The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 25 Oct 2018

Jom Picnic Bersama Keluar Di Taman Metropolitan Kepong, Boleh Main Layang-Layang!

Permainan layang-layang, mengajar anda tentang angin dan stabiliti.

Featured Sat, 9 May 2020

3 gaya ini mampu hasilkan ilusi kurus dan tinggi ketika bergambar

Barulah yakin nak letak dalam media sosial

familuv Tue, 16 Jun 2020
Featured Wed, 20 Oct 2021

Fauzi Nawawi Dikecam Kerana Kongsi Kisah Lakonkan Babak Rog*l Dengan Raja Farah, Ini Respons Empunya Badan & Suami

Pelakon terkenal, Fauzi Nawawi tular di media sosial semenjak semalam apabila berbicara mengenai satu babak panas dalam filem Anak Halal yang melibatkan dirinya bersama pelakon wanita, Raja Farah. Tular satu rakaman video di Twitter semalam […]

Featured Tue, 9 Jul 2019

10 petanda hubungan anda dengan pasangan semakin renggang

Pastikan anda tidak berada di dalam situasi ini.

Featured Thu, 11 Jan 2018

Suami Lebih Muda, Hidup Lebih Gembira!

Usah dipedulikan segala label yang diberikan masyarakat bila mendengar wanita yang mengahwini lelaki lebih muda. Cinta tak hanya buta, malahan tak juga kenal usia, bukan? Pilihan seseorang lelaki menjadikan wanita, 5, 7 atau 10 tahun […]

Events Sat, 17 Sep 2022

UNIC Bakal Adakan Konsert Di Lokasi Bertaraf Dunia, Buktikan Nasyid Setaraf Genre Muzik Lain

Bila dengar balik lagu-lagu diorang memang mengimbau betul zaman-zaman sekolah dulu💖💖💖