Featured By: Ad Ops May 23, 2018 @ 2:00pm

Minyak Argan Penting Untuk Kulit Muka, Tapi Anda Tahukah Apa Fungsinya?

Pertama sekali, anda perlu faham yang semua jenis minyak muka mempunyai fungsi, kadar penyerapan dan isi kandungan yang berbeza. Ini bermakna, sesetengah minyak hanya sesuai untuk satu jenis kulit dan sebaliknya.

Contohnya, minyak castor dan grape-seed mengurangkan lebihan minyak pada kulit yang mudah berjerawat, manakala minyak kelapa dan avokado pula bertindak sebagai pelembap yang bagus untuk kulit kering.

Minyak argan pula jatuh di tengah-tengah spektrum tersebut. Ia tak terlalu berat, tak terlalu ringan maka ia sesuai untuk digunakan pada semua jenis kulit.

Ia kaya dengan lemak sihat omega, vitamin E dan asid linoleik. Kesemua kandungan ini berfungsi untuk melembapkan kulit, melembutkan bahagian kulit yang kering serta mengurangkan acne.

Foto: www.arganoilsecrets.com

Minyak argan boleh sembuhkan jerawat

Anda mesti rasa pelik, kan? Jerawat selalu terjadi apabila kulit berminyak. Kenapa pula nak rawatnya dengan minyak? Bukankah lagi teruk jadinya?

Tak. Selalunya, anda mendapat jerawat kerana kulit mereka kering, rosak dan mengalami inflamasi disebabkan oleh penggunaan produk hindari jerawat yang kasar untuk kulit mereka.

Kulit yang meradang itu akan lawan balik dengan mengeluarkan lagi banyak minyak yang akan menyekat liang pori dan akhirnya menyebabkan jerawat.

Minyak argan boleh hentikan semua itu. Kandungan vitamin E di dalam minyak itu bukan saja boleh menyembuhkan kulit meradang, ia juga boleh control kadar pengeluaran minyak pada kulit anda dengan mengimbangkan jumlah sebumnya.

Semua kandungan antioksida di dalam minyak argan juga diketahui boleh menyembuhkan eczema dan menghilangkan parut.

Minyak argan takkan sekatkan liang pori

Ya, apa-apa pun boleh “clog” pori anda, tapi tak seperti minyak kelapa dan minyak zaitun, minyak argan tak begitu merbahaya.

Para pakar ada mengkaji sejauh mana minyak-minyak muka ini boleh menyekat liang pori, dan rating untuk minyak argan adalah sifar. Wah!

Foto: http://vineveracosmetics.com

Minyak argan senang untuk digunakan

Ingat ya, minyak muka bukanlah pelembap. Ia hanya memerangkan kelembapan pada kulit agar ia tak tersejat.

Jadi teknik paling bagus untuk memakai minyak muka adalah dengan menyapunya pada kulit lembap atau dengan mengurut muka anda dengan minyak ini setelah memakai moisturiser.

Oleh kerana minyak argan adalah ringan, ia berupaya untuk serap ke dalam kulit anda dengan cepat, jadi muka anda akan nampak sedikit glowing, dan bukan berminyak.

Jika anda risau yang muka anda akan nampak berminyak, cuba pakai minyak ini setelah anda mencuci muka sebelum tidur.

Sumber: Marie Claire

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Mar 2019

Malu dagu berlapis? Ikuti teknik mudah senaman ini, anda pasti terkejut dengan hasilnya!

Mudah, murah, berkesan dan boleh dilakukan di mana sahaja!

Featured Tue, 7 Apr 2020
Oh Lawa Fri, 6 Apr 2018

5 Kasut Tumit Tinggi Termahal Di Dunia, No. 1 Boleh Dapat 30 Buah Rumah Mewah!

Hijab & Heels ingin kongsi kepada anda senarai 5 kasut tumit tinggi wanita termahal di dunia di mana semuanya bernilai jutaan ringgit. 

Featured Thu, 26 Jul 2018

Walk Of Fame Dirosakkan, Tanda Protes Vandalisme Terhadap Donald Trump!

Walk of Fame Donald Trump sekian kalinya dirosakkan selepas insiden pertama sebelum pilihan raya Amerika Syarikat pada November 2016.

Featured Thu, 9 Apr 2020
Featured Thu, 1 Sep 2022

Ustaz Don Daniyal Saran Tetapkan Garis Panduan Konsert – “Jangan Terus Jatuh Hukum”

Ustaz Don Daniyal ulas isu sekatan konsert artis antarabangsa

Featured Fri, 1 Jun 2018

Dinobatkan Sebagai Ratu Cantik Kaamatan, Kemenangan Hosiani Sememangnya Sudah Dijangka

Hosiani sememangnya calon favourite dan sejak awal lagi disebut-sebut mengambil alih gelaran berprestij itu.