Eat Travel By: Ad Ops August 20, 2019 @ 3:00pm

Patutkah Nasi Lemak diiktiraf sebagai menu kebangsaan? Jom tandatangan petisyen!

Apakah bahasa kebangsaan Malaysia? Bahasa Malaysia! Bunga kebangsaan? Bunga Raya! Haiwan kebangsaan? Harimau!

Tetapi bagaimana pula dengan hidangan kebangsaan? Tiada jawapan kerana kita belum lagi menetapkan apakah makanan kebangsaan di bumi bertuah yang dihuni oleh pelbagai kaym ini.

Apabila bercakap mengenai hidangan yang sinonim dengan negara kita, hidangan mana yang muncul di minda anda?

Pastinya anda tidak boleh nafikan bahawa Nasi Lemak ialah salah satu pilihan yang paling diminati ramai warga Malaysia.

Siapa tidak suka Nasi Lemak? Nasi yang dimasak dengan santan dan harum baunya dihidang dengan ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng enak dan yang paling penting, sambal pedas mengancam. Fuuuh, meleleh air liur dibuatnya!

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-62 bulan depan, McDonald’s Malaysia ingin mengangkat martabat hidangan ini dengan mengajak anda untuk sama-sama menandatangani satu petisyen.

Tujuan petisyen ini dimulakan ialah untuk mengiktirafkan Nasi Lemak secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia.

McDonald’s Malaysia mengharapkan sasaran sejuta tandatangan dapat dicapai menjelang Hari Malaysia pada 16 Sept kelak.

Anda mahu menyokong petisyen ini? Jom tandatangan di bit.ly/nasilemakmalaysia!

Promosi Hari Kebangsaan

Foto: McDonald’s Malaysia

Selain petisyen ini, McDonald’s Malaysia juga menyambut Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun ini dengan promosi terbaharunya, Nasi Lemak McD.

Sekarang anda boleh menikmati nasi lemak keluaran McDonald’s dengan hidangan tambahan ayam goreng McD dan minuman Teh Ais Lemon yang pasti menyegarkan.

Ia boleh didapati di semua restoran McDonald’s di Malaysia, 24 jam sehari. Harganya adalah seperti berikut:

  • Sarapan: Set Nasi Lemak (sarapan) + Milo Ais: RM5.99
  • Waktu biasa: Set Nasi Lemak + 1 Ayam Goreng McD + Teh Ais Limau: RM12.99
  • Waktu biasa: Set Nasi Lemak + 2 Ayam Goreng McD + Teh Ais Limau: RM15.99

Ada berita baik untuk peminat Nasi Lemak! Nasi Lemak McD akan menjadi menu tetap di McDonald’s.

Tidak kiralah bila ataupun sejauh mana kita menjelajah di dunia, nasi lemak pasti menjadi hidangan yang sempurna di mana juga, pada bila-bila masa.

Khas untuk warga Malaysia

Foto: McDonald’s

Kadangkala jika anda dalam keadaan tergesa-gesa, kita akan gelarkan McDonald’s sebagai ‘McD,’ tetapi panggilan yang lebih sesuai dalam kalangan orang tempatan ialah ‘Mekdi.’

Dan untuk memberi kehormatan kepada gelaran ini, pihak McDonald’s Malaysia telah menaikkan papan tanda khas di cawangan Bukit Bintang untuk anda bergambar di depannya.

Tahukah anda? Inilah cawangan McDonald’s pertama yang dibuka di Malaysia.

“Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald’s Malaysia seperti yang dikenali hari ini,” kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

“Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ia kini sinonim dengan jenama kami.”

Papan tanda ini akan terpampang hingga Hari Malaysia (16 Sept) saja, ya! Jadi bagi anda yang ingin mengabadikannya di dalam memori ini melalui gambar, pergi cepat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 May 2020
Featured Tue, 21 Jun 2022
Eat Travel Thu, 13 Jun 2019

Cuba buat nuget kubis bunga berinti keju yang sihat ini, anak anda pasti suka!

Mudah sahaja untuk membuatnya, anak anda pun boleh tolong!

Featured Fri, 24 Mar 2023
Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Fri, 25 Nov 2022

“Bila Kau Tak Hargai Dia, Jangan Tanya Kenapa Dia Pergi” – Nasihat Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli sekali lagi tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiJangan tanya kenapa ♬ menjaga hati x mengejar mimpi – Sadvibes🥀 Menerusi hantaran yang dimuat […]

Featured Mon, 20 Nov 2023
error: Content is protected !!