Featured By: Yanie Baharom September 4, 2018 @ 9:38am

Multicultural Babes – We Are Proud To Be Malaysian!

Hello September! Figura kembali dengan edisi keduanya, menampilkan pesona wajah majmuk Malaysia menggabungkan 3 entiti seni berbakat besar, Raja Ilya Raja Mohamad (Ilya), 33, Elizabeth Tan (Lizzy), 24, dan Sangeeta Krishnasamy (Sangeeta), 33.

Ekspresi cinta kepada negara selaku intipati temubual, gandingan 3 jelitawan ini yang menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa menangkis skeptikal umum Hijab & Heels sebagai sebuah web portal khusus untuk wanita berhijab saja.

Hijab tentunya buat si manis bertudung dan Heels refleksi kepada wanita pelbagai bangsa dan agama.

Ini kerana Hijab & Heels percaya setiap wanita adalah komponen penting kepada negara dan wajar diberi layanan setara.

Selamat Hari Malaysia!

Hijab & Heels (H&H) : Ekspresikan Malaysia di hati kalian?

Ilya: Semangat kekitaan, menjunjung adat dan mengamalkan budaya yang harmoni.

Sangeeta: Malaysia has shaped me to be who I am today. Bagaimana menjadi manusia yang beradat, menghormati orang dan menyayangi sesama yang lain sekalipun berlainan kaum atau keturunan, semuanya nilai itu saya semat kerana saya adalah anak Malaysia dan terima kasih kepada Malaysia tercinta.

Lizzy: Tidak ada mana-mana yang boleh menggantikan Malaysia sebagai tanah airku.

H&H: Sesetengah orang memandang remeh tentang kelebihan menguasai pelbagai bahasa, kalian pula bagaimana?

Ilya: Zaman sekarang kita seharusnya lebih bagus dari dulu dan penguasaan multilingual merupakan satu kelebihan untuk berada dalam mana-mana komuniti selain membantu otak kita berfungsi lebih baik lagi. Untuk saya fasih bertutur empat bahasa terutamanya Tamil dan Urdu selain bahasa rasmi iaitu Malaysia juga Inggeris, memerlukan practice sedari kecil.

Sangeeta: Menguasai bahasa bagi pendapat saya tak boleh dipandang remeh sama sekali kerana ia akan membataskan kebolehan kita. Sebagai contoh situasi saya, sekiranya saya tidak berusaha menguasai bahasa Malaysia dan Inggeris mana mungkin saya dipilih untuk membawa watak cikgu Cheryl menerusi filem Adiwiraku.

Di mana filem itu, telah membawa impak yang cukup positif dalam kerjaya seni saya sekaligus membuka banyak peluang berlakon.

Menguasai bahasa juga amat penting terutamanya dalam sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia supaya kita dapat berkomunikasi dan memahami sesama sendiri dengan baik.

Lizzy: Saya merasakan bahawa sekurang-kurangnya, semua warganegara Malaysia harus menguasai bahasa kebangsaan negara iaitu Bahasa Malaysia. Penguasaan bahasa kebangsaan merupakan salah satu faktor yang sangat penting untuk menyatu padukan kita semua, tak kira bangsa.

Syukur saya mempunyai kebolehan berbahasa Melayu, Inggeris termasuk Cina. Malah berharap memperoleh peluang untuk mendalami bahasa lain misalnya French! suatu hari nanti.

3. Kongsikan pengalaman paling best sepanjang anda membesar sebagai anak Malaysia?

Ilya: Terus terang saya mempunyai ramai kawan-kawan pelbagai kaum. Jadi semua perayaan saya celebrates! I tell you what, makanan di Malaysia negara lain tak boleh challenge

Sangeeta: Sama seperti Ilya, saya juga sering ternanti-nantikan perayaan tiba kerana seronok berkunjung ke rumah kawan-kawan berlainan bangsa. Mendalami budaya mereka dan menikmati hidangan yang lazat! Inilah kelebihan mendapatkan pendidikan di sekolah kebangsaan, which is what Malaysia is really about!

Lizzy: Pengalaman dibesarkan di negara ini secara keseluruhannya membuatkan saya rasa amat bersyukur dan bangga. Sebabnya, saya dapat membesar dalam kepelbagaian budaya, adat dan tradisi, yang mungkin tidak boleh dialami sekiranya dibesarkan di negara lain.

4. Golongan selebriti boleh dianggap sebagai duta kecil negara, berupaya menggunakan platform seni dan populariti termasuk pengaruh di media sosial untuk mempromosikan Malaysia. Apa bentuk-bentuk promosi negara yang wajar dilakukan?

Ilya: Awareness untuk golongan belia, mencipta nama dan sejarah agar dapat melakar lebih banyak kejayaan di peringkat dunia sekaligus membantu merealisasikan impian kerajaan.

Sangeeta: Pada pendapat saya pula,  firstly artist have to stay real la… sama ada on screen mahupun off screen. Berpegang pada prinsip dan percaya pada prinsip itu. Mempromosikan semangat kebangsaan is always No.1 bagi saya.

Lizzy: Selebriti boleh menggunakan populariti mereka untuk menyemai rasa sayang pada negara, antaranya pendekatan yang  menunjukkan kepentingan kita dalam menyokong produk lokal.

Saya rasa ini sangat penting untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap produk tempatan yang sukar untuk berkembang kerana sikap umum yang suka memandang rendah produk lokal gara-gara mentaliti yang tertanam sejak azali bahawa produk antarabangsa itu bagus.

Sokongan kita sebagai pengguna dan rakyat Malaysia, dapat  membantu perkembangan ekonomi dan menjana pendapatan ekonomi negara.

5. Bagaimana wanita Malaysia harus menyerlah di peringkat antarabangsa?

Ilya: Be truly Malaysian (humble, down to earth, honest and smart).

Sangeeta: Read alot ! Be current ! Buat market research! Gali kebolehan anda, mencipta kekuatan secara dinamik dan unik,  work hard on it and use it as your weapon for success. Malah selalu membawa identiti negara bersama.

Lizzy: Kita patut dikenali di peringkat antarabangsa untuk bakat yang dimiliki dan bukan dikenali disebabkan perkara-perkara negatif atau apa saja tindakan yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia.

6. Sumbangan anda sebagai anak seni kepada negara tercinta?

Ilya: Bukan saja dari segi bakat dan hiburkan rakyat tapi membawa rakyat bersama kami ke arah kecemerlangan.

Sangeeta: Sumbangan dari segi kerjaya, dengan memilih skrip yang saya percaya dapat membawa impak positif pada msyarakat.

Lizzy: Menjadi prinsip saya untuk sentiasa melahirkan karya-karya muzik yang berkualiti.  Selain membawa imej yang baik supaya peminat melihat saya sebagai role model yang boleh mereka jadikan contoh.

7. Moden atau tradisional. Kenapa?

Ilya: Both, kerana kedua-duanya ada kekuatan tersendiri.

Sangeeta: Combination of modern and traditional, to always remind us where we come from.

Lizzy: Both, sebabnya ia sangat penting untuk menghormati tradisi yang diwariskan kepada kita dan dalam masa yang sama, menghargai masa kini juga.

8. Kongsikan perkembangan kerjaya seni anda?

Ilya: Saya kini dalam persiapan memasuki set filem Patriot, sebuah filem aksi di mana saya membawakan watak ASP Roxane. Selain itu terlibat dalam musim kedua Syurgaku Tak Sempurna setelah musim pertama berjaya memecah record dengan rating penonton paling tinggi di HYYPSensasi. 

Setiap hari juga, jadual harian saya terikat dengan urusan perniagaan dan sekarang ini bertambah sibuk kerana perlu melakukan persediaan perkahwinan.

Sangeeta: Buat masa sekarang saya sedang mempersiapkan diri untuk ke New York Film Academy, bagi mengikuti kursus perfileman.

Selain cukup teruja menantikan kemunculan filem Proksi arahan Zulkarnain Azhar yang turut dibintangi Bront Palarae dan Ashraf Sinclair. Termasuk Rise, Ini Kalilah! arahan Saw Teong Hin, Nik Amir dan Prem.

Naskah ini berkisarkan, loosely based on real events that led to Pilihan Raya ke-14 (PRU14) , releasing on Hari Malaysia pada 16 September ini. 

Manakala drama bersiri yang cukup mengujakan saya adalah Banteras arahan Ghaz Abu Bakar, di mana saya memagang watak sebagai pegawai SPRM yang bersungguh-sungguh membanteras rasuah.

Termasuk Jibril yang menampilkan Aeril Zafril & Lisa Surihani sebagai bintang utama. Drama 10 episod ini, ala-ala filem Sherlock Holmes tetapi berlaku di dalam dunia guaman.

Lizzy: Sekarang ini saya sangat busy mempromosikan promo lagu terbaru, Police Entry, dan tidak lama lagi akan memasuki set penggambaran drama 20 episod yang dijangkan penayangannya awal tahun depan.

 

Team Produksi

Penyelaras Cover Story
Yanie Baharom
Instagram: @yaniebaharom

Produser
Mazizul Dani
Instagram: @izuldani

Pembantu Produksi
Bibi Nurshuhada Ramli
Instagram: @slytherynna

Jurugambar
Nizarhafiz Mustafa
Instagram: @nizarhafizmustafa

Jurukamera
Khairus Ramli
Facebook: Khairus Ramli

Videographer
Allyme Izam
Instagram: @thomes_izam

Penyunting
Amir Hafidz
Instagram: @hafidz.ron

Pereka Grafik

Muhammad Muctar

Instagram: @en.jim

PENAJA:

LOKASI

Meet & Dine,
29, Budiman Business Park,
Jln Budiman,
Taman Desa Baru,
43200 Cheras 9 Miles, Selangor
Instagram: @meetanddine

WARDROBE

Jumpsuit: Rizman Ruzaini

Instagram: @rizmanruzaini

Dresses: Zaimi Zulkafli

Instagram: @zaimizulkafli

SOLEKAN

1. Raja Ilya

Hair & makeup by Razzi Musa
Instagram: @razzimusa

2. Elizabeth Tan

Makeup: Afeer
Instagram: @afeer_kualalumpur
Hair stylist: Sheera
Instagram: @sheeraaz_85)

3. Sangeeta

Hair and Makeup by Krishan Bahadur Darji
Instagram: @krishanbahadurdarji

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Nov 2021

Demi Mengajak Jennie BLACKPINK Dinner Bersama, Personaliti Media Sosial Filipina Sewa Papan Iklan Berharga RM123,000

Peminat BLACKPINK kecoh apabila mengetahui Christian Albert Gaza atau lebih dikenali sebagai Xian Gaza di media sosial telah mengajak Jennie BLACKPINK keluar bersama melalui papan iklan yang terletak berhampiran bangunan YG Entertainment. Bangunan YG Entertainment […]

Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Sun, 30 Apr 2023
Featured Thu, 17 Mar 2022

Penantian 15 Tahun Berakhir, Puteri Reunion 2022 Akan Bersiaran Syawal Ini!

Akhirnya! Drama Puteri buat comeback gais! Sama-sama kita nantikan Syawal ini! Kita Enjoy 😜😂🥳

Featured Fri, 28 Apr 2023

Siri Anime Popular Saluran Animax & GEM Kini Di Tonton!

Bestnya dah boleh layan anime dekat Tonton!