Featured By: Yanie Baharom June 25, 2018 @ 9:00am

Mix & Match Koleksi ALDO Untuk Mirip Gaya Selebriti

Mereka ini tak pernah tak cantik! Sama ada rela atau terpaksa, setiap hari menuntut golongan selebriti wanita terutamanya, menjaga penampilan dan kelihatan menawan senantiasa.

Mengaplikasi fesyen dengan stail tersendiri, mereka juga bertuah kerana memiliki paras rupa yang jelita sekaligus membuatkan apapun helaian pakaian yang membaluti tubuh mereka atau item fesyen yang diperagakan menjadi perhatian umum.

Inspirasi gaya mereka menjadi ikutan ramai meskipun sesetengah jenama kepunyaan mereka seperti tas tangan, kasut, tali pinggang dan aksesori, mungkin tidak termampu untuk dimiliki.

Pun begitu usah gusar kerana dengan barangan ALDO, anda boleh bergaya persis selebriti kesayangan anda.

1. EMMA MAEMBONG

Foto: Instagram Emma Maembong dan Ihsan Aldo

Busana peplum rona hijau emerald ini cukup cantik digayakan oleh pelakon Emma Maembong bahkan memancarkan keserian wajah campurannya yang persis barbie doll itu.

Bukan itu saja, nampaknya Emma juga layak digelar ‘Selebriti Dengan Gaya Raya Fesyen Paling Stailo’ kerana berani memadankan belt pack sebagai pengganti tas tangan sekaligus aksesori subang menjadi pelengkap gayanya. Malah, cara lilitin tudung Emma yang menyerlahkan sepasang subang Aldo juga sangat stailo!

Jadi, jika anda nak cantik dan stailo macam Emma, anda boleh mencuba styling seakan sama dengan memadankan belt pack Agrawen dari ALDO dan subang Priewen juga daripada jenama Aldo.

2. FYZA KADIR

Foto: Instagram Fyza Kadir dan Ihsan Aldo

‘Fashionista’ tempatan yang terkenal dan mahir dalam bidang fesyen, wanita super gorgeous ini tidak lain dan tidak bukan adalah aktres, model serta socialite, Fyza Kadir. Selama beberapa tahun mengikuti perkembangan fesyen Fyza yang sofistikated, dia seorang pencinta fesyen yang tidak pernah over do it dalam bergaya.

Jadi kalau nak sentiasa nampak classy macam Fyza sebagaimana dalam gambar, pilih baju yang seakan stail fesyen yang sama. Kemudian padankan dengan  barangan ALDO seperti tas tangan Elaywia, sepatu Seralle rona hitam dan subang juntai Akitanoa untuk look seperti dress biru yang digayakan Fyza. Untuk kurung kaftan rona army green yang dipakainya, padankan bersama tas tangan Garingster serta cincin Podesta juga daripada jenama sama.

3. FARAH NABILAH

Foto: Instagram Farah Nabilah dan Ihsan Aldo

Gaya minimalist pelakon meningkat naik dan cukup popular dengan drama siri Halalkan Hati Yang Ku Curi ini, cukup sopan dan manis. Anda juga boleh membuatkan si jejaka menoleh dua kali atau berkali-kali kepada anda seperti mana kebanyakan jejaka jatuh hati kepada Farah Nabilah.

Pastikan persalinan kurung moden anda dari himpunan warna pastel, dipadan dengan sepatu lace Uffogliano, clutch Elrooi dan subang Baerien, kesemuanya dari ALDO.

4. SELEBRITI GO CASUAL!

Foto: Instagram Emma Maembong, Ayda Jebat, Nora Danish, Neelofa dan Ihsan Aldo

Dari busana Hari Raya, kita beralih pada gaya kasual selebriti popular iaitu Ayda Jebat, Emma Maembong, Nora Danish dan Neelofa. Jika anda mengenakan sut seperti Ayda Jebat, perhebatkan penampilan anda dengan sling bag Muscari dari ALDO.

Santai outing sebagaimana Emma dengan koleksi beg tangan Frenarien dari ALDO. Designnya yang minimalist ini sangat sesuai selain boleh sumbat segala macam di dalamnya.

Jika anda sukakan gaya hot chic persis Nora Danish, padankan trench coat dress anda dengan tas tangan Elaywia. Manakala mahu tampil elegan bak Neelofa, pilih tas tangan Levicoterme semestinya dari ALDO!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan apalagi, cepat-cepatlah serbu butik ALDO yang terdapat di seluruh Malaysia. Enjoy shopping!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 31 Dec 2018

15 Modern Design Ideas For Your Baby’s Bedroom

Don’t go for the traditional, pastel-coloured theme anymore!

Featured Sat, 10 Sep 2022

Syatilla Melvin Mengamuk Foto Disalah Guna – “Bodoh Apa Guna Gambar Adik Beradik Melvin”

Hambekk kan dah kena sound dengan Syatilla… yang bukan-bukan ja nak guna gambar orang pun 😌

Featured Sun, 17 Mar 2024

Beri Hadiah Telekung Bernilai RM12,000 Kepada Isteri, Usahawan Ambil Positif Teguran Mufti – “Tak Nak Jawab Di Akhirat Nanti”

Selepas tular berita mengenai tindakan seorang suami yang juga merupakan pengasas dan pempengaruh media sosial, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman yang sanggup  membelanjakan wang sebanyak RM12,000 bagi menghasilkan telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski […]

familuv Tue, 17 Mar 2020

Ambil peduli apabila anak buat perangai!

Kanak-kanak faham jika dididik sejak kecil.

Oh Lawa Thu, 14 Nov 2019

Kebaya labuh Kedah bakal diangkat ke pentas Ratu Dunia 2019

Dihiasi dengan selendang batik dan aksesori bermotif tradisional

Featured Mon, 30 Jul 2018
Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Thu, 10 Nov 2022

Tak Berlakon Dalam Kampung People 3, Peminat Mahukan Hun Haqeem – “Dia Hidupkan Watak Baby Boo Jekfer”

Oh no my baby boo Jekfer.. Agak agak kenapa Hun Haqeem tak pegang watak Jekfer dalam drama Kampung People musim ketiga ek?