Eat Travel By: Ad Ops November 19, 2018 @ 12:00pm

Muffin Pisang Berinti Coklat Ini Pasti Disukai Ramai, Tak Kira Muda Ataupun Tua

Kalau diberi pilihan antara muffin dan cupcake, peminat pencuci mulut manis mesti memilih cupcake kerana ia selalunya ada topping yang sedap dan meriah.

Muffin pula dilihat sebagai pilihan yang lebih sihat kerana ia kurang bergula, mengandungi ramuan buah-buahan dan jarang sekali diletakkan topping di atasnya. Kalau ada topping pun, simple-simple saja dan tak manis sangat.

Namun begitu, tak semestinya muffin ini tak sedap untuk dimakan. Jika anda nak upgrade resipi muffin anda, anda boleh gunakan ramuan yang tak semestinya berkhasiat, seperti coklat cair atau jem strawberi.

Untuk di bawah ini, Hijab & Heels nak kongsikan resipi muffin pisang bersama coklat. Jika anda tak tahu, kedua-dua ramuan ini memang secocok! Jika digabungkan, rasanya pasti menambat hati anda.

Muffin ini bukan saja ada coklat di bahagian tepungnya. Di tengah-tengahnya ada inti coklat tebal yang akan membuatkan snek ini rasa lagi power!

Jika anda nak try buat, ikuti resipi di bawah ini.

Bahan-Bahan

  • 2 biji pisang yang telah masak
  • 1 telur bersaiz besar, di suhu bilik
  • ⅓ cawan minyak sayuran (80 ml)
  • ½ cawan gula (100 gram)
  • ¼ cawan susu penuh krim (60 ml)
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 1 ½ cawan tepung serbaguna (185 gram)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • ½ sudu kecil baking soda
  • ¼ sudu kecil garam
  • ¼ cawan chocolate sprinkles (50 gram)
  • ½ cawan cip coklat separuh manis (90 gram)
  • ½ cawan heavy whipping cream, di suhu panas (120 ml)

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven ke suhu 150°C.
  2. Jika pisang anda belum betul-betul masak, letakkannya ke atas kertas minyak di dalam loyang.
  3. Bakar selama 15 ke 20 minit hingga kulit mereka hampir hitam. Tapi hati-hati! Jangan terlebih masak pula.
  4. Biarkan pisang sejuk ke suhu bilik. Tingkatkan suhu oven ke 180°C.
  5. Kupas pisang dan letakkan isinya ke dalam mangkuk besar. Lenyekkan dengan mixer atau garfu.
  6. Campurkan telur, minyak sayuran, gula, susu dan vanila. Pukul hingga sebati.
  7. Tapiskan tepung, serbuk penaik, baking soda dan garam ke dalam adunan pisang tadi. Pukul hingga cukup sebati, tapi jangan berlebihan.
  8. Gunakan spatula getah untuk campurkan chocolate springkles ke dalam adunan.
  9. Sapukan mentega pada loyang muffin 12-cup atau semburkan cooking spray padanya. Cedokkan adunan dan tuangkan ke dalam ruangan muffin sama rata.
  10. Bakar selama 20 ke 25 minit, hingga bahagian muffin tadi keperangan, ataupun apabila tiada adunan yang melekat pada cungkil gigi yang anda cucuk pada muffin itu.
  11. Di dalam cawan penyukat yang tahan panas, letakkan cip coklat. Tuangkan heavy cream yang panas ke dalamnya. Biarkan selama seminit, dan kemudian kacau hingga coklat menjadi cair dan lembut.
  12. Ketika muffin masih panas, gunakan bahagian hujung senduk kayu yang berbentuk silinder untuk buat lubang di bahagian tengah setiap muffin. Biarkan sejuk ke suhu bilik.
  13. Isikan lubang tadi dengan chocolate ganache (cip coklat campur heavy cream).
  14. Letakkan muffin di dalam peti sejuk selama 1 jam, hingga bahagian coklat di tengah itu dah sedikit mengeras.

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Aug 2019
Drama Wed, 13 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Drama ‘Risik Pada Hati’ Trending, Video Siti Bertemu Lailatul Qadar Viral, & Inai Neelofa Banyak Pantang Larang?

Segmen #WhazzupNetizen minggu ini! Alamak betul ke inai Neelofa ni tak cantik? Siti Nurhaliza dakwa pernah bertemu Lailatul Qadar? 🥲🥺Min setuju drama Risik Pada Hati ni sangat meruntun jiwa 😭😭

Featured Thu, 22 Aug 2019

Kebakaran hutan Amazon semakin teruk! Anda boleh bantu dengan 5 cara ini

Walaupun ia tak berlaku di Malaysia, ini tetap Bumi kita.

Eat Travel Tue, 11 Sep 2018
Featured Wed, 6 Jun 2018

Kerana Risaukan Keselamatan Anaknya Yang Dijaga Oleh Bekas Suami, Janet Jackson Hubungi Polis

Janet telah menelefon pihak polis selepas bimbang dengan keselamatan anak lelakinya Eissa.

familuv Fri, 24 Feb 2023