Eat Travel By: Yanie Baharom July 12, 2018 @ 9:00am

Nak Makan Durian Sedap Sekitar Kuala Lumpur? Ini 5 Lokasi Yang Wajib Anda Pergi

Durian season is back! dan bagi pencinta atau penggemar buah-buahan eksotik ini anda kena tahu beberapa lokasi makan durian yang best dan confirm anda pulang dengan wajah senyum melebar.

Maklumlah, nak makan durian kena ada bajet lebih-lebih lagi kalau tekak teringin nak pekena durian gred A seperti Musang King, D24 atau Udang Merah.

Jadi sebaiknya kunjungi stall durian yang diperakui ramai, bayar mahal pun tak rasa rugi sebab tentu-tentu sedap! Durian di tempat lain bukan tak sedap, cuma tidak begitu pasti tentang konsistensi keenakan duriannya.

Tambahan pula, harga durian pada tahun ini sedikit murah berbanding tahun sebelumnya. So kepada yang merancang nak makan durian tu, ini lima stall durian yang wajib anda kunjungi sekitar Kuala Lumpur.

1. Jalan Alor – Phang Kee Durian Shop

Foto: yearofthedurian

Phang Kee Durian Shop, tertelak di Jalan Alor ini hanyalah 1.5 kilometer jauh dari Chinatown, Jalan Petaling.  Kalau malas memandu, anda boleh mengatur perjalanan dengan berjalan kaki. 

Terdapat empat gerai durian yang dibuka sepanjang Jalan Alor. Bagi kebanyakan peminat durian, pasti anda tahu tentang kewujudan gerai-gerai ini kerana di situlah anda boleh mendapatkan Musang King, D24 dan juga Udang Merah.

Meskipun harga durian yang dijual disini sedikit mahal kerana ia lokasi tumpuan pelancong,namun kualiti buah duriannya pasti membuatkan anda berpuas hati.

2.  Pasar Chow Kit – Sab Durian

Foto: yearofthedurian

Bagi peminat durian yang sudah biasa menjelajah sekitar Kuala Lumpur untuk mencari durian yang sedap, murah dan pastinya berbaloi, Pasar Chow Kit lah tempatnya. Di sana, terdapat  satu laluan diberi nama Jalan Alang dan di situ terdapat sebuah gerai Sab Durian yang menjual durian seperti Musang King, Udang Merah dan durian kampung.

Di gerai ini, anda akan menerima kejutan besar. Dengan hanya RM25 sekilo, anda dapat menikmati durian kampung yang cukup manis dan berlemak. Namun begitu, satu tip untuk anda tahu, apabila di luar musim, harga durian kampung akan menjadi terlalu murah sehingga boleh jatuh ke harga 50 sen setiap satu.

3.  Stesen Durian SS2, Petaling Jaya – Donald’s Durian 

Foto: imeout.com

Lokasi ketiga adalah di gerai Durian Donald. Gerai durian ini cukup terkenal di kalangan peminat durian di sekitar Petaling Jaya. Namun begitu, jangan risau anda tak perlu berebut dengan pelanggan lain untuk mendapatkan durian yang lemak berkrim. Terdapat banyak lagi gerai di SS2 yang anda boleh kunjungi.

Antara gerai-gerai durian lain yang ada ialah Gerai Durian Wai dan Gerai King of King Durian. Di sini, anda boleh dapati jenis-jenis durian yang jarang ditemui seperti Hor Lor dan Jantung. Namun begitu, pilihan ramai semestinya durian D24. Kenapa? Kerana harga durian tersebut cuma RM25 sekilo.

4. Taman Tun Dr Ismail – Durian King TTDI

Foto: Fave

Port makan durian seterusnya adalah di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Terkenal dengan jolokan raja segala gerai durian di seluruh Kuala Lumpur, di sini, anda bukan sahaja boleh meikmati durian malah kopi dan cendol berasaskan buah-buahan itu.

Di Durian King TTDI, anda pasti terkejut melihat kepelbagaian jenis durian yang ada, tidak terhad kepada Musang King dan D24 saja bahkan durian duri hitam yang sukar ditemui.

Durian inilah yang akan dicampur dan diletakkan di atas cendol dan kopi istimewa yang dinyatakan tadi. Dengan harga antara RM12-15, anda dapat menikmati cendol yang cukup menyelerakan.

5. Kepong – Chen Brothers Durian & Fruit

Foto: Vkeong

Lokasi strategik terakhir adalah di Kepong Baru. Di sini, anda dapat menikmati durian yang berkualiti dan pastinya berbaloi. Berbanding gerai durian lain yang popular sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Chen Brothers merupakan gerai yang paling lama menjual durian dan juga antara yang termurah.

Di sini, anda boleh mendapatkan durian D24 dan juga Musang King. Terdapat dua gred Musang King yang boleh didapati iaitu Gred A dan juga AB.

Sumber: Butterkicap

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Apr 2018

Ini 6 Penyebab Kulit Berkedut Yang Anda Takkan Sangka

Anda boleh pakai krim rawatan kedutan tapi kenapa nak merawat kalau anda boleh mencegah?

Eat Travel Fri, 2 Aug 2019

Sedap dan sihat, cuba buat snek churro dengan teknik bakar

Jika anda jaga badan, anda boleh makan tanpa rasa bersalah.

Featured Tue, 4 May 2021

PKP 6 Daerah Di Selangor Bermula 6 Mei, Ziarah Hari Raya Dibenarkan Pada 1 Syawal Sahaja

Mulai 6 Mei sehingga 17 Mei ,Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan di 6 daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Gombak, Petaling Jaya, Klang, Kuala Langat dan Sepang.  Menerusi sidang media harian, Menteri Kanan Pertahanan […]

Featured Wed, 24 Jan 2018

8 Cara Terbaik Elak Perut Buncit

Perut buncit memang satu masalah besar bagi kebanyakan wanita. Apa tidaknya, ia boleh mencacatkan penampilan. Lebih-lebih lagi jika ingin menyarung sepasang kebaya. Jadi, apa cara untuk melarikan diri daripada masalah ini?

Featured Wed, 17 Mar 2021
Featured Wed, 4 Dec 2019

Solekan tampak semula jadi dengan Tinted Cover Nudestix

Tampil dengan 14 rona bedak asas cecair

Featured Tue, 9 Feb 2021
Eat Travel Sun, 5 Apr 2020
Featured Wed, 9 Jun 2021

Selepas Kualiti Sinematografi, Lagu Tema Drama Masih Ada Rindu Pula Jadi Sebutan Ramai

Selepas tular mengenai  salah satu episod  dalam drama Masih Ada Rindu yang menunjukkan pelakon utama iaitu Mimi Lana berlakon di sebuah hospital yang kelihatan seperti bilik hotel, Drama Masih Ada Rindu kembali menjadi perbincangan hangat […]

familuv Mon, 1 Jun 2020

| Live TV