Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 24, 2020 @ 10:00am

Panduan 3M dan 5 kunci keselamatan elak keracunan pada Aidilfitri

Makanan yang terdedah atau dimasak lebih beberapa hari boleh menyebabkan keracunan dan dalam kes tertentu keadaan boleh memudaratkan sehingga memerlukan rawatan lanjut di hospital.

Sepanjang sebulan sambutan Aidilfitri pada 2019, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima laporan 53 episod keracunan makanan membabitkan 1,995 kes.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM menyarankan panduan 3 M dan 5 kunci keselamatan bagi mengelak keracunan pada musim perayaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar BERNAMA)

“Sambutan Hari Raya Aidilfitri sememangnya tidak lengkap tanpa menjamah juadah istimewa Hari Raya. Ini sememangnya menjadi amalan masyarakat Malaysia di Hari Raya, namun masyarakat perlu berhati-hati supaya tidak mengalami keracunan makanan pada musim perayaan ini.

“Bagi memastikan juadah disediakan dapat dinikmati dengan selamat, proses penyediaan makanan perlu diberi perhatian terutama dari segi cara pemasakan yang betul dan selamat. Oleh itu, KKM menyarankan orang ramai supaya mengamalkan lima kunci keselamatan dan panduan 3M bagi bagi mengelakkan keracunan makanan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, Jumaat lalu.

Berikut adalah 5 kunci keselamatan makanan bagi memastikan makanan yang disediakan untuk ahli keluarga yang tersayang adalah bersih dan selamat:

  1. Amalkan kebersihan diri dan mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum mengendalikan makanan.
  2. Gunakan bahan mentah yang segar dan air yang bersih.
  3. Gunakan peralatan yang berasingan seperti papan pemotong untuk makanan mentah dan yang telah dimasak.
  4. Masak makanan dengan sempurna dan pastikan ianya dimakan dalam tempoh tidak melebihi empat jam.
  5. Simpan makanan pada suhu yang bersesuaian dan tidak melebihi tiga hari di dalam peti sejuk.

Selain itu, KKM mencadangkan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang menerusi panduan 3M iaitu:

  1. Masak di rumah jika boleh. Ini dapat membantu mengawal penggunaan minyak, gula dan garam dalam makanan.
  2. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan.
  3. Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Elakkan minuman yang mempunyai kandungan gula tinggi seperti kordial dan minuman berkarbonat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Apr 2018

Walaupun Nampak Macam Real, 12 Patung Lilin Selebriti Ini Adalah Yang Paling Teruk Pernah Dicipta

Muzium Madame Tussauds sememangnya terkenal dengan ratusan rekaan patung lilin para selebriti terkenal dunia dan watak-watak dalam filem yang pastinya nampak real.

Featured Mon, 23 Mar 2020
Cahaya Mata Sat, 14 Jan 2023

Lucu! Gelagat Ain Edruce Marah Soraya Buat Netizen Ketawa – “Masuk Balik Dalam Perut!”

Pelakon dan pengacara Ain Edruce sering berkongsi momen bersama anak sulungnya, Soraya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang memaparkan pengacara itu sedang menyoal anak perempuan itu sama ada dia menyayangi Ain atau bapanya, Amirul Hafiz.

Featured Wed, 24 Aug 2022
Cahaya Mata Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Khusyuk Ikut Sembahyang, Gelagat Jebat Jayden Curi Tumpuan – “Sekarang Saya Dah Rajin Solat”

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden sememangnya sering mencuit hati penonton dengan gelagat lucu serta bijak bercakapnya itu. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di Instagram yang memaparkan gelagat Jebat sedang

Featured Thu, 25 Nov 2021

Waspada Dalam Mengikuti ‘Add Yours’ Challenge Di Instagram

Pada awal November lalu, Instagram memperkenalkan ‘Add Yours’ sticker yang membolehkan pengguna mencipta rangkaian umum di ‘Insta story’ dimana pengguna yang memulakan ‘Add Yours’ sticker tersebut boleh melihat respon dari pengguna yang menggunakan sticker mereka.

Featured Tue, 14 Sep 2021

Memang Bahaya! Buat Pendedahan di Instagram, Caprice Dakwa Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Memang bahaya dan menakutkan! Semenjak terpalit dengan pelbagai isu kontroversi, penyanyi rap, Caprice mendedahkan dirinya berdepan dengan lebih 60 ugutan bunuh. Menurut Caprice, perkara terbabit diterima dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. “Saya minta maaf

Featured Tue, 21 Jun 2022

| Live TV