Featured By: Ad Ops October 18, 2018 @ 11:00am

Pelajar Ini Maut Akibat Kanser Setelah Makan Mi Segera Setiap Hari Ketika Study

Ya, rasanya semua orang tahu yang mi segera memang tak elok untuk kesihatan. Tapi amaran ini sering diabaikan kerana snek merupakan pilihan makanan yang murah.

Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada. Kalau dah terpaksa, bolehlah makan, tapi janganlah sampai setiap hari.

Seorang pelajar yang berumur 18 tahun baru-baru ini telah meninggal dunia kerana mi segera menjadi pilihan sajiannya setiap hari. Akibat daripada tabiat ini, dia disahkan menghidap kanser perut yang akhirnya membawa maut.

Menurut laporan, tabiat tak sihat ini mula ketika anak muda ini berada di bangku sekolah menengah. Dia akan masak satu paket mi segera setiap kali dia berjaga malam untuk study.

Akhirnya, dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke universiti tapi nampaknya dia telah mengorbankan kesihatannya untuk menjejakkan kaki ke sana.

Dia mula menunjukkan simptom seperti perut kembung, rasa loya dan sakit perut. Keluarganya makin risau kerana dia tak baik-baik. Jadi mereka membawanya ke hospital untuk rujukan doktor.

Alangkah terkejutnya mereka kerana pelajar ini didiagnos dengan kanser perut tahap terminal! Harapan tak tinggi untuknya survive kerana sel-sel kanser itu telah merebak ke organ lain. Setahun kemudian, dia akhirnya meninggal dunia.

Foto: Elsie Hui/Flickr

Pakar onkologi di hospitalnya, Dr Gan, menyarankan orang ramai untuk mengurangkan pengambilan sosej, daging salai, makanan jeruk dan mi segera kerana mereka sering dikaitkan sebagai penyebab kanser. Ingat ya!

Seorang lagi doktor, Dr Lau, memberitahu yang pesakit kanser perut selalunya tak menunjukkan banyak simptom pada tahap awal kanser mereka. Keadaan mereka sering disalah diagnos sebagai sakit gastrik.

Inilah sebabnya seramai 80% pesakit kanser perut telah pun memasuki tahap kritikal apabila mereka akhirnya diberi diagnos yang betul.

Menurut American Cancer Society, tanda-tanda kanser perut termasuklah:

  • Kurang selera makan
  • Penurunan berat badan yang tak disengajakan
  • Sakit abdomen
  • Rasa tak selesa di bahagian abdomen
  • Rasa kenyang di bahagian atas abdomen setelah makan sajian yang kecil
  • Sakit ulu hati atau senak
  • Rasa loya
  • Muntah
  • Darah di dalam najis

Memang tak boleh dinafikan yang mi segera memang murah dan mengenyangkan. Pada masa kini, rasanya pun telah dinaik taraf untuk menjadi lebih sedap, dan ada banyak variasi yang dijual di pasaran. 

Foto: SevenPie.com

Walaupun mereka ‘memanggil-manggil’ kita untuk makan, lebih baik kita kurangkan pengambilannya dan tetapkan had dalam diri kita supaya kita tak menyesal di kemudian hari.

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 May 2018
Featured Thu, 9 Dec 2021

V BTS Tak Sengaja Follow Jennie BLACKPINK Di Instagram, Ramai Peminat Kecewa & Marah.. Sampai Ada Yang Kecam!

Baru-baru ini, ahli kumpulan K-Pop popular BTS telah mula membuka akaun Instagram individu mereka. Belum sampai seminggu, sudah berlaku kontroversi apabila salah seorang dari ahli BTS, V mengikuti Jennie dari kumpulan BLACKPINK. Seperti ahli-ahli BTS […]

Featured Mon, 3 Apr 2023
Featured Tue, 27 Jul 2021

“Beliau Banyak Korban Masa Dan Tenaga”- Ramai Pertahankan DG Hisham

Tindakan pelakon Lana Nodin dan Rita Rudaini yang mencadangkan agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Menerusi laman sosial, rata-rata warganet tidak bersetuju […]

Featured Tue, 13 Feb 2024
Featured Mon, 14 Mar 2022

4 Tahun Menanti, Vanidah Imran Kini Graduan Ijazah Sarjana Seni Persembahan

Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal, Vanidah Imran kerana berjaya menggenggam graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama) di usia 49 Tahun.