Featured By: Yanie Baharom August 13, 2019 @ 2:00pm

Miss V berbau? Penyebabnya, mungkin pH sekitar vagina tidak seimbang!

Tahukah anda berapa jumlah pH (potential Hydrogen) yang ideal dan diperlukan sekitar kawasan vagina wanita? 

Pasti ramai yang tidak tahu bukan atau pertama kali mendengarnya? Situasi yang sama terjadi sewaktu penulis dimaklumkan mengenai hal ini.

Perlu difahami, kesihatan vagina bergantung kepada­ nilai pH, flora bakteria yang sihat dan kandungan epitelium glikogen. Kawasan vagina memiliki pH yang berasid iaitu dalam lingkungan antara pH3.5 hingga pH4.4

Ketidakseimbangan pH dan bakteria sihat boleh menyebabkan wujudnya pelbagai simptom seperti kegatalan, bau yang tidak menyenangkan serta keputihan – tiga daripada empat wanita mempunyai pengalaman serta masalah ini.

Kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 90 peratus wanita mengalami jangkitan bakteria di bahagian intimasi (kemaluan atau vagina). 

Apakah punca sebenarnya bakteria ini sangat menyukai bahagian intimasi kaum wanita?

Perkaitan antara persekitaran kehidupan dan bakteria sumber jangkitan dengan kehidupan seharian, kaum wanita cenderung mengalami jangkitan bahagian intimasi akibat kontaminasi oleh pelbagai jenis bakteria. 

Umpamanya, sisa daripada air kencing dan najis, kolam renang, tandas awam, pengangkutan awam, hubungan kelamin yang mengabaikan kebersihan dan sebagainya akan meningkatkan risiko jangkitan bakteria di bahagian intimasi. Jangkitan bakteria luaran merupakan salah satu punca utama keradangan bahagian intimasi wanita. 

Bila wanita dibelenggu masalah yang disebutkan, mereka akan berasa tidak selesa dan rendah diri terutamanya bagi yang sudah berumah tangga. Malu berhadapan dengan  suami ketika mahu ‘bersama’ atau suami sendiri akan berasa tidak nyaman tatkala menyetubuhi isteri. 

Jadi apa yang harus wanita lakukan untuk mengembalikan keseimbangan pH sekitar vagina?

Selama ini anda mungkin berasakan feminine wash atau pencuci Miss V wanita ialah penyelesaian bagi permasalahan yang anda hadapi. Mungkin ia berkesan untuk menghilangkan bau tetapi sifatnya yang berasaskan alkali boleh membunuh sama sekali bakteria baik dan tidak baik yang sebenarnya masih diperlukan dalam vagina wanita untuk mendapatkan keseimbangan pH tadi.

Oleh sebab itu, Vaginne dicipta untuk membantu wanita. Produk penjagaan Miss V wanita keluaran Immeri Sdn Bhd, yang sudah berada di pasaran sejak dua tahun lalu mempunyai banyak kebaikan.

Roslaila Puspa Deraman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Love Connection Sdn Bhd, yang menjadi pengedar Vaginne untuk pasaran Melayu berkata, produk ini bukan saja bertindak untuk mengimbangi semula jumlah pH sekitar vagina, menstabilkan jumlah bakteria baik dan jahat, menghilang masalah Miss V berbau juga keradangan, malah ia juga berupaya mengetatkan sekali gus mengembalikan kepuasan ketika bersama pasangan.

Foto: Azrul Rafie

“Vaginne adalah satu produk diusahakan syarikat tempatan yang bertapak di China. Pengasanya ialah seorang rakyat Malaysia, sebelum mengeluarkan produk ini, Lau meminta Pakar Perubatan Kulit dan Kebersihan, Dr Chang yang berasal dari Taiwan untuk menghasilkan satu produk penjagaan intimasi wanita. 

“Selepas menjalankan kajian selama hampir dua tahun , Dr Chang mengemukakan formulasi yang berasaskan penstabilan jumlah bakteria baik dan jahat demi mencapai alam flora vagina yang sihat,” katanya. 

Untuk memelihara kesihatan vagina, jel itu mestilah diperbuat daripada bahan semula jadi. Dimana formula diketengahkan Vaginne menggabungkan sumber asli  seperti essential oils, asid hyaluronika dan peptides. 

