Featured By: Shaidah Shafie May 18, 2020 @ 10:39am

Nak tahu rahsia nasi bungkus London jadi buruan ramai?

Nasi bungkus London mungkin tidak begitu dikenali di sini, namun sekiranya berkunjung ke London dan bertanya kepada rakyat Malaysia yang menetap di sana, rata-rata mengenali nama nasi bungkus itu.

Mengintai di sebalik kisah nasi bungkus London yang semakin hari semakin mesra meniti mulut kebanyakan rakyat Malaysia di tengah-tengah kota London itu, idea timbul selepas pemiliknya, Alia Ahmad, berhenti kerja.

Alia dan Subhi bersama-sama anak, Sofia (kanan) serta saudaranya ketika Aidilfitri tahun lalu di London. Foto kredit: Alia Ahmad.

Alia berkata, selepas mengambil keputusan untuk berhenti kerja, beliau mula mencari-cari apakah yang boleh dilakukan untuk menjana sumber pendapatan untuk keselesaan mereka sekeluarga.

“Saya bertugas di sebuah hospital di sini. Pada pertengah 2017, saya mengambil keputusan berhenti kerja atas sebab tertentu dan suami juga bersetuju dengan keputusan saya.

“Lepas berhenti, saya mula fikir apa yang saya boleh buat untuk mengisi masa apabila anak ke sekolah. Itu yang terfikir mengenai nasi bungkus London,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Its a pleasure to finally meet you @joenajib and thank you for your support! . https://www.facebook.com/775773025/posts/10156963921118026/ . Check out this review guys!!! ????????

A post shared by Nasi Bungkus London – (@nasibungkuslondon) on

Alia menetap di London lebih 10 tahun lalu selepas berkahwin dengan Subhi Sobri dan memiliki seorang cahaya mata, Sofia yang dilahirkan di London.

Disebabkan suami juga mahir dalam bidang masakan, Alia dan Subhi sepakat mewujudkan perniagaan berasaskan makanan dan bermulalah perjalanan nasi bungkus London yang sentiasa dicari masyarakat Melayu di Acton Park, London termasuk di Masjid Sofa, London.

“Sepanjang Ramadan ini kami memasak untuk dihantar ke Masjid Sofa. Kalau pada hari biasa, kebanyakan pelanggan yang mencari nasi bungkus London ialah penuntut dan orang perseorangan dalam kalangan rakyat Malaysia serta Brunei yang menetap di London.

“Untuk bahan utama masakan seperti rempah, kami balik ke Malaysia setiap enam untuk mendapatkan bekalan, manakala bahan basah seperti daun pisang, serai ada dijual di kedai yang dikendalikan masyarakat China. Daging, ayam atau ikan serta sotong dipesan daripada kedai halal An Nur di Harrow,” katanya.

Selain menerima pesanan menerusi dalam talian, Alia turut menyertai festival atau acara minggu Malaysia yang saban tahun diadakan bagi mempromosi produk Malaysia di England serta pada masa menghubungkan rakyat Malaysia yang menetap di sana.

Sekiranya memasak untuk acara besar, Alia dan suami dibantu enam pekerja dan selebihnya pada hari biasa, hanya mereka berdua sahaja mengendalikan @nasibungkusLondon.

Siapa mampu menolak nasi kandar enak ditawarkan Nasi Bungkus London ini. Foto kredit: Alia Ahmad.

Sehubungan itu, jika ada yang membuat perancangan ingin bercuti ke London kelak, jangan lepaskan peluang mencuba nasi bungkus London dengan lauk-pauk yang berupaya memecahkan liur kerana keenakannya.

Siapa mampu berkata tidak apabila berada beribu batu dari tanah air dan terlintas dalam ingatan untuk menikmati kari udang, nasi daging, nasi minyak, nasi kandar atau nasi tomato dengan sentuhan asli masakan asli Melayu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Jun 2020
Featured Tue, 27 Jul 2021

Boleh Mohon Bantuan RM 5,000 One Off Untuk Keluarga Pesakit COVID-19

Orang ramai boleh memohon bantuan khas sekali bayar RM5,000 diperuntukkan kepada waris pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi perkongsiannya memaklumkan bantuan pengurusan kematian Covid-19 itu akan diberikan kepada pemohon […]

Featured Thu, 22 Dec 2022

Panik Dapat Tahu Tunang Kemalangan, Imran Aqil Sempat Mandi Sebelum Sampai Ke Lokasi Kejadian Gara-Gara… 

Tular sebuah perkongsian di TikTok memaparkan rakaman siaran langsung pempengaruh Dahlia Rizal sedang bercerita mengenai tunangnya, penyampai radio Imran Aqil yang panik ketika mengetahui dirinya kemalangan. Menerusi hantaran tersebut, Imran yang sedang berada di gimnasium […]

Featured Wed, 13 May 2020
Featured Thu, 5 May 2022