Featured By: Fadzlena Jafar April 15, 2020 @ 9:30am

Pelakon Avengers bantu BeautyUnited sumbang dana perangi COVID-19

Peningkatan mendadak jumlah jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) menimbulkan kebimbangan bukan sahaja dalam kalangan rakyatnya, tetapi juga negara lain yang memerhatikan perkembangan di negara itu.

Sehingga jam 12 tengah malam 14 April 2020, AS sudah mencatat jumlah kumulatif 588,958 kes positif COVID-19 dengan 23,749 kematian dan hanya 37,3267 atau kurang 10 peratus kes yang sembuh.

The New York Times melaporkan peningkatan jumlah itu amat memberi kesan pada AS yang ketika ini dianggarkan hanya mempunyai 4 juta petugas perubatan dan jururawat, iaitu kira-kira 1 peratus daripada populasinya.

Ketika ini, kebanyakan hospital khususnya di New York, negeri di AS yang paling terkesan akibat wabak COVID-19 dikatakan mengalami kekurangan keperluan perubatan dan peralatan pelindung diri (PPE) yang meruncing.

Gwyneth Paltrow terbabit dalam penubuhan inisiatif BeautyUnited. (Gambar Instagram Gwyneth Paltrow)

Sehubungan itu, pelakon Avengers dan Iron Man, Gwyneth Paltrow bersama-sama beberapa pengasas produk kecantikan dan kesejahteraan popular di AS mengambil inisiatif menubuhkan BeautyUnited.

Kempen murni itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu badan bukan kerajaan yang menyalurkan sumbangan daripada organisasi kepada pihak memerlukan, Flexport.org dalam menyediakan pelbagai keperluan untuk petugas barisan hadapan khususnya petugas kesihatan.

Menerusi perkongsian dalam akaun Instagram peribadinya, Gwyneth berkata, kempen yang pada asalnya bermula daripada panggilan video dengan beberapa rakan yang juga pengasas jenama kecantikan, kini bertukar menjadi inisiatif yang amat membanggakan.

“Inisiatif ini bermula daripada panggilan video bersama pengasas jenama kecantikan dan kesejahteraan, dan tanpa disangka membawa kepada penubuhan BeautyUnited.

“Komuniti ini (pengasas jenama kecantikan dan kesejahteraan) menyokong semua wira dan wirawati kesihatan. Terima kasih atas apa yang anda lakukan dan kami akan terus menyokong anda,” tulisnya dalam perkongsian itu.

Selain Gwyneth yang juga pengasas jenama kecantikan Goop, selebriti yang menyokong inisiatif itu termasuk pelakon Charlie’s Angels, Drew Berrymore yang juga pengasas jenama Flower Beauty dan bekas penyanyi Spice Girls, Victoria Beckham bagi jenama Victoria Beckham Beauty.

Jenama lain yang terbabit dalam inisiaitif BeautyUnited antaranya Revlon, Huda Beauty, Evolution 18, Rose Inc, Dr Nigma, Violet Grey, Beauty Con, The Honey Pot Company, Unilever, Beauty Counter, Uoma Beauty, Summer Fridays, Lime Crime, Amla Beauty, Too Face, Milk Makeup dan U Beauty.

Menerusi kempen berkenaan, kesemua pengasas jenama terbabit akan menyumbangkan sebahagian daripada jualan produk bagi membantu menyediakan keperluan perubatan dan PPE untuk kegunaan petugas kesihatan.

Semoga inisiatif murni pengasas jenama kecantikan di Barat itu menjadi dorongan kepada usahawan di seluruh dunia khususnya Malaysia untuk melakukan inisiatif yang sama.

Gambar utama: Kredit video BeautyUnited

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Oct 2022
Eat Travel Wed, 7 Nov 2018

Muzium Ais Krim Di San Francisco Ini Memang Unik & Colourful!

Foto anda mesti ‘manis-manis’ semuanya!

Featured Mon, 13 Jan 2020

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Nafsu dan pengurusan wang yang lemah!

Featured Mon, 19 Sep 2022

Terpaling Juara: Netizen Kritik Vokal Sumbang, Hazami Akui Hilang Fokus