Featured By: Fadzlena Jafar April 30, 2020 @ 5:33pm

Mesej ‘kluster bersyukur’ buat petugas barisan hadapan terharu

Beberapa pesanan yang ditulis di atas kertas dan ditampal di pusat kuarantin bagi melahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan mengundang rasa terharu kepada semua yang membacanya.

Di sebalik pelbagai kisah kluster kayangan yang mencetus kemarahan dalam kalangan warga siber, pesanan berkenaan bagai memujuk hati petugas barisan hadapan yang ada antaranya terpaksa bekerja tanpa mengira masa dan tenaga.

Antara pesanan yang ditulis tangan itu meluahkan perasaan terharu dengan pengorbanan petugas barisan hadapan, malah ada yang mendoakan petugas barisan hadapan diberi ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT.

Selain tulisan tangan ada juga antara ‘kluster bersyukur’ yang kreatif menghasilkan lukisan sebagai penghargaan kepada barisan petugas hadapan selain kakitangan hotel yang banyak membantu mereka sepanjang dikuarantin wajib selama 14 hari.

Lukisan comel itu ditampal di pintu bilik dan pintu masuk pusat kuarantin apabila mereka menamatkan kuanrantin berkenaan.

Dilaporkan ada antara petugas barisan hadapan yang tidak bertemu dengan ahli keluarga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan apabila dikerah untuk mengadakan sekatan jalan raya, menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), mensanitasi premis dan juga menjaga wad COVID-19.

Paparan beberapa gambar yang menunjukkan petugas kesihatan, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berhujan dan berpanas ketika melaksanakan kerja bukan sahaja menarik perhatian masyarakat, tetapi juga menimbulkan rasa terharu.

Tidak hairanlah ramai warga siber yang melahirkan kekesalan apabila ada rakyat yang pulang dari luar negara seolah-olah tidak bersyukur apabila berkongsi hantaran dalam media sosial mengenai keadaan bilik di pusat kuarantin yang tidak selesa atau makanan yang tidak enak.

Semoga paparan ini dapat mengingatkan semua rakyat untuk sentiasa bersyukur dan reda dalam keadaan yang tidak menentu sejak wabak COVID-19 melanda negara, Januari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Apr 2021

Ismail Sabri Nafi KKM Manipulasi Data Covid-19, Amaran Buat Penyebar Berita Palsu

Semakin ketat syarat rentas negeri yang dikenakan kerajaan, semakin banyak timbul khabar angin yang tidak sahih berkaitan data Covid-19. Isu ini kemudian telah mendapat respon Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tegas […]

Featured Thu, 16 Aug 2018

KL Fashion Week 2018 Bagai Acara Untuk Selebriti, Bukannya Industri Fesyen

Standard KL Fashion Week ini sama saja seperti 6 tahun lalu.

Featured Fri, 19 Aug 2022
Featured Thu, 30 Jun 2022

[VIDEO] Rakyat Indonesia ‘Claim’ Asal Usul Silat, Ini Reaksi Yayan Ruhian

Bagusnya aktor aksi hebat Yayan Ruhian ni, tak ada membezakan dua buah negara 🤩 Padu nasihatnya pada semua. Jangan bandingkan ok!

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Wed, 30 Oct 2019