Featured By: Shaidah Shafie April 29, 2020 @ 10:00pm

Pelajar di zon utara dan Sarawak pulang ke kampung hari ini

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memulakan pergerakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) membabitkan pelajar yang pulang ke zon yang sama bermula dengan dua zon iaitu zon utara dan zon Sarawak.

Di zon utara, seramai 653 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) akan dihantar pulang ke kampung masing-masing, hari ini dan esok, manakala 280 lagi pelajar di zon Sarawak.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini. Foto: NSTP/Faisal Jaafar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kerajaan menyediakan sebanyak 44 bas untuk menghantar kesemua pelajar daripada IPT di zon utara yang pulang ke kampung masing-masing di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Pelajar di Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia, politeknik dan IPTS di Zon Utara akan bertolak pada jam 2 petang, manakala penuntut dari Universiti Sains Malaysia pula pada jam 9 malam.

“Zon Sarawak yang membabitkan 42 pelajar dibahagikan kepada dua pergerakan iaitu hari ini dan esok menggunakan dua bas serta sebuah van bermula jam 9 pagi tadi,”katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

Pelajar dipastikan sampai ketika siang hari di destinasi yang ditetapkan bagi memudahkan semua pihak – gambar hiasan. Foto: NSTP/Aizuddin Saad.

Berbeza dengan pergerakan pertama dari zon tengah kelmarin, pergerakan hari ini dilakukan lebih awal bagi memudahkan ahli keluarga untuk mengambil pelajar di balai polis dan dijangka tiba sebelum waktu berbuka kerana membabitkan jarak yang tidak begitu jauh

Bagaimanapun, pelajar yang tidak mempunyai wakil keluarga untuk mengambil mereka akan dihantar pihak berkuasa.

Pelajar IPTA Zon Utara bergerak pulang bermula hari ini dan esok – gambar hiasan. Foto: NSTP/Aizuddin Saad.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pelajar daripada lima IPT di zon Utara yang dihantar pulang ke zon tengah malam tadi telah selamat sampai ke rumah masing-masing dan tiada isu yang timbul mengenai penghantaran pulang berkenaan.

“Kita sudah menyusun masa supaya pelajar yang dihantar pulang tiba pada siang hari bagi memudahkan urusan ibu bapa mengambil mereka dan tidak menyukarkan pihak berkuasa untuk menghantar mereka ke rumah masing-masing,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jan 2023

Comelnya! Gelagat Ernie Zakri Teruja Nyanyi Depan Burung Di London Curi Tumpuan

Umum mengetahui, penyanyi terkenal Ernie Zakri dan suaminya, Syamel sedang bercuti di London.   View this post on Instagram   A post shared by @erniezakri Tular sebuah perkongsian di platform TikTok memaparkan gelagat Ernie yang

Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Wed, 5 May 2021

“Cakap Melayu Tak Susah, Memasak Lagi Susah”- Tular Kahwini Pemuda Melayu, Maryam You Narae Kini Muncul Di TV

Pasangan instafamous & selebriti Youtube, Maryam You Narae dan suaminya, Ryzal Ibrahim sudah tidak asing lagi di platform media sosial mereka iaitu DurianKimchi TV. Terbaru, pasangan ini muncul buat kali pertama dengan rancangan TV terbaru iaitu

Featured Tue, 1 Nov 2022

Lagu Baru Meer Nash Ditujukan Buat Bekas Kekasih

Penyanyi Meer Nash, 27, atau nama sebenarnya, Muhammad Shahmeer Mohd Nashrul kembali dengan single berjudul Kajima hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir. Lagu yang menampilkan

Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Fri, 9 Apr 2021

“Saya Dengan Seikhlas Hati… ” – Permohonan Maaf Neelofa Secara Terbuka Isu Langgar SOP

Setelah kontroversi pelanggaran SOP melibatkan isu perkahwinan dan rentas negeri yang tular di media sosial, selebriti terkenal, Noor Neelofa hari ini tampil mengemukakan permohonan maaf kepada orang ramai. Menerusi kiriman video yang di hantar kepada

| Live TV