Featured By: Fadzlena Jafar May 29, 2020 @ 9:10pm

Pakai pelitup muka hanya apabila perlu, bukan sepanjang waktu

Kes dua remaja di China yang meninggal dunia dalam dua kes berasingan selepas dikatakan menghadapi masalah sesak nafas ketika terbabit dalam latihan fizikal  sambil memakai pelitup muka wajar dijadikan iktibar.

Sebelum kes berkenaan, seorang lelaki berusia 26 tahun di Wuhan dilaporkan pengsan ketika berjoging sejauh 2.6 km dan hasil pemeriksaan mendapati satu daripada paru-parunya gagal berfungsi.

Meskipun selamat selepas menjalani pembedahan, kes berkenaan termasuk dua kes pelajar yang meninggal dunia menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pengamal perubatan mengenai kewajaran memakai pelitup muka ketika terbabit dalam aktiviti kesukanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
 (Gambar BERNAMA)

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian pelitup muka hanya apabila perlu terutama ketika berada di tempat awam atau apabila seseorang itu menunjukkan gejala berkaitan COVID-19.

“Ada banyak jenis pelitup muka seperti N95 yang apabila dipakai lebih daripada 4 jam akan membuatkan seseorang itu berasa lemas. Jika sedang berjoging dan tiada orang di sekeliling atau memandu seorang diri dalam kereta, tidak perlu memakai pelitup muka.

“Kita hanya disaran untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam atau jika kita bergejala dan berada di tempat awam. Kalau kita bersendirian ketika berjoging tidak perlu memakai pelitup muka atau jika ada orang, pastikan melakukan penjarakan sosial,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media mengenai beberapa kes membabitkan kes di luar negara yang menyebabkan kematian apabila memakai pelitup muka ketika melakukan aktiviti seperti berjoging.

Gambar yang diambil pada 21 April 2020 ini menunjukkan pelajar di China memakai pelitup muka, namun kini Kerajaan China melarang penggunaan pelitup muka ketika melakukan aktiviti fizikal (Gambar AFP)

Kerajaan China, misalnya dikatakan mengeluarkan larangan pemakaian pelitup muka di semua sekolah apabila pelajar terbabit dalam aktiviti fizikal khususnya sukan.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) beberapa kali menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka hanya apabila perlu bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 terutama ketika berada di tempat awam.

Selain itu, orang ramai yang menunjukkan gejala penyakit berkaitan Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) juga dinasihatkan untuk memakai pelitup supaya tidak menjangkiti orang lain.

Sebaik-baiknya, patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan elakkan 3S (kawasan sesak, sempit dan sembang dekat) yang disarankan oleh KKM. Paling penting, pemakaian pelitup muka hanya apabila berada di tempat awam atau di ruang tertutup seperti pejabat bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Dec 2023
Featured Fri, 24 Sep 2021

“Kita Tak Hidup Nak Sukakan Orang, Hanya Sukakan Allah” – Ebit Lew

Walaupun namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) dilihat tetap tenang dan masih mengunci mulut. Baca artikel berkaitan: “Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa […]

Featured Thu, 3 Jan 2019
Featured Thu, 11 Aug 2022
Featured Mon, 22 Feb 2021

“Comelnya Anak Dia!” Telatah Anak Kembar Eina Azman Memasak Cuit Hati Ramai

Pandai betul anak DP Eina Azman bergaya, sama macam Mommy dia😍

Events Sat, 27 Aug 2022

Kazar Tidak Hadir Malam Gala, Ini Penjelasan Syafiq Yusof – “Kami Invite Dia, Tapi…”

Masing-masing sangat profesional! Tahu untuk bezakan hal peribadi dan kerjaya 😊

Featured Fri, 30 Aug 2019