Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 19, 2020 @ 11:00am

Mudahnya resipi tart nanas, kuih wajib ada pada pagi Aidilfitri

Tart nanas antara kuih wajib ada di setiap rumah pada pagi Aidilfitri. Tanpanya, bagaikan tidak berseri meja yang menghidangkan aneka juadah Lebaran.

Jika dulu tart nanas dihidangkan dengan cara yang ringkas iaitu jem di atas tart bentuk bulat atau berbunga, kini  tart nanas dihidangkan dalam pelbagai bentuk unik seperti kulit kerang, bulat seperti buah dengan bertangkai bunga cengkih dan juga bentuk nanas.

Tidak kira apa bentuk yang dihidangkan, tart nanas pasti kuih yang dicari terlebih dahulu apabila bertandang ke rumah sanak-saudara.

Selain tart yang cair apabila masuk ke dalam mulut, keenakan kuih itu juga dinilai daripada rasa jem nanas yang disediakan.

Tart nanas diolah dengan perisa strawberi, tapi inti kekal menggunakan jem nanas (kiri), tetapi ada juga yang menghasilkan tart dan inti perisa coklat (kanan).

Ada yang menggemari rasa jem yang lembut dan manis, tidak kurang juga yang memilih tart nanas dengan jem berserat.

Kebelakangan ini ada juga pembuat kek yang kreatif dengan menghasilkan tart nanas dengan dicampur perisa lain seperti keju dan coklat, malah ada yang mengubah inti tart nanas kepada beberapa jem lain seperti jem beri biru (blueberry), strawberi dan tidak kurang juga yang menyediakan inti coklat.

Jika ada yang hendak mencuba untuk menghasilkan sendiri tart nanas pada Aidilfitri ini, berikut dikongsikan resipi tart nanas keju gebu yang diambil daripada perkongsian pemilik akaun Instagram @prettybaked16.

Resipi tart nanas keju gebu

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula kastor
250g mentega (dibiarkan pada suhu bilik)
Jem nanas
Keju cheddar
Kuning telur(untuk sapuan)

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan gula dan mentega sehingga sebati, kacau manja sahaja.
  2. Apabila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul menggunakan tangan.
  3. Uli sehingga menjadi doh. Pastikan adunan tart ini agak lembut supaya mudah untuk dipicit kerana jika doh keras boleh menyukarkan untuk menghasilkan bentuk dan mungkin pecah.
  4. Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti yang sudah siap dibuat bebola bujur dan gulung.
  5. Sapukan kuning telur pada bahagian atas dan taburkan keju.
  6. Bakar tart nanas pada suhu 170 darjah Celsius selama 25 minit dan siap!

Panduan: Basahkan tangan sedikit supaya lebih mudah menggentel inti agar tidak melekit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Nov 2022

Sakit Perut Jam 3 Pagi, Hans Isaac Dimasukkan Ke Hospital & Segera Dibedah

Sakit perut jangan buat main ya.. Get well soon!

Featured Fri, 25 Jun 2021

Sering Terima Cadangan Perlanjutan Program i-Sinar & i-Lestari, Kerajaan Cuba Cari Penyelesaian – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz memberitahu kerajaan telah menerima pelbagai cadangan termasuk pelaksanaan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari. Menerusi laman Facebooknya, beliau menjelaskan telah mengambil kira pelbagai cadangan dan permintaan oleh […]

Featured Fri, 5 May 2023

Tak Henti Terima Kecaman, Netizen Pertahankan Miera Leyana… Dipuji Mesra Bersama Anak Tiri – “Nampak Ikhlas Sangat”

Bak kata Miera Leyana, ada dua penceritaan yang berbeza dalam konflik rumah tangga mereka 😌

Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Mon, 9 Jan 2023

Raih 1.3 Juta Penonton Dalam Sebulan, Aruma ‘Muak’ Dengan Kata-Kata Manis & Janji Palsu

Siapa yang pernah dikecewakan mesti boleh relate dengan lagu ni

Featured Mon, 19 Dec 2022

Video Tuju Pada Diri Sendiri Disalah Erti, Sherry Alhadad Mohon Maaf

Salah faham je ni.. Sherry pun dah minta maaf

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Tinggal 10 Peratus… Selagi Bateri Ini Tidak Mati, Selagi Itu Saya Bernafas…” – Bob Lokman Akui Keadaan Jantung Makin Kritikal

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman mengakui keadaan jantungnya kini berada ditahap yang kritikal dan hanya mengharapkan pada penggunaan jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Menurut Bob Lokman atau […]

Featured Fri, 17 Mar 2023
Eat Travel Thu, 5 Jul 2018

Buat Ais Krim Goreng Anda Sendiri Dengan Resipi Mudah Ini

Jarang jumpa, kan? Tak perlu beli di kedai pun!