Featured By: Ad Ops May 17, 2019 @ 12:00pm

Panasonic & Media Prima Berhad beri sumbangan barangan elektrik kepada sekolah tahfiz di Gombak

Pada bulan Ramadan umat Islam digesa untuk banyak bersedekah dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi pihak pengeluar barangan elektrik terkemuka Panasonic, hasrat mereka untuk memberi balik kepada komuniti tercapai dengan kolaborasi mereka bersama syarikat Media Prima Berhad.

Kedua-dua syarikat besar ini bukan sahaja meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama anak-anak Tahfiz Madrasah Al-Yamani Cawangan Gombak semalam, mereka juga mengambil kesempatan itu untuk menghadiahkan sumbangan bermakna iaitu barangan Panasonic untuk kegunaan pelajar dan tenaga pengajar.

Pengurus Komunikasi Korporat Panasonic Malaysia, Mazlee Mokhtar berkata, “Kebetulan setiap tahun Panasonic akan mengadakan kempen untuk pengguna kami secara besar-besaran. Satu di pertengahan tahun dan satu lagi di hujung tahun.

“Selalunya kempen pertengahan tahun kami akan bertembung dengan Hari Raya Puasa, jadi memandangkan kami ada rezeki, kami membuat keputusan untuk membuat sumbangan kepada mereka yang memerlukan.”

Terletak di Taman Melewar, Gombak, Tahfiz Madrasah Al-Yamani ditubuhkan empat tahun lalu. Sekarang ia mempunyai 30 orang pelajar dan 4 orang tenaga pengajar.

Menurut pengurus Tahfiz Madrasah Al-Yamani, Abd Wahid Mat Radzi, pengurusan sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh orang ramai kerana belum ada lagi bantuan oleh kerajaan buat masa ini.

“Hari ini ialah hari bertuah bagi tahfiz ini kerana kami tidak sangka akan menerima sumbangan yang kami nanti-nantikan dan harapkan selama ini.

“Kami juga teruja kerana inilah pertama kalinya kami diberi sumbangan yang banyak. Terima kasih kepada Panasonic. Bila pelajar-pelajar dah besar esok, jangan lupa beli barang Panasonic!”

Jom Raya!

Kerjasama antara Panasonic dan Media Prima Berhad juga diteruskan dalam bentuk kempen ‘Jom Raya.’

Berlangsung hingga 9 Jun, ia menyediakan pelbagai tawaran hebat di semua cawangan wakil pengedar Panasonic sempena Hari Raya kali ini.

Selain itu, Panasonic dan Media Prima Berhad juga telah menerbitkan rancangan kuiz Jom Kejar Bersama Panasonic, terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd.

Diacarakan oleh Sherry Al-Hadad dan Ammar Titan, program TV3 ini ditayangkan setiap Khamis pada jam 6.30 petang.

Menjangkaui empat episod, peserta berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM50,000 yang mana hadiah utamanya sahaja sudah bernilai RM30,000!

Untuk pusingan bonus pula, pemenang rancangan ini akan bertanding melawan Ammar di mana jika mereka menang, mereka akan mendapat hadiah tambahan daripada Panasonic.

Jika Ammar menang pula, Ammar akan memilih sendiri barangan berkenaan untuk didermakan.

Jangan lupa saksikannya setiap Khamis, 6.30 petang di TV3!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Oct 2019

Pemberian hibah lindungi hak wanita

Ketahui 6 cara urus harta peninggalan

Featured Fri, 19 Jan 2024

Isu Penamatan Kontrak Tyzo, Ini Penjelasan Rasmi Pihak Suria – “ Dia Mahu Extend Kontrak 6 Bulan Sahaja”

Susulan kontroversi dan provokasi yang timbul mengenai penamatan kontrak bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander, Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Berhad, Datuk Dr. Mohd Aminuddin […]

Featured Wed, 12 Jan 2022
Gaya Hidup Sat, 1 Dec 2018

Pakai iPhone Di China, Anda Dianggap Miskin!

Golongan berpendapatan tinggi di China lebih menggemari jenama Huawei dan Xiaomi.

Events Fri, 29 Apr 2022
Featured Tue, 13 Jun 2023