Eat Travel By: Ad Ops July 17, 2019 @ 3:45pm

Nak kurus? Ini resipi sarapan sihat untuk mereka yang sibuk

Sebut sahaja sarapan pagi, pasti menu seperti roti canai, nasi lemak dan kuih-muih menjadi pilihan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tetapi jika dimakan selalu pasti membosankan. Tambahan pula, makanan yang menjadi kegemaran itu sangat tinggi kalori dan tidak sesuai dinikmati selalu.

Sehubungan itu, apa kata anda cuba resipi yang dikongsi laman sesawang Eating Well. Ketiga-tiga resipi ini sangat sesuai untuk mereka yang menitiberatkan pemakanan sihat dan mahu menurunkan berat badan.

Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakan sarapan, jangan bimbang kerana resipi ini hanya memerlukan kurang daripada 15 minit penyediaan untuk disediakan.

Ingat! Pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan dapat membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas dan produktif.

Sebaik-baiknya, jangan langkau waktu sarapan kerana ia amat penting diamalkan dalam menjalani kehidupan seharian.

Roti bakar bersama telur hancur, bayam dan rasberi

sarapan sihat

Foto: Eating Well

Bahan-bahan:

1 sudu minyak kanola

1 ½ cawan baby spinach

2 biji telur, dipukul ringan

Secubit garam halus

Secubit lada hitam

1 keping roti gandum penuh (whole-grain), dibakar

½ cawan rasberi segar

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak atas kuali tidak melekat (non-stick pan) dalam api yang sederhana.
  2. Masukkan bayam dan masak sehingga layu selama 1 hingga 2 minit. Keluarkan dan letak bayam di atas pinggan.
  3. Seterusnya, lap kuali tidak melekat tadi dan kemudian masukkan telur. Kacau telur sehingga separa masak dan gaulkan bersama-sama bayam, garam dan lada.
  4. Hidangkan dengan roti bakar dan rasberi.

Lempeng pisang

sarapan sihat

Foto: Eating Well

Bahan-bahan:

2 biji telur bersaiz besar

1 biji pisang saiz sederhana

Cara penyediaan:

  1. Kisar telur dan pisang di dalam mesin pengisar sehingga sebati.
  2. Letakkan sedikit minyak di atas kuali leper dan panaskan dengan api sederhana.

       *Tip: Gunakan tisu dapur untuk menyapu minyak di atas pan

  1. Gunakan dua sudu adunan untuk setiap lempeng dan masak selama 2 hingga 4 minit sehingga gelembung muncul di permukaan dan bahagian tepi kering. Kemudian, gunakan spatula dan terbalikkan lempeng perlahan-lahan dan masak lebih kurang 1 hingga 2 minit lagi.
  2. Lempeng yang lazat ini sedap dinikmati sebaik sahaja masak. Anda juga boleh hidangkan bersama-sama sirap mapel, dadih atau keju Ricotta untuk menambah beberapa protein.

Keledek bersama bayam & telur

sarapan sihat

Foto: Eating Well

Bahan-bahan:

1 hirisan besar keledek ( ¼ inci tebal)

1/3 cawan bayam, dimasak layu

1 biji telur saiz besar, digoreng atau rebus

½ sudu kecil hirisan daun bawang segar

½ sudu kecil sos pedas (mengikut cita rasa anda)

Cara penyediaan:

  1. Bakar keledek menggunakan ketuhar atau pembakar roti
  2. Letakkan bayam, telur, daun bawang dan sos mengikut cita rasa anda. Resipi ini siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Jun 2022
Featured Wed, 31 Jan 2018

Obses

Minat mendalam berkenaan sesuatu hobi tidak dikategorikan obses selagi tidak ia tidak mengganggu rutin seharian dan tidak memberi impak kepada pekerjaan atau pelajaran serta tidak menyebabkan impak negatif kepada pergaulan sosial.

Eat Travel Tue, 7 Aug 2018

11 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum Anda Pergi Bercuti

Kena buat supaya perjalanan anda lancar dan tidak bermasalah.

Featured Sat, 22 Jan 2022

Lebih 20 Petugas Media Banjiri IJN Tunggu Perkembangan Terkini Kesihatan Tun M

Semoga Tun M berada dalam keadaan baik-baik sahaja❤️

familuv Thu, 8 Dec 2022

Potret Arwah Ibu Jadi Hadiah Konvokesyen.. Video Pelajar & Bapa Buat Netizen Sebak

Hari Konvokesyen adalah saat yang dinantikan oleh semua graduan setelah berhempas pulas mencari ilmu. @apan0012 Al fatihah mak #tiktok #fyp #fypシ #2022 #CapCut ♬ bunyi asal – Apan Tular satu hantaran di laman TikTok seorang […]

Featured Fri, 14 Apr 2023

“Yang Mendengar Tak Ada Otak Ke?” – Reen Rahim Perjelas Tohmahan Pemalas Bangun Sahur

Siapa je yang tak marah kalau kena tuduh bukan-bukan kan😡😡😡

Featured Wed, 24 Apr 2024
Featured Fri, 7 Jul 2023

“Tidak Mahu Kedengaran Seperti Ustaz, Tapi Saya Berusaha Utamakan Solat” – Alif Satar

MasyaAlla, moga kita juga tergolong dalam golongan orang yang menjaga solat💖

Featured Thu, 6 Oct 2022