Featured By: Shaidah Shafie May 14, 2020 @ 6:51pm

Orked, buatkan kanak-kanak ceria di pagi Lebaran

Aidilfitri bakal menjelma kurang daripada dua minggu sahaja lagi, tentu ramai yang sedang membuat persiapan termasuk menyediakan baju baharu untuk digayakan pada pagi itu.

Tambah meriah jika seluruh ahli keluarga mengenakan pakaian sedondon, namun tidak banyak butik pakaian yang menyediakan baju kurung untuk seisi keluarga khusus baju kurung kanak-kanak.

Maysarah Ahmad, (tiga dari kanan) bersama-sama keluarga dan rakan. Foto: Ihsan Maysarah Ahmad.

Koleksi Orked by Sarah Ahmad menawarkan baju kurung untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun sekiranya ibu bapa masih lagi mencari-cari pakaian sesuai untuk anak perempuan.

Pengasas jenama Sarah Ahmad, Maysarah Ahmad, 39, berkata Orked sudah lama berada di pasaran dan masih lagi menjadi pilihan ibu bapa untuk anak perempuan mereka.

Koleksi Orked By Sarah Ahmad menceriakan penampilan sedondon ibu dan anak.

“Koleksi Orked sudah hampir dua tahun berada di pasaran dan tetap menjadi pilihan, mungkin kerana saya menggunakan kain rona polos dan hanya meletakkan sedikit perhiasan sahaja pada baju.

“Perhiasan minimum itu menjadikan Orked tampak manis ketika digayakan kanak-kanak pada pagi hari lebaran,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Sarah Ahmad ialah jenama pakaian dihasilkan Maysarah sejak lima tahun lalu bertitik tolak daripada keinginan memakai baju yang benar-benar menepati kehendaknya dalam berpakaian.

Maysarah yang bekerja sebagai akauntan ketika itu sentiasa berhadapan masalah mencari baju sesuai untuk digayakan.

Katanya, sebagai ibu yang mempunyai anak ramai, beliau sentiasa memikirkan sesuatu yang mudah dan praktikal untuk mereka sekeluarga, lantas tercetus idea menghasilkan pakaian bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga untuk kanak-kanak.

“Saya ada ramai anak, semua perlu diuruskan dengan bijak. Orked adalah koleksi pakaian kanak-kanak yang dihadirkan sedondon dengan si ibu. Dihasilkan daripada kain kapas satin lembut, cukup selesa untuk digayakan kanak-kanak.

“Orked bukan baju kurung sepenuhnya, tetapi diubah suai dengan memberikan potongan A, iaitu sedikit kembang pada bahagian bawah biar kanak-kanak selesa kala memakainya,” katanya yang juga ibu kepada lima cahaya mata dan kini menjadi suri rumah sepenuh masa.

Disediakan dalam rona polos dengan pilihan warna pastel lembut seperti merah jambu, lemak ketam, kelabu, jingga dan krim, ia turut diperkemaskan lagi dengan kehadiran sepasang kocek pada bahagian kiri dan kanan baju.

Orked ditawarkan pada pada harga RM89 sepasang dan boleh dibeli menerusi dalam talian di laman sesawang www.bysarahahmad.com.

Foto kredit: Sarah Ahmad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Feb 2024
Events Wed, 1 Jun 2022
Featured Sat, 11 Jan 2020

Dulunya gaya rempit, kini beg silang jadi kegilaan ramai!

Ikat pada pinggang and ready to go!

familuv Thu, 15 Nov 2018
Cahaya Mata Fri, 9 Sep 2022
Featured Sun, 25 Jun 2023
Featured Fri, 29 Oct 2021

Facebook Kini Dikenali Sebagai Meta

Wow, makin lama makin canggih!

Featured Tue, 15 Jun 2021

Pendedahan Eksklusif Di TV3 Malam Ini Bakal Mengejutkan Penonton

Setelah tular dokumentari eksklusif COVID : 19 yang dipaparkan di rancangan Majalah 3 bulan lalu, TV3 kembali lagi membawakan dua rancangan eksklusif yang membongkar realiti kehidupan dan kes jenayah yang berlaku di dalam negara. Dua […]

Featured Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO) Mesra Bersama Di Konsert, Peminat Setuju Jika Daiyan Trisha & Aedy Ashraf Bercinta!

Umum mengetahui, pelakon Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha sememangnya sering mencuri perhatian ramai dengan keakraban mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Aedy di platform TikTok yang memaparkan dia dan Daiyan berada […]