“Fungsi produk ini, yang pertamanya adalah untuk mengimbangi semula jumlah pH (3.4-4.4) sekitar vagina dan menstabilkan jumlah bakteria baik dan jahat yakni dalam bacaan cell ratio, nisbahnya adalah 10 bakteria baik dan 1 tidak baik. 

“Jika jumlah bakteria jahat melebihi yang sepatutnya, itu yang menjadi punca kepada masalah Miss V berbau juga keradangan,” katanya.

Foto: Azrul Rafie

Menjaga exclusivity produk ini, formulasinya telah pun di pattern kan di seluruh dunia. Kini Vaginne telah memasuki pasaran China, Taiwan, negara Timur Tengah, Nigeria, Uganda, Ghana, Filipina, Brunei termasuk Malaysia. 

Di Filipina misalnya, Pakar Sakit Puan iaitu Dr Glenda Pichay Rabino sendiri bertanggungjawab memasarkan produk ini. Selepas mendengar tentang kebaikannya, Dr Glenda, membuat ujian klinikal selama dua minggu membabitkan beberapa wanita untuk melihat sejauh mana keberkesanan Vaginne. 

“Ujian yang dijalankan itu bagi menguji keberkesanan produk ini. Sama ada berlaku  perubahan selepas dua minggu menggunakannya atau tidak. Adakah vagina wanita masih berbau atau sebaliknya, apakah benar ia boleh mengetatkan vagina serta mengatasi masalah yang lainnya.

“Ternyata kajian yang dibuat oleh Dr Glenda mendapati produk ini terbukti berkesan,” katanya yang juga bekas Pengarah Jualan Avon Malaysia.

Berbangga dan teruja memperkenalkan Vaginne untuk pasaran Melayu melalui syarikatnya, Love Connection Sdn Bhd yang mengenengahkan  tagline ‘Cinta Hati Wanita’  sentiasa berpaksikan matlamat hanya produk yang terbaik dan mendapat rekomendasi secara klinikal sahaja menjadi pilihan mereka. 

Menggunakan label Ellsee sebagai jenama produk, sebelum ini syarikat berkenaan  pernah mengeluarkan Jus Sengat Dara yang telah terjual melebihi daripada 100,000 unit dalam tempoh kurang setahun! 

Ellsee terus mencipta kepelbagaian produk dengan memperkenalkan set sebelum dan selepas bersalin iaitu La Mamma, La Baby, La Serene dan La Beauty. Kesemua produk ini boleh didapati seara dalam talaian menerusi https://ellsee.my/about-us/

Apa yang menariknya, produk di bawah label kecantikan (La Beauty) iaitu La Beauty 5 in 1 Glam Foundation, menggabungkan lima formula terbaik yang diperlukan wanita dalam sebekas bedak asas. Di dalamnya terdapat primer, bedak asas, bedak polos, bedak padat termasuk pelembap. 

Lazimnya pemakaian lima jenis produk ini terpaksa dilakukan secara berperingkat, tetapi kini anda tidak perlu bersusah-payah kerana  boleh mendapat lima kebaikan ini dalam satu bekas La Beauty 5 in 1 Glam Foundation! 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Dec 2022

Chombi Ajak Borak Atas Pentas, Amirul Kena ‘Sound’ Dengan Harry Khalifah – “Aku Sepak Kau Kejap Lagi!”

Semakin meningkat naik selepas single terbaru lagunya ‘Sayunk I Love You’ diterima ramai, nama penyanyi Chombi yang merupakan anak kepada Harry Khalifah semakin dikenali ramai. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pempengaruh Amirul […]

Featured Fri, 10 Nov 2023
familuv Mon, 24 Sep 2018
Featured Fri, 29 May 2020
Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Tue, 16 Aug 2022

[VIDEO] “Takut Terkena Demam Panas” – Bella Astillah Guna Trend Audio Pontianak, Dibanjiri Nasihat Netizen

Bella Astillah dinasihati netizen untuk tidak perlakukan anaknya sebegitu.

Featured Wed, 6 Mar 2019
Featured Sun, 28 Oct 2018