Featured By: Yanie Baharom April 15, 2018 @ 4:00pm

Menghasilkan Potret Dengan Gincu Dan Ciuman, Teknik Wanita Ini Memang Rare Habis

Ramai yang beranggapan dia kurang siuman apabila tekun mencium setiap sudut kanvas selebar dan setinggi satu meter. Namun selepas beberapa jam terbuai memperhatikan gerak-gerinya, pengunjung mulai kagum dengan kegilaan dan cara Alexis Fraser menghasilkan karya lukisan menggunakan teknik kucupan.

Masakan tidak, jika melukis menggunakan pensil, cat minyak dan warna air pastinya ianya tidak menghairankan. Akan tetapi teknik lukisan yang diguna pakai Alexis n diberi nama sebagai kiss print pointilism bukan saja rare tetapi terlalu asing.

Foto : Instagram Lipstick Lex

Kerana keunikan teknik yang diguna pakai  berserta mesej sebarkan kasih sayang juga, telah menjadikan wanita bernama Alexis Fraser begitu cepat popular selain dipandang tinggi oleh golongan seniman.

Untuk melukis, dia hanya memerlukan gincu. Ia hanya perlu menyapu gincu di bibirnya dan kemudian mengucupkannya di atas kanvas, dengan menggunakan sistem pengiraan sehingga membentuk sebuah imej lakaran.

Andai gincu dibibirnya sudah pudar, dia akan menyapu lagi dan kembali membuat ribuan kucupan di atas kanvas. Bagaimanapun untuk sudut yang lebih rumit dan tidak boleh dilakukan dengan teknik itu, Alexis akan menggunakan tangan namun tetap menggunakan lipstik sebagai asas warnanya.

Proses menyiapkan lakaran mengambil masa yang agak lama bergantung kepada saiz dan kelebaran sesebuah potret atau lukisan yang dihasilkan.

Foto : Instagram Lipstick Lex

Alexis pernah melukis potret Marilyn Monroe berukuran 2×1, 5 meter pada tahun 2014 yang hanya dapat disiapkan selepas 4 hari dengan menggunakan 2 batang lipstik. Manakala bagi menyiapkan lukisan berskala kecil, Fraser hanya mengambil masa sekitar satu jam saja.

Tak hanya Monroe, Alexis juga pernah melukis potret Lady Diana, Audrey Hepburn, Scarlet Johansson, Barbara Streisand, Kate Middleton, Amy Winehouse serta Andy Warhol.

Foto : Instagram Lipstick Lex

Seperti kebanyakan pelukis, Alexis yang dikenali dengan stage name Lipstick Lex sebelum ini mempraktikkan lukisan dengan cat minyak. Malah dia bukanlah seniman pertama yang membuat lukisan dengan teknik ciuman.

Sebelum ini, pelukis popular Natalie Irish, pernah menghasilkan lukisan Marylin Monroe dengan menggunakan teknik yang sama.

Video : YouTube (https://youtu.be/Z3fKD0P1jh0)

Sumber : CNN Indonesia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Dec 2019

3 tip untuk berjaya sebagai seorang jurusolek

“Otai” ini bongkar kesilapan lazim jurusolek lakukan

Featured Thu, 5 Aug 2021

“Comelnya, Mirip Ayahanda”- Sambut Ulang Tahun Ke -10, Foto Terkini Raja Nazira Safya Jadi Perhatian Ramai

Telatah anakanda kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim sentiasa mencuit hati ramai netizen. Baru baru ini, Raja Nazira Safya telah menyambat ulang tahun kelahirannya yang kini mencecah usia 10 tahun. Bersempena […]

familuv Fri, 8 May 2020
Featured Thu, 23 Apr 2020
familuv Mon, 25 Mar 2019

6 jenis gambar kanak-kanak yang tidak patut dikongsi di media sosial

Jangan dedah anak kepada ‘pemangsa’ dalam talian.