Featured By: Ad Ops December 19, 2018 @ 10:00am

NR Mustajab Perkenal Buih Pembersih Peribadi Wanita BLOOMS Dengan Formulasi Hebat

Ramai wanita lupa atau tak tahu pun yang bahagian intim mereka perlu dijaga dengan betul. Bila mandi, mereka sama ada akan mencuci faraj mereka sekali dengan sabun biasa, ataupun tak cuci langsung.

Jangan! Hakikatnya kebersihan faraj memerlukan teknik penjagaan yang khusus dan berlainan daripada penjagaan bahagian kulit yang lain kerana ia lebih delicate.

Jika anda gunakan juga sabun biasa, ada potensi untuknya dijangkiti kuman, menjadi kering atau berbau.

Untuk pengetahuan anda, kadar keasidan (pH level) faraj yang normal adalah di antara 3.5 dan 4.5 (lebih kurang sama macam tomato!). Bakteria baik akan membantu anda pastikan yang kadarnya sentiasa seimbang.

Mencuci faraj dengan sabun atau gel mandian biasa boleh mengganggu keseimbangan tersebut. Sebab inilah anda perlukan pencuci yang direka khas untuk membersihkan bahagian intim wanita.

Cari produk yang betul

Mungkin sudah ada pelbagai jenama di pasaran yang mengeluarkan produk pembersih bahagian intim wanita. Namun begitu, anda perlu pilih produk yang selamat dan paling sesuai demi kesihatan kulit anda.

Yang terbaik adalah produk yang lebih kurang sama kadar keasidannya dengan pH faraj. Seelokeloknya ia juga patut mengandungi ramuan semula jadi dan bebas daripada bahan kimia yang pelik-pelik.

Dengan ini, barulah ia berupaya untuk membersih dan menyegarkan faraj anda dengan semula jadi dan pada masa yang sama memelihara keadaan kulit faraj yang delicate itu.

Guna produk yang terbaik

Pejabat NR Mustajab di Plaza Damas

NR Mustajab, sebuah perintis pengeluar produk herba tradisional di negara ini, memang mengutamakan ramuan-ramuan asli untuk produk-produknya. Pengeluar inilah yang kita patut sokong!

Salah satu keluarannya yang terbaharu adalah buih pembersih peribadi wanita yang dinamakan BLOOMS.

Ia didatangkan dengan 3 haruman eksklusif:

  • Active: untuk mereka yang sentiasa aktif dalam kehidupan seharian
  • Fresh: untuk kesegaran yang menyeluruh selepas penat bekerja 
  • Natural: untuk pencucian yang lebih semula jadi

Produk ini datang dalam pek kecil untuk memudahkan penggunaan seharian, tak kira di mana anda berada. Ia juga amat sesuai untuk digunakan ketika haid bagi menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.

Pilih ramuan yang selamat

Sesuai dengan kehidupan wanita-wanita moden yang selalunya sibuk, produk berkadar pH 3.5 ini diformulasi khas untuk pembersihan pantas serta menawarkan kesegaran dan keselesaan pada bahagian intim mereka.

Yang menariknya, hampir 99% daripada bahan aktif yang digunakan adalah dari sumber semula jadi! Antaranya adalah daun sireh serta pati bidara.

Foto: 123RF

Yang lebih menarik, BLOOMS memang bebas daripada bahan kimia yang membahayakan, iaitu Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Sodium Laureth Sulfate (SLES) dan Paraben!

Sebaliknya, NR Mustajab telah menggunakan surfactant organik yang telah diiktiraf dan mendapat sijil ECO cert antarabangsa.

BLOOMS telah diproses dan dikeluarkan di kilang yang mendapat pengesahan GMP serta tersenarai antara kilang yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Wow! Memang tak perlu disangkal lagi kehebatan produk ini yang ternyata mampu membantu memberi penjagaan maksima dalam memelihara bahagian intim anda.

Jadi, sokonglah produk buatan tempatan dan nantikan kehadiran produk ini yang dijangka berada di pasaran pada 2019.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-6201 3077 atau 03-6201 3215. Secara alternatifnya, anda juga boleh layari laman web www.nr4u.com.my, Facebook NR Mustajab – NR4U, atau Instagram @nr.mustajab.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Nov 2022

“Bila Kau Tak Hargai Dia, Jangan Tanya Kenapa Dia Pergi” – Nasihat Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli sekali lagi tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiJangan tanya kenapa ♬ menjaga hati x mengejar mimpi – Sadvibes🥀 Menerusi hantaran yang dimuat […]

Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Fri, 15 Dec 2023
Sihat Tue, 25 Sep 2018
Featured Fri, 9 Sep 2022

Selepas Berkongsi Video Menari Bersama Anak, Isteri Lan Solo Tempelak Netizen – “Letihla, Yang Benci Boleh Unfollow!”

Letih la asyik benci sana sini.. Tak suka unfollow. Enjoy-enjoy je pun – Isteri Lan Solo

Featured Tue, 31 Jul 2018

Review: Sediakan Tisu Sebelum Menonton Filem Pulang!

Filem ini betul-betul main dengan emosi anda!

Featured Fri, 7 Jul 2023

Isteri Caprice Bengang, Dedah Wajah Individu Gelar P*l*c*r Vietnam – ” Kau Ni Binatang Ke? Standby Suami Kita Tengah Cari Awak”

Teruk eh orang sekarang suka hati je panggil orang yang dengan panggilan yang tidek-tidek🙄