Featured By: Yanie Baharom May 6, 2020 @ 12:59pm

Mengaku bebal melukis, tapi lukisan gadis ini Masya-Allah cantiknya

Melihat lukisan gadis ini, penulis tertanya-tanya mengapa dia mengakui dirinya bebal dan tidak pandai melukis, sedangkan hasil kerja seninya begitu cantik.

Mungkin penulis bukanlah orang yang arif untuk memperkatakan mengenai seni lukisan, tetapi setakat untuk menilai dari mata kasar, apa yang dihasilkan gadis bernama Alwani Ismail ini, merupakan karya seni yang baik.

Untuk pengetahuan anda, Alwani mengakui dirinya ‘bebal’ melukis, merujuk kepada kehidupannya di bangku sekolah.

Menurut Alwani, dia sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai latar belakang seni lukisan, namun hanya dia seorang sahaja yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.

“Aku bukan seorang yang pandai melukis. Aku nak kongsi kisah perjalanan aku dalam dunia seni ini dan aku ambil masa sembilan tahun sehingga sampai sekarang untuk belajar melukis dan perincian. Semoga korang terhibur dengan thread (bebenang Twitter) aku.

“2011 masa aku SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), aku kena ambil subjek seni sebab ibu aku suruh, bayangkan semua adik-beradik aku dapat pelajar terbaik dalam seni dan aku pun kena bawa legasi ini. Jujur aku katakan, aku rasa terbeban dan tertekan sebab aku nak lukis orang lidi pun tak pandai. Bayangkanlah!

“Tapi aku sangat tersentuh, bila ibu ajar dari mula, waima cara pegang pencil dan sabar dengan kebebalan aku masa itu. Bermula dari situ aku nekad aku akan buat terbaik dan berjanji kali terakhir aku pegang pen dan pencil warna adalah untuk SPM. Tiada lagi selepas ini dan Alhamdulilah aku dapat A untuk subjek seni,” katanya.

Sambung Alwani lagi, pada 2013 dia mengubah fikiran dan tekad untuk belajar melukis dan ketika itu dia belum memahami mengenai perincian lukisan. Apa yang dia tahu lukisannya mesti penuh.

Tiga tahun kemudian pada 2016, Alwani terlihat satu kumpulan yang boleh membantunya mengasah kemahiran melukis lalu berkongsi mengenai seni dengan @klsketchnation. Bertitik-tolak dari situ gadis ini menyertai cabaran #ramadhansketchchallenge2016.

“Sehari satu lukisan untuk tempoh 30 hari. Awalnya rasa nak menyerah kalah tetapi bila dah sertai teruskan sahajalah sebab nak tengok ada atau tidak perubahan.

“Lepas itu aku dah nampak perubahan sedikit, tapi hari demi hari stroke (gaya) lukisan aku dan garis goyah masih juga tak konsisten. Dari situ aku rasa tak puas kenapa garis aku tak sempurna. Jadi aku pun pergilah berguru dengan individu yang bagus dekat garisan.

“Aku try and error (cuba dan ralat), bermain dengan dakwat Cina dan aku suka. Tapi sekejap sajalah perasaan teruja itu datang. Aku balik semula dengan lakaran menggunakan pen.

“Pada 2017, orang luar dah mula nampak kekuatan pada garis aku, tapi aku hanya nampak lukisan aku semakin kemas, malah jujur aku katakan aku masih tak dapat cari lagi stail aku pada tahun ini. Sampai satu tahap aku dah bosan nak cari stail ataupun ‘line’ sendiri,” katanya.

Tambah Alwani, ada yang bertanya kepadanya bagaimana dia memperbaiki skil melukis.

Bagi menjawab pertanyaan berkenaan, Alwani berkongsi teknik mudah ini, iatu setiap kali melukis dan melihat lukisan perspektifnya tidak menjadi, Alwani akan mencatit kesilapan yang dilakukan dan apa yang perlu diperbaikinya.

“Tahun 2018, dah mula nampak ke mana stail aku setelah berlatih banyak kali. Sebab sasaran aku tahun inj memang nak fokus pada perincian. Jadi aku rasa puas tengok lukisan aku penuh. Cuma aku masih teroka lagi.

“Pada 2019, bermulanya tugasan mengendalikan lukisan perincian (plant taxonomy) dengan seorang doktor pendidikan. Kerja dengan pensyarah bayangkan sahajalah waktu kritikal macam masa zaman belajar. Tapi setakat ini Alhamdulilah Tuhan permudahkan.

“Aku juga mula dibukakan mata dengan pengalaman baharu, melakar habitat semula jadi untuk Shorebirds Migratory Project dibawah USM (Universiti Sains Malaysia). Baru aku tahu nak lukis burung ini rupanya rumit ya!

“Seni lukisan kopi (coffee painting), aku juga ada cuba stail dan teknik ini. Menarik dan anda semua patut cuba. Nanti lepas kering kertas, letak dalam plastik selepas beberapa hari pun bau kopi masih bertahan.

“Sekarang, aku dah mula rasa keindahan melukis. Walau bagaimanapun, aku masih berlatih untuk menjadi lebih baik dan lebih baik lagi, “ katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Sep 2023

“Dia Okay, Dia Wanita Kuat!”- Sharnaaz Ahmad Buka Mulut Isu Cerai Noor Nabila & Engku Emran

Moga Bella makin kuat dan bertambah gojes. Terbaik lah Mamu!🙌

Featured Wed, 19 Oct 2022

“Apa Ni! Macam Lesen Lembu Je…” – Michael Ang Terkejut Rantai Emas Milik DSV, ‘Claim’ Hanya Kak KM Saja Sanggup Pakai

Pengarah terkenal Michael Ang kembali mencuri perhatian warganet apabila tular satu video yang menunjukkan dirinya terkejut dengan koleksi barang kemas milik Datuk Seri Vida (DSV). Umum mengetahui, walaupun hubungannya dengan Vida baik namun, itu tidak […]

Featured Fri, 27 Mar 2020
Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Orang Yang Berjaga Malam Lebih Berisiko Tinggi Untuk Meninggal Dunia Dengan Cepat, Menurut Kajian

Alamak! Kalau orang-orang yang kerja shif malam tu macam mana?

Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Sun, 10 May 2020
Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Featured Thu, 14 May 2020

Orked, buatkan kanak-kanak ceria di pagi Lebaran

Perhiasan minimum jadikan si manja tambah manis

Featured Thu, 27 Apr 2023

Aiman Tino Sah Bergelar Suami, Cinta Berputik Selepas 4 Tahun Berkawan

Alhamdulilah, semoga berbahagia hingga ke Jannah 💗