Featured By: Yanie Baharom August 10, 2018 @ 9:00am

Meneruskan Legasi Ibu Bapa Mereka, Ini Wajah Lapan Pewaris Seni Hollywood Yang Dijangka Meledak

Sudah terbiasa membesar diekori lensa kamera dek gara-gara populariti ibu bapa masing-masing sekaligus meniti kehidupan tanpa privasi sedari kecil, sebahagian besar remaja-remaja ini nampaknya tetap selesa meneruskan legasi orang tua mereka walaupun sedar populariti tidak mampu membeli kebahagiaan dan kebebasan.

Dengan status sebagai pewaris bintang ternama juga, mereka ini mudah mendapat peluang bagaimanapun tekanan yang berlaku apabila sering dibandingkan dengan bakat serta keupayaan orang tua mereka. 

Jika nama-nama seperti Kate Hudson, Dakota Johnson, Scott Eastwood dan Jaden Smith telah berjaya membuktikan bakat lakonan sehingga tidak lagi dikaitkan dengan keupayaan ibu bapa mereka, lapan remaja ini pula dijangka mencetuskan fenomena setelah mencipta populariti sebagai anak selebriti.

1. Zoe Kravitz

Foto: theGrio

Lisa Bonet dan Lenny Kravitz adalah dua nama besar sekitar 80-an. Satu-satunya anak mereka membesar sebagai wanita jelita saling tak tumpah mirip ibunya.

Zoe kini hebat sebagai pelakon seperti Lisa Bonet dan berbakat besar dalam bidang nyanyian seperti ayahnya, Lenny Kravitz. Membintangi filem X-Men: First Class, Divergent dan banyak lagi. Dia juga model yang mendapat perhatian Vera Wang, Alexander Wang dan Alexis Bittar.

2. Brooklyn Beckham

Foto: standard.co.uk

Membesar di depan mata peminat David dan Victoria Beckham, Brooklyn terarah mengikut jejak bapanya sebagai pemain bola sepak. Ekoran rupa paras yang kacak, dia mendapat perhatian jurugambar Alasdair McLellan yang memaparkan Brooklyn sebagai James Dean di majalah Man About Town.

3. Paris Jackson

Foto: Fox News

Paris Jackson yang dahulunya disembunyikan bapanya Michael Jackson dengan memakai topeng, kini gadis berusia 19 tahun itu mula mengeksploitasikan dirinya sendiri malah sudahpun berlakon dan muncul di permaidani merah pelbagai acara. Mula menjadi bualan ramai sejak tampil di muka depan majalah Rolling Stone.

4. Lourdes Leon

Foto: Entity Mag

Anak gadis Madonna saling tak tumpah wajah ibunya ketika muda. Dia sering menemani ibunya ke permaidani merah. Jarang mendengar berita mengenai Lourdes dan hanya tampil bersama keluarga saja. Pernah melancarkan label fesyen sendiri bersama ibunya.

5. Kaia Gerber

Foto: dotwnews.com

Siapa berani sangkal wajah Kaia mirip sekali Cindy Crawford malah gadis itu telah memulakan kerjaya modelnya. Dia menjadi pilihan Marc Jacobs Fragrance dan kini di bawah jagaan IMG Models. Beberapa imej dipaparkan menjadi viral terutama sesi fotografi pakaian mandi merah yang sinonim dengan Cindy suatu ketika dulu.

6. Lily-Rose Depp

Foto: The Inquisitr

Wajah kacak Johnny Depp dan rupa paras jelita penyanyi Paris Vanessa Paradis telah melahirkan zuriat yang sangat cantik. Lily-Rose Depp baru berusia 18 tahun tetapi kini mula berlakon dan menjadi model. Chanel melamar Lily-Rose menjadi duta mereka untuk eyewear line.

7. Ava Phillippe

Foto: Business Insider

Reese Witherspoon bertemu bekas suaminya Ryan Phillippe di Lokasi filem Cruel Intention. Anak mereka Ava kini membesar menyerupai ibunya. Cantik! Namun bagi Reese anaknya itu masih belajar dan apa juga keputusannya akan dituruti jika itulah yang terbaik. Mungkin menjadi pelakon sepertinya dan bekas suami?

8. Patrick Schwarzenegger

Foto: Variety

Siapa sangka lelaki kacak dalam muzik Right There, Ariana Grande adalah anak lelaki Arnold Schwarzenegger. Dia turut mula berlakon filem dan aktif dalam dunia peragawan. Ternyata Patrick mula mendapat perhatian ramai.

Sumber: Eh!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 14 Nov 2021

Siti Nordiana Bakal Tampil Berkolaborasi Dengan Bunga

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Siti Nordiana berjaya memenangi trofi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, dia bersyukur kerana masih […]

Featured Fri, 2 Sep 2022

“Hanya Lambaian & Flying Kiss..” – Cucu Najib Hadir Mahkamah Sebagai Pengubat Rindu

“Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali,” – Cucu DS Najib Razak

Featured Tue, 27 Jul 2021

“Beliau Banyak Korban Masa Dan Tenaga”- Ramai Pertahankan DG Hisham

Tindakan pelakon Lana Nodin dan Rita Rudaini yang mencadangkan agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Menerusi laman sosial, rata-rata warganet tidak bersetuju […]

Acara Sat, 17 Aug 2019
Featured Wed, 10 Aug 2022