Eat Travel By: Shaidah Shafie May 28, 2020 @ 10:18pm

Menu asli Malaysian Deli tarik rakyat Malaysia jamu selera

Bercuti ke luar negara memang menyeronokkan, tetapi satu perkara lain yang tidak kurang menyeronokkan atau lebih sesuai disebut mencabar adalah di mana mahu dicari makanan halal yang benar-benar menepati selera Malaysia.

Tekak tetap mahu menikmati makanan Melayu seperti nasi putih dengan simbahan kuah kari kambing, martabak daging yang dihidang dengan jeruk bawang berwarna merah dan mi kari pula kuahnya lazat berkrim dengan segala bagai bahan tambahan.

Selain itu, ada juga roti canai, mi goreng dan jika bernasib baik anda boleh memesan nasi minyak dengan ayam masak merah diiringi teh tarik ‘berkuasa’ di tengah-tengah negara orang putih itu.

Nasi lemak Malaysian Deli antara menu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan penduduk tempatan di kafe berkenaan. Foto: Instagram @malaysiandeli

Malaysian Deli berupaya memenuhi pencarian anda demi memenuhi selera asli dari tanah air kerana semua menu yang disebutkan di atas ada ditawarkan di kafe yang terletak di tenggara London itu.

Pengurus Malaysian Deli, Raja Yusniza Raja Yusod, berkata kafe yang diusahakan bersama-sama mentuanya, Zaherah Rashid, menawarkan pelbagai masakan Melayu yang dihasilkan menggunakan bahan atau rempah terpilih bagi mengekalkan keaslian rasanya.

“Nasi lemak adalah antara menu yang digemari ramai, terutama dalam kalangan penduduk tempatan di sini. Walaupun kita gelar mereka Mat Saleh, rata-rata mereka gemar makan roti canai atau nasi lemak jika masuk ke kafe ini.

“Ada antara mereka mengakui gemar rasa nasi lemak yang bersantan dan kami menghidangkan nasi lemak dengan pilihan lauk seperti rendang ayam atau daging,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Nasi kerabu dengan ayam percik ini amat menyelerakan dan sentiasa dicari pengunjung Malaysian Deli. Foto: Instagram @malaysiandeli

Malaysia Deli yang terletak di jalan utama di Brockley itu juga tersenarai dalam 10 kafe wajib dikunjungi sekiranya anda bercuti di London dan teringin menikmati masakan Melayu yang kena dengan selera tanah air.

Beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu, Malaysian Deli berupaya menampung 24 pelanggan pada satu-satu masa dan turut menawarkan perkhidmatan katering jika ada yang ingin menempah makanan dengan cita rasa Melayu.

Malaysian Deli turut menerima tempahan katering. Foto: Instagram @malaysiandeli

Yusniza berkata, meskipun ruang di Malaysian Deli adalah terhad, mereka berupaya memenuhi selera pengunjung kerana ada juga yang memilih untuk dibungkus dan dibawa pulang.

“Pelanggan yang berkeluarga lazimnya akan membuat tempahan awal atau mereka datang membawa bekas sendiri untuk diisi makanan yang ingin dibeli. Langkah ini memudahkan tugas kami.

“Jika ada rakyat Malaysia yang datang berkunjung, kami berbesar hati memberikan yang terbaik dan menu yang paling kerap dipesan ialah nasi lemak kerana ia benar-benar disediakan mengkikut cita rasa Malaysia, cuma kami beri nilai tambah dengan mempelbagaikan lauk,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023

Hadiri Konsert Blackpink.. Mira Filzah Dikritik Tak Sedar Diri, Peminat Tampil Pertahankan…

Alahai, minat je tak semestinya orang lagha. fikir positif!

Featured Thu, 8 Jun 2023

Individu Persoal Tanggungjawab Suami Terhadap Anak, Ini Respons Julia Farhana – “Dia Sangat Hardworking, Luluh Hati Bila Sering Difitnah…”

Hati isteri mana tak kecewa bila suami dia kerap difitnah kan… hmm semoga baik baik saja buat pasangan ini ❤️

Featured Sun, 10 Jun 2018
Featured Thu, 15 Apr 2021

Bazaar Ramadan Ditutup Sekiranya…

Penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini ternyata mengubati kerinduan kemeriahan suasana pada tahun lalu. Namun begitu, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, penganjuran bazar Ramadan akan ditutup sekiranya terdapat kluster jangkitan COVID-19 yang […]

Featured Wed, 24 Nov 2021

Romantiknya! Suami Bina Replika Taj Mahal Untuk Isteri Sebagai Simbol Cinta Di India

Seorang guru dari negeri Madhya Pradesh, India telah membina replika Taj Mahal untuk isteri sebagai simbol cintanya. Memetik laporan Dailymail, Anand Prakash Chouksey, 52, membina istana marmar seluas 929 meter persegi untuk isterinya, Manju Shah, […]

Featured Sat, 25 Mar 2023
Featured Sun, 29 Mar 2020
Featured Fri, 19 May 2023

Pernah Dikritik ‘Over’ Jumpa Pelakon Korea, Adriana Adnan Jawab Isu Minat Dikaitkan Dengan Agama

Tak salah minat sesuatu perkara tapi kena lah berpada-pada juga kan