Eat Travel By: tex_admin September 24, 2019 @ 9:20am

Panduan mudah jika ingin melancong ke luar negara

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Melancong atau bercuti merupakan perkara yang amat menyeronokkan bila ia dilakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Dengan melancong, anda boleh merasakan pengalaman di negara orang, melihat budaya dan cara hidup masyarakat setempat di negara berkenaan.

Bukan itu sahaja, anda dapat menenangkan fikiran, merehatkan badan dan membolehkan anda menambah ilmu pengetahuan. Ada orang memilih melancong di dalam negera dan ada juga di luar negara. Bagi anda yang melancong di dalam Malaysia, mungkin persiapannya agak senang tetapi bagaimana pula jika memilih destinasi di luar negara? 

Tidak kira perjalanan jauh atau dekat, persiapan amat penting sebelum memulakan perjalanan. Hijab & Heels berkongsi panduan mudah untuk anda ikuti sebelum pergi melancong.

1. Tiket penerbangan 

Contoh tiket penerbangan ketika melancong. Foto: merahputih.com

Jika anda ingin melancong ke luar negara, pastikan anda membeli tiket penerbangan awal untuk ke destinasi yang dipilih. Seeloknya anda membeli tiket penerbangan enam bulan awal agar harganya lebih murah dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan percutian anda. 

Anda perlu rajinkan diri untuk memeriksa dan bandingkan harga tiket di laman web lain yang turut menawarkan tiket dengan harga murah selain selia juga penerbangan yang tidak memerlukan sebarang transit. 

Dari situlah anda boleh mendapatkan tiket penerbangan dengan harga yang murah. Jangan lupa juga untuk memastikan pasport anda belum tamat tempoh! 

2. Visa dan mata wang asing 

Foto: iluminasi.com

Visa dikira penting kerana sesetengah negara memerlukan visa untuk anda masuk ke negara berkenaan. Antara yang memerlukan visa adalah China, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Mesir dan Amerika Syarikat. Negara seperti Jepun memerlukan visa jika anda menetap lebih daripada 90 hari di negara tersebut. 

Jangan lupa untuk melakukan penyemakan peraturan atau fakta mengenai sesebuah negara jika negara yang anda ingin lawati itu   memerlukan visa ataupun tidak. 

Selain itu, matawang disarankan untuk menukar matawang asing seminggu lebih awal sebelum melancong. Ini kerana jika ia ditukarkan di lapangan terbang, selalunya harganya lebih tinggi daripada biasa. 

Anda juga disarankan untuk membuat kaji selidik mengenai kedai mengurup wang berlesen yang lebih murah kerana harga mata wang mungkin boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. 

3. Tempat penginapan dan pengangkutan

Tempat penginapan seeloknya ditempah sebulan atau dua minggu awal sebelum tarikh perjalanan. Ini bagi memudahkan anda agar tidak terburu-buru untuk mencari tempat penginapan. Pilihan yang terbaik ialah ia berdekatan dengan bandar agar senang untuk anda mengakses segala kemudahan. 

Bagi pengangkutan pula, anda tidak perlu gusar kerana kini segalanya hanya di hujung jari. Anda boleh mengetahui sistem pengangkutan negara tersebut dengan cara melayari internet. 

Kini perkhidmatan Grab atau Uber wujud hampir di seluruh pelosok dunia, jadi tiada kerisauan sekiranya anda ingin bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain di dalam radius yang tidak jauh. Tempah sahaja perkhidmatan berkenaan melalui dalam talian atau jika mahu percutian anda lebih mencabar, ambil pengangkutan awam di dalam bandar seperti bas atau kereta api.

4. Makanan 

Sesetengah negara sukar untuk anda mendapatkan makanan yang halal dan harganya agak mahal. Jika ada sekali pun, restoran tersebut mungkin sudah tutup ataupun jauh dari tempat penginapan anda.

Tidak mungkin sama sekali anda ingin meneroka sesuatu tempat dalam keadaan kelaparan bukan? Dengan itu, anda boleh membawa makanan dari Malaysia, sebagai contoh makanan dalam tin, maggi dan serunding. Ia lebih mudah dan jimat! 

Akan tetapi, bukan sebarangan makanan dari Malaysia yang boleh dibawa. Barang mentah seperti ikan bilis, buah-buahan atau sayur-sayuran akan dirampas. Sebagai langkah keselamatan, pastikan makanan yang dibawa adalah dalam bentuk pembungkusan rapi dan kedap udara.

5. Insuran perjalanan

Foto: citylife2u.com

Ketika anda melancong, pasti anda tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, justeru anda perlulah mengambil langkah berjaga-jaga. 

Memiliki insuran ketika melancong amat penting kerana ia memastikan segala kos dan perlindungan diuruskan dengan baik ketika anda berada di luar negara. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Sep 2022
Featured Fri, 10 Dec 2021

Mengaibkan Dengan Niat, Polis Buru 4 Individu Persenda OKU

Dah buat kenalah bertanggungjawab ye dak?

Featured Fri, 9 Sep 2022
Eat Travel Sat, 2 May 2020
Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Thu, 9 Mar 2023
Featured Wed, 8 Mar 2023
Featured Mon, 4 Jul 2022

Mahkamah Perintahkan Ira Kaza Tidak Ganggu Puteri Sarah, Perlu Masuk Pembelaan Dalam Masa Sebulan

Nasi sudah jadi bubur 🥲 Moga semua yang terjadi ini dapat beri peringatan kepada semua di luar sana 😊