familuv By: Ad Ops April 21, 2020 @ 12:14pm

Nak didik anak kecil berpuasa, ini perkara asas yang ibu bapa wajib tahu

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan. Biarpun Ramadan kali ini berbeza kerana disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun keterujaannya tetap dirasai.

Bagi ibu bapa yang pertama kali mahu mendidik anak kecil untuk berpuasa, pastinya bersemangat walaupun pada masa sama bimbang untuk melihat anak kecil mereka menjalani ibadah itu.

panduan didik anak berpuasa ketika Ramadan

Kredit gambar: Sirap Limau

Apatah lagi melihat pada fitrah mereka yang masih kecil dan mungkin belum mengenal dan faham sepenuhnya erti berpuasa, jadi pasti agak sukar untuk melatih mereka berpuasa.

Berikut merupakan perkongsian Imam Muda Asyraf mengenai perkara asas yang ibu bapa perlu tahu dalam mendidik anak berpuasa buat kali pertama.

1. Usia yang betul

panduan didik anak berpuasa ketika Ramadan

Kredit gambar: I Love Life

Walaupun puasa sama seperti ibadah solat yang hanya diwajibkan ke atas kanak-kanak yang sudah baligh iaitu 13 tahun ke atas bagi lelaki manakala perempuan lapan atau sembilan tahun, namun pada usia tujuh tahun anak-anak sudah disuruh solat dan boleh dirotan sekiranya tidak solat pada usia 10 tahun.

Sememangnya anak kecil yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, namun latihan itu adalah sekadar melatih mereka menahan lapar. Dalam hal ini pada usia tujuh tahun ke atas adalah peringkat yang sesuai untuk ibu bapa memberikan penjelasan dan penerangan kepada anak-anak mengenai dosa dan pahala kerana minda mereka sudah boleh memahaminya.

2. Tidak memaksa

panduan didik anak berpuasa ketika Ramadan

Kredit gambar: Kompasiana

Mendidik bukan bermaksud memaksa. Puasa bukan untuk menyeksa dan penting untuk ibu bapa mendidik anak-anak berpuasa dalam keadaan menyeronokkan. Ibu bapa tidak digalakkan memaksa anak kecil untuk berpuasa penuh sehingga memudaratkan kesihatannya.

Sebaiknya biarlah mereka bermula secara berperingkat iaitu separuh hari, kemudian diteruskan pula sehari sehinggalah cukup sebulan. Ini dilakukan agar anak-anak terbiasa sejak kecil sehingga apabila sampai kepada peringkat wajib, mereka dapat melakukannya dengan mudah.

3. Pemakanan sihat

panduan didik anak berpuasa ketika Ramadan

Kredit gambar: Halodoc

Ambil peluang Ramadan dengan mengejutkan anak bersahur bersama-sama. Anak yang kecil mungkin akan cepat letih ketika berpuasa, justeru pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang amat penting bagi mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk berpuasa.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Jun 2019

Prof Raha mahu UTeM  jadi ‘kilang’ lahir ahli teknologi berkemahiran tinggi

Lakar sejarah sebagai wanita pertama dilantik NC MTUN

Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Tue, 7 Feb 2023

#RoadToAJL37: Selepas Pertama Kali Jadi Finalis, Ini 5 Penyanyi Terus Melonjak Naik Selepas Sertai AJL!

Fuhhhh, Anugerah Juara Lagu (AJL) melahirkan bakat-bakat besar yang kekal relevan hingga kini! 🤩🤩

Featured Fri, 25 Feb 2022
Featured Tue, 17 Mar 2020
Featured Wed, 28 Aug 2019