Featured By: Shaidah Shafie November 18, 2019 @ 12:01pm

MiyoSmart daripada Hoya bantu kanak-kanak atasi rabun jauh

Senario kanak-kanak seawal usia lima atau enam tahun memakai kaca mata sering dianggap perkara biasa dan secara tidak langsung juga terbit tanggapan bahawa kanak-kanak berkenaan tampak bijak dengan penampilan sedemikian.

Kenyataannya, kanak-kanak berkenaan mungkin mengalami miopia atau rabun jauh sehingga menyebabkan dia perlu menggunakan kaca mata bagi membantu penglihatannya supaya lebih jelas.

Diramalkan menjelang 2050, sebanyak 49.9 peratus penduduk dunia akan mengalami miopia dan 9.8 peratus daripadanya mengalami miopia yang tinggi.

Secara tidak langsung juga, miopia dalam kalangan kanak-kanak juga dijangka meningkat, lebih-lebih lagi dengan gaya hidup yang diperlihatkan kini, kebanyakan kanak-kanak lebih gemar melakukan kegiatan di dalam rumah dan menjurus kepada permainan dalam talian berbanding bermain di padang bersama-sama rakan sebaya.

Bagaimanapun, elemen lain seperti tumpuan dan kepentingan terhadap pelajaran, keturunan, tingkah laku dan alam sekitar juga dikatakan menjadi antara faktor mempengaruhi keadaan kanak-kanak yang mengalami miopia.

Sehubungan itu, Hoya Vision Care memperkenalkan kaca mata kanta inovatif baharu MiyoSmart yang diperhebatkan dengan teknologi Defocus Incorporated Multiple Segments (DIMS) yang lebih efektif, selesa dan selamat bagi kanak-kanak yang mengalami miopia.

Pengarah Urusan Hoya Malaysia, Lew Chee Quin, berkata pihaknya berusaha melakukan pelbagai kajian bagi mencari penyelesaian akan masalah rabun jauh yang lazim dialami kebanyakan individu.

Kaca mata MiyoSmart yang berupaya membantu masalah rabun jauh. Sumber: polyu.edu.hik

“Kami memperuntukkan masa enam tahun untuk membangunkan MiyoSmart dan kami dapat melihat bahawa produk ini sangat berkesan terhadap mereka yang mengalami masalah rabuh jauh.

“Bagi memastikan pengguna mendapat manfaat sepenuhnya daripada produk yang digunakan, kami mengehadkan penjualannya hanya kepada pakar penjagaan mata yang kami latih sahaja demi kebaikan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, baru-baru ini.

Hoya mula ditubuhkan di Tokyo, Jepun pada 1941 dan dikenali sebagai syarikat berteknologi global dalam bidang perubatan dan aktif dalam penjagaan kesihatan serta informasi teknologi selain mengeluarkan produk peralatan penjagana kesihatan.

Selama lebih 60 tahun juga Hoya terkenal sebagai pakar dalam bidang pembuatan dan perekaan kanta, kanta optik serta beroperasi di lebih 50 negara. Kini terdapat 269 cawangan Hoya di Semenanjung Malaysia dan 14 di Sabah dan Sarawak yang ada menawarkan kanta MiyoSmart.

Kanta MiyoSmart yang ditawarkan itu adalah hasil kerjasama Hoya Vision Care dengan Universiti Politeknik Hong Kong. Antara kelebihan kanta berkenaan adalah keupayaannya menghentikan perkembangan miopia dalam kalangan kanak-kanak sehingga 21.5 peratus.

Selain itu, MiyoSmart juga menyebabkan pertumbuhan paksi pada mata menjadi perlahan dengan kadar purata 60 peratus dan mengawal perkembangan miopia secara purata sebanyak 60 peratus.

Lew berkata, pada masa sama pihaknya juga memasikan pengguna, terutama kanak-kanak diberi khidmat nasihat yang sewajarnya sebelum menggunakan kanta yang ditawarkan Hoya.

Pakar mata di Hoya akan menyediakan rundingan lanjutan kepada kanak-kanak yang mengunakan MiyoSmart selepas ibu bapa membeli kanta berkenaan untuk anak mereka.

“Kami juga melaksanakan protokol dan garis panduan ECP di semua premis kami yang ada menawarkan kanta mata itu kerana kami percaya kaedah ini akan memberi manfaat terbaik kepada kanak-kanak dan rakyat Malaysia untuk jangka masa panjang,” katanya.

Hoya membangunkan teknologi kanta yang mengurangkan masalah rabun jauh. Gambar hiasan/Sumber: vmagazine.hk

Simptom awal miopia:

1. Pandangan kabur

2. Sakit kepala

3. Mata mengalami keletihan

4. Kegatalan pada mata

5. Mata dikecilkan untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas

6. Mata seolah-olah tegang

Lima panduan penjagaan mata agar terhindar daripada miopia:

1. Luangkan lebih banyak masa di luar bertujuan menikmati kehijauan alam, sekurang-kurang dua jam setiap hari.

2.  Berehat sekurang-kurang lima minit setiap satu jam jika bekerja di komputer.

3.  Pastikan ada pencahayaan yang cukup, jarak mata dan skrin komputer tidak terlalu rapat dan duduk dalam posisi yang betul.

4.  Lebihkan mengambil makanan sihat seperti buah, sayur dan minum cukup air.

5.  Lakukan pemeriksaan mata secara berkala bagi memastikan mata berada dalam keadaan baik.

Kanta MiyoSmart boleh diperoleh  di Hoya Vision Care tertentu sahaja dan pengguna boleh merujuk senarai kedai terpilih.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 Mar 2024

Rakaman CCTV Kantoikan Marissa Dania… Abby Kongsi Kronologi Anak Nikah Di Thailand

Sebak pula tengok Abby Abadi ni. Da cukup dah dia bagi didikan agama kat anak-anak.

Events Wed, 9 Mar 2022
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Beraksi Manja & Sweet, Iman Troye Expose Teman Lelaki?

Amboi Iman Troye angau sampai tak boleh tidur Danial tak teman yaaa ❤️ Gituuuu hihi apapun semoga yang baik baik saja

Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Tular Harga Jam Mewah RM4 Juta… Fazura Kongsi Foto OOTD, Tapi Jenama Beg Dikaburkan 

Simple je ootd Faz, tapi terpegun min tengok beg tangan aktres jelita ni 😚😚 Ramai kata jenama Hermes tuu 🤩🤩

Featured Mon, 3 Oct 2022

Gandingan Mantap Dengan Naim Daniel Dalam Lagu ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat’ Tonjolkan Tone Vokal Sebenar Dolla

Siapa dah dengar lagu baru Naim Daniel x Dolla? Sesekali dengar lagu Ballad dari Dolla best kann 🤩

Featured Fri, 21 May 2021

Anda Berbakat Dalam Lakonan Dan Ingin Dilabel The Next Zul Ariffin? Jom Sertai Ujibakat Fit For Action

Dah selalu buat video Tiktok tapi tak ramai yang tengok? Ingin mencuba nasib dan serlahkan bakat terpendam korang? Buat korang yang berangan- angan untuk menjadi bintang filem aksi seperti Aaron Aziz, Remy Ishak, Zul Ariffin, Fazura, Shaheizy […]

Featured Thu, 1 Nov 2018

Exam Bagi Tahun 1, 2 Dan 3 Akan Dimansuhkan Bermula Tahun 2019

Pemansuhan peperiksaan tersebut akan digantikan dengan pentaksiran.

Featured Thu, 7 Apr 2022