Acara By: Shaidah Shafie May 1, 2020 @ 11:51am

Nasi kerabu imbau kenangan berbuka di kampung

Nasi kerabu berwarna biru yang biasanya dimakan dengan tumis berserta ulam-ulaman itu sememangnya bukan sahaja menjadi kegemaran penduduk di Pantai Timur, malah turut disukai ramai di negeri lain.

Selain nasinya yang berwarna biru, keistimewaan lain nasi berkenaan adalah aromanya yang terhasil daripada nasi yang dimasak bersama-sama daun pandan dengan kombinasi ulam serta budu.

Ada juga yang memasak nasi berwarna kuning dan nasi biasa, namun kalau sudah gemar dengan nasi ulam itu, hadir dalam warna apa pun ia tetap mencuri selera rasa untuk dinikmati.

Pada bulan Ramadan terutama, nasi kerabu menjadi pilihan ramai kerana ia dikatakan hidangan lengkap disebabkan adanya ulam, lauk pilihan seperti daging bakar atau ikan goreng tepung mahupun solok lada.

Namun begitu, dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, mungkin sukar mendapatkan nasi kerabu untuk dijadikan hidangan berbuka puasa sekeluarga.

Hotel Maya menawarkan pesanan menerusi dalam talian untuh hidangan berbuka puasa kali ini – gambar hiasan. Foto: Ihsan Hotel Maya Kuala Lumpur.

Usah risau kerana Hotel Maya menawarkan nasi kerabu dan pelbagai hidangan tradisional lain yang berupaya memenuhi selera berbuka puasa seisi keluarga.

Pengurus Besar Hotel Maya, Sharmini Moganasundram, berkata pihaknya sentiasa mengambil kira keselamatan dan keselesaan pelanggan, justeru mereka menawarkan perkhidmatan pesanan dan penghantaran terus ke pintu rumah pelanggan.

“Kita perlu patuh kepada PKP dan memandangkan tradisi berbuka puasa beramai-ramai tidak dilakukan tahun ini, pihak hotel menawarkan hidangan tradisi Melayu yang mengingatkan kita kepada hidangan seperti di rumah sendiri.

“Bagi mereka yang tidak berpeluang memandu pulang ke kampung halaman tahun ini, Chef Hasbullah yang pakar dalam hidangan Melayu mencipta menu istimewa yang lengkap disertakan dengan kurma, nasi dan sambal belacan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Set nasi tomato disertakan ayam masak merah dan jelatah yang cukup menyelerakan. Foto: Ihsan Hotel Maya Kuala Lumpur.

Selain hidangan Melayu, menu lain yang ditawarkan sepanjang Ramadan sehingga 23 Mei ini ialah hidangan Barat dan Jepun. Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan menjaga berat badan, ada pelbagai jenis salad sihat dan sayur-sayuran segar serta makanan bebas gluten untuk dipesan.

Hidangan pemanis pulut pula membariskan bubur pulut hitam, lempeng Cina dengan pes biji teratai dan kesemua menu ditawarkan boleh dipesan menerusi dalam talian menggunakan aplikasi Storehub atau hotelmayakl.beepit.com. Harga juga tertakluk kepada caj tertentu.

Pilihan nasi putih enak dimakan dengan kari ikan dan sambal belacan Foto: Ihsan Hotel Maya Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Apr 2022

Pengurus Tangmo Nida, Gatick Mengaku Beri Keterangan Palsu

Tapi memang ramai yang mendakwa Gatick ni dalang disebalik kejadian

Featured Tue, 7 Mar 2023

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam – Yazmin Aziz

Featured Wed, 19 May 2021

Bimbang Ekonomi Terjejas, Kerajaan Selangor Tidak Setuju PKP Penuh Dilaksanakan

Berikutan peningkatan kes Covid-19 yang merekodkan jumlah kes harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 6,075 kes ramai yang beranggapan bahawa kerajaan bakal mengumumkan PKP penuh atau total lockdown selepas ini. Walaubagaimanapun, menerusi sidang media hari […]

Featured Wed, 30 Nov 2022

Kongsi Tip Di TikTok, Slurpee Crank Dedah Investment Terbaik Untuk Bahagia Adalah…

Pempengaruh Slurpee Crank sentiasa berjaya meraih perhatian dengan kata-kata positifnya yang dapat menyuntik semangat warganet. @slurpeecrankKau tak happy dengan hidup? Tengok ni♬ original sound – slurpee_crank Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Slurpee di laman TikTok, […]

Featured Sat, 13 Aug 2022
Featured Fri, 15 Apr 2022
Featured Fri, 7 Oct 2022
Featured Sun, 12 Nov 2023

Anggun Mengenakan Busana Merah Hati, Rossa Sera Akhirnya Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

Tahniah! Moga pilihan hati kali ini kekal hingga ke syurga❤️❤️

Featured Tue, 13 Feb 2024

Naim Daniel Nafi Anti Golongan Agamawan, Perjelas Ciapan Tular Hanya Sekadar Luahan Perasaan

“Bukan semua khilaf boleh ditutup dengan berpenampilan suci” – Naim Daniel