Featured By: Ad Ops April 29, 2020 @ 1:20pm

Patutlah buat kuih tak menjadi, ini sebabnya

Kebiasaannya ketika bulan Ramadan, pastinya ramai yang akan pergi ke bazar Ramadan kerana di situ terdapat pelbagai jenis kuih tradisional yang dijual. Selain tidak mahir buat sendiri, kekangan waktu bekerja juga antara faktor wanita tidak sempat untuk menyediakan kuih sendiri sebagai hidangan berbuka.

perbezaan tepung beras

Kredit gambar: Alaf 21

Bagaimanapun, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ramailah wanita yang mempunyai masa dan mencuba pelbagai resipi kuih untuk dibuat sebagai hidangan pencuci mulut. Bagaimanapun, boleh kemurungan dibuatnya kerana buat kuih buah Melaka tak menjadi, tepung pelita pun tak menjadi.

Resipi dah ikut betul, tapi mana silapnya? Rupanya selama ini kita mungkin tersilap guna tepung beras. Kebanyakan kuih memerlukan tepung beras sebagai bahan utama, tapi ramai yang tidak tahu yang tepung beras mempunyai banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.

perbezaan tepung beras

Kredit gambar: Petua Ibu

Jom semak jenis tepung beras dan kegunaannya, jadi selepas ini tidaklah lagi tersilap pilih atau kuih yang dibuat tidak menjadi.

Sebelum itu, penulis nak kongsi tepung beras yang ada di pasaran Malaysia kebanyakan diimport dari Thailand. Oleh itu, anda akan lihat jenama tepung beras yang dijual mempunyai lambang gajah. Ada gambar gajah seekor, dua, tiga dan lima ekor. Semuanya mempunyai fungsi yang berbeza! Jom semak.

1. Tepung beras cap satu gajah

perbezaan tepung beras

Kredit gambar: Chai Huat Hin

Kalau anda mahu buat adunan goreng pisang, cempedak, keledek, keladi, sukun dan seangkatan dengannya, tepung jenis ini adalah pilihan yang betul.

Kalau mahu goreng ikan, udang dan sotong goreng tepung atau berempah seperti di kedai mamak itu atau ayam goreng ala KFC ke MCD, boleh juga guna tepung ini kerana ia sangat rangup sebab kandungannya sudah dicampur dengan tepung jagung.

2. Tepung beras cap dua/tiga gajah

perbezaan tepung beras

Kredit gambar: ProductNation

Kalau yang mahu buat kuih tradisional seperti kuih koci, tepung pelita dan pelbagai lagi jenis kuih, tepung jenis ini sangat sesuai kerana ia menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

3. Tepung beras cap lima gajah

perbezaan tepung beras

Kredit gambar: eRuncit

Kalau siapa mahu buat sendiri mi, laksa atau apa sahaja jenis mi, boleh guna tepung jenis ini kerana kandungan tepung berasnya lebih padat dan ia akan menghasilkan tekstur yang lebih kenyal.

4. Tepung beras cap Teratai

perbezaan tepung beras

Kredit gambar: Dari Dapur.com

Selain tepung beras lambing gajah, tepung jenama ini juga agak popular. Ia sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam kerana dicampur dengan tepung jagung. Hasilnya memang rangup.

Semoga bermanfaat!

Kredit sumber: Sirap Limau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 3 Jul 2019
Featured Thu, 9 Feb 2023
Featured Thu, 24 Mar 2022

Pelan Perlindungan Insurans Sehingga RM10,000 Akibat Kematian Isi Rumah – PM

Semoga dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan

Drama Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Kisah Cinta Kita Jawab Dakwaan Babak Tepis Telefon Tiru Babak K-Drama Descendants of The Sun

Sebelum ini, tular di TikTok tentang babak di dalam drama bersiri Kisah Cinta Kita dikatakan meniru adegan drama cinta popular di Korea, Descendants of The Sun (DOTS). Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna

Eat Travel Tue, 23 Oct 2018

Negara-Negara Mana Yang Paling Selamat & Tak Selamat Untuk Dilawati Di Dunia? Ini Jawapannya

Sebelum melancong, anda perlu menitikberatkan tahap keselamatan anda nanti.

Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali Bergandingan Dengan Aedy Ashraf Dalam Telefilem Dania TV3, Puteri Balqis Terbawa Emosi

Berat watak yang dibawa Aqish dalam telefilem Dania ni ❤️ Suka tengok gandingan Aqish dengan Aedy, moga lepas ni ada peluang lagi 🤩🤩

Featured Tue, 16 Nov 2021

Kos Barang Makin Meningkat, Kedai RM2.10 Popular Umum Naik Harga Bermula Disember

Premis yang terkenal dengan panggilan kedai ‘2 ringgit’ baru-baru ini memaklumkan bahawa harga jualan di kedai mereka akan dinaikkan sebanyak 10 sen. Demi meningkatkan mutu kualiti barangan mereka, Eco Shop melalui Facebook rasminya memberitahu mereka

Events Thu, 15 Dec 2022

Pilih Sesuatu Ikut Keupayaan & Minat, Syamira Nazir Ingin Fokus Dalam Kerjaya

Pengacara Syamira Nazir yang mula mencari tapak dalam dunia seni menceburi sesuatu bidang mengikut keupayaan dan minat. Biarpun tidak muncul sebagai seorang pelakon di kaca televisyen, Syamira yang merupakan finalis Dewi Remaja 2019 memberitahu dia

Featured Thu, 16 Mar 2023

| Live TV