Eat Travel By: Ad Ops May 8, 2018 @ 9:00am

Nak Travel Tapi Takut Turbulence Ketika Menaiki Kapal Terbang? Ikuti Tip Ini Untuk Mengatasinya

Syoknya bila tengok orang lain pergi melancong ke luar negara sana-sini. Mesti anda nak juga rasai pengalaman ini, kan?

Okay, duit dah kumpul secukupnya, hari cuti tahunan banyak lagi, jadi bila-bila pun boleh travel. Yes!

Tapi kalau anda memiliki fobia untuk naiki kapal terbang, macam mana nak travel? Tak syoklah nanti.

Ada nama khas untuk jenis ketakutan ini: aviophobia. Ketakutan yang lazim orang hadapi ialah disebabkan oleh turbulence, atau pergolakan di atas udara di mana kapal terbang yang anda naiki bergoyang.

Ia memang rasa macam menakutkan, tapi turbulence ini sama saja dengan apa yang burung alami setiap hari. Dan seperti burung, kapal terbang telah dibina khas untuk mengharunginya.

“Turbulence yang anda biasa alami adalah sikit saja berbanding tekanan yang mana-mana kapal terbang boleh tampung,” kata Kevin Kelly, seorang juruterbang senior dari sebuah syarikat penerbangan di Amerika.

Jika anda masih risau tentang turbulence, ada beberapa tip penting yang anda boleh ikut untuk hilangkan rasa takut ketika menaiki kapal terbang.

1. Duduk di bahagian depan kapal terbang

Kadang-kadang penulis gemar memilih seat di belakang, kerana di situ tak ramai orang, dan kalau bertuah, ada seat kosong di mana anda boleh baring macam boss. Tapi tahukah anda? Di belakanglah bahagian yang paling terkesan apabila kapal terbang mengalami turbulence. Jadi pilihlah seat yang depan-depan.

2. Masuk ke bahagian cockpit

Foto: Getty Images/Hero Images

Ramai juruterbang mengalu-alukan kedatangan pelanggan jika mereka ingin datang jenguk ke dalam bilik kokpit. Dengan cara ini, anda besar kemungkinan akan lebih mempercayai orang yang memandu pengangkutan anda. Sama juga bila anda boleh melihat sendiri bagaimana control panel di dalam kokpit itu berfungsi. Tapi janganlah cuba masuk bila kapal sedang berada di atas udara pula.

3. Pilih tempat duduk yang sesuai

Cari seat mana yang akan buat anda rasa lebih selesa. Kalau di tepi tingkap, anda boleh agak-agak sejauh mana permukaan Bumi; kalau di aisle seat, anda boleh tak hiraukannya langsung; kalau duduk di tengah, anda boleh pegang kedua-dua tempat letak tangan bila takut.

4. Telan pil untuk kurangkan rasa kegelisahan

Ubat ini memang efektif macam ubat penenang, jadi anda takkan rasa segala pergerakan atau dengar mana-mana bunyi yang boleh buat anda rasa takut. Pastikan anda rujuk kepada doktor untuk mendapatkan ubat yang betul.

5. Ketahui ciri-ciri keselamatan kapal terbang yang anda naiki

Anda akan rasa lebih tenang jika anda betul memahami ciri-ciri keselamatan kapal terbang anda. Juruterbang dan anak kapal memang telah dilatih untuk handle kes-kes kecemasan. Sesetengah syarikat penerbangan mengadakan sistem latihan setiap 6 bulan untuk stafnya. Jadi mereka tahu apa nak buat.

6. Upgrade ke kelas bisnes atau pertama

Bila anda dilayan macam raja, besar kemungkinan anda boleh terlupa yang anda sepatutnya rasa gelisah. Dan kalau anda berpeluang untuk tidur dengan nyenyak, memang anda takkan rasa apa-apa!

7. Ambil kelas terbang

Foto: UIG/Getty Images

Kalau anda ada duit lebih sikit, anda boleh cuba tip ini. Tak kiralah kapal terbang betul atau simulator, bila anda sendiri dapat mengawal sendiri pergerakan pengangkutan yang anda naiki, anda akan rasa lebih selamat.

8. Gunakan logik

Anda kena fikir balik, berapa tinggikah potensi kapal terbang untuk terhempas? Anda perlu rujuk kepada statistik, fakta dan bukti yang menaiki kapal terbang itu selamat. Jangan biarkan sebarang kegelisahan atau kerisauan untuk mengawal minda anda. Percaya kepada yang profesional.

9. Hadapi ketakutan anda

Foto: Getty Images

Sama macam mana-mana ketakutan, untuk menghilangkannya anda perlu face your fears. Jadi dalam kes ini, anda patut naik saja kapal terbang dan cuba atasi kegelisahan anda dengan penuh semangat. Manalah tahu, nanti mungkin ketakutan anda akan lesap.

Tip lain termasuklah mendengar lagu yang menenangkan (kalau boleh pakai noise-cancelling earphones); ataupun menilai reaksi anak kapal (kalau mereka tak panik ketika turbulence, kenapa anda perlu panik?).

Selamat mencuba!

Sumber: Travel & Leisure

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023
Events Wed, 14 Dec 2022

Susulan Dakwaan Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Mahu Selesai Kes Cara Baik -“Moga Allah Lembutkan Hati Dia”

Radhi berharap bekas isterinya dapat selesaikan perkara ini dengan baik

Featured Sat, 20 Nov 2021

Kebanyakkan Rakyat Malaysia Memilih ‘123456’ Sebagai ‘Password’

Baru-baru ini kajian daripada NordPass bersama-sama dengan penyelidik bebas mendedahkan senarai 200 kata laluan yang paling biasa digunakan oleh pengguna internet di 50 buah negara untuk tahun ini. Kajian ini mendapati, seramai lebih daripada 2 […]

Featured Fri, 27 Dec 2019
Featured Wed, 17 May 2023
Featured Tue, 17 May 2022
Featured Wed, 13 Apr 2022

“Pergi Buat Hal Di Tempat Lain” – Isteri Justin Bieber Rayu Peminat Selena Gomez Untuk Jangan Menganggunya!

Hailey Bieber sudah muak dengan komen-komen yang mengaitkan tentang suami dan bekas teman wanitanya itu.