Featured By: tex_admin October 1, 2018 @ 1:00pm

Menurut Kajian Makmal, Teh Hijau Mampu Halang Sel Kanser Untuk Terus Aktif

Tahukah anda bahawa, teh hijau boleh melemahkan sel kanser payudara? Menurut laporan yang dikeluarkan Daily Mail, para pengkaji dari University of Salford telah menemui jawapan setelah beberapa lama mencari penawar terbaik untuk membunuh kanser.

Penemuan ini seolah-olah memberi harapan baharu buat pesakit kanser. Melalui kajian yang melihat tindak balas ekstrak teh hijau yang diletakkan bersama sel tunjang kanser payudara dan hasilnya sangat mengejutkan!

Gabungan itu tidak melahirkan tumor sebaliknya membantu memulih dan memperbaharui sel yang telah dicemari sel kanser.

Menurut Profesor Micheal Lisant yang memimpin penemuan itu berkata, “Hasil kajian ini telah terbukti memberi kesan positif dan telah diterbitkan di dalam jurnal saintifik berjudul Aging.

Dalam erti kata lain, teh hijau sebenarnya menghalang sel kanser untuk matang dan membesar seterusnya menjadi tidak aktif dan mati,” tambahnya lagi.

Foto: Tribunnews

Pada masa hadapan, teh hijau mungkin akan digunakan secara komersial sebagai penawar kanser yang berpotensi, bahkan ia hadir dari sumber bahan semula jadi yang ternyata lebih selamat berbanding ubat-ubatan berbentuk dadah terkawal. 

Meskipun begitu, menurut Cancer Research UK’s, buat masa ini belum ada lagi bukti sokongan yang kukuh mengenai kesahihan tentang teh hijau ini boleh bantu merawat pesakit kanser. Perkara ini masih dalam peringkat awal dan memerlukan penelitian yang lebih tinggi lagi.

Sumber: Medical Xpress

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Fri, 3 Feb 2023
Featured Fri, 6 Dec 2019
Featured Fri, 5 Jul 2019

Benarkah kulit wajah perlukan antibiotik? Ini jawapannya!

Jangan ambil antibiotik tanpa preskripsi doktor!

familuv Thu, 27 Sep 2018

Ini Senarai Buah-Buahan Yang Ibu Berpantang Boleh & Tak Boleh Makan

Apa yang anda makan beri impak kepada kesihatan.

Featured Wed, 2 Feb 2022

“Tidak Ada Istilah Payung Emas Atau ‘Free Gift’, Ia Hadis Palsu” – Ini Jawapan Dr Zulkifli Bila Wanita Tolak Poligami

Isu poligami ni memang panas eyh? sepanas hati perempuan bila suami nak kahwin lagi…

Featured Fri, 10 Apr 2020