familuv By: tex_admin November 30, 2018 @ 9:00am

Pakar Kongsi Keburukan Telefon Bimbit Pada Kanak-Kanak. Take Note Ya Para Ibu Bapa!

Telefon bimbit dijadikan sebagai alat ‘menyelesaikan’ masalah para ibu bapa apabila anak-anak mereka menangis ataupun untuk menarik perhatian. Bila anak menangis, beri saja telefon bimbit dan play sahaja video kartun atau video kegemaran mereka, pasti akan senyap. Betul tak?

Memanglah ia dapat menolong para ibu bapa untuk mengatasi kerenah anak-anak, namun ianya mampu memberi impak negatif kepada anak-anak tersebut sekiranya digunakan dengan terlalu kerap.

Menurut Dr. Rawat Sichangsirikarn, Pakat Pediatrik dari Bangkok, tanpa had dan batas waktu dalam bermain telefon bimbit, akan menjejaskan perkembangan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak.

Ia juga akan menyebabkan kanak-kanak mampu membuka aplikasi tertentu dan bebas melayari Internet termasuklah mengakses laman web seperti pornografi. Jadi, penulis senaraikan kesan penggunaan telefon bimbit kepada kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak.

Foto: 9Coach – Nine

Kesan pada kesihatan fizikal anak

1. Melihat skrin telefon bimbit terlalu lama boleh menyebabkan sawan, masalah mata seperti myopia dan keletihan mata.

2. Kanak-kanak akan kurang tidur dan tidak boleh memberi fokus. Setiap 15 minit anak anda bermain telefon, mereka sebenarnya hilang 60 minit masa tidur.

3. Kanak-kanak akan lambat bercakap.

4. Turun berat badan (kerana tidak bermain dan hanya main telefon bimbit), insomnia, sakit kepala, tiada selera makan dan mengalami masalah mata.

Kesan buruk pada kesihatan mental anak

1. Kanak-kanak boleh berubah perangai atau menjadi depresi.

2. Mereka juga boleh menjadi agresif dan mudah marah sekiranya ibu bapa tidak beri telefon bimbit kepada mereka.

3. Kebolehan berfikir, menahan diri dan mengawal emosi mereka juga boleh terjejas.

4. Masalah kerisauan melampau, rasa sunyi, mengasingkan diri, mood tidak menentu dan kerap melawan.

5. Terdedah kepada telefon bimbit juga boleh meningkatkan risiko ADHD dan autisme.

Foto: 9Coach – Nine

Sememangnya, agak sukar untuk membesarkan anak-anak tanpa guna telefon bimbit, tapi anda boleh menggunakannya dengan bijak tanpa menjejaskan mereka melalui peraturan ini:

  • Bayi bawah 18 bulan – Jangan beri telefon bimbit langsung melainkan video chatting.
  • Bayi 18 hingga 24 bulan – Pilih program yang benar-benar berfaedah. Anda perlu tonton bersama anak untuk memahami dan berinteraksi dengan anak apa yang mereka tonton.
  • Kanak-kanak 2 hingga 5 tahun – Bataskan waktu skrin ke satu jam sehari sahaja, dan tonton program yang berfaedah.
  • Kanak-kanak 6 tahun ke atas – Bataskan had untuk main apa-apa media secara konsisten. Pastikan mereka cukup tidur dan bermain di luar.

Tolong ambil perhatian ya para ibu bapa! 

Semoga bermanfaat.

Sumber: TheAsianParent Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Apr 2022
Eat Travel Fri, 10 Apr 2020

5 butik hotel yang wajib anda daftar masuk di Pulau Pinang

Penginapan yang pasti meninggalkan memori indah

familuv Mon, 4 May 2020

Kasih sayang Cristiano Ronaldo terhadap ibunya buat peminat terharu

Luah penghargaan buat ibu dan isteri sempena sambutan Hari Ibu

Eat Travel Sun, 7 Oct 2018

Imaginasi Hidangan Timur-Barat, Meet & Dine Kafe Wajib Anda Singgah!

Meet & Dine menjanjikan hidangan yang super hebat!

Featured Tue, 23 Aug 2022

Teruk Dikecam Hingga Murung Sebulan, Pengarah Aziz M Osman Dedah Punca Sebenar Filem XX Ray 3 Kurang Menyengat – “Malang Sekali Timbul Keadaan Bila….”

Setelah sekian lama, akhirnya pengarah Aziz dedah punca sebenar isu filem XX Ray 3. Tak sangka ya sampai macam tu sekali 😣

familuv Tue, 31 Dec 2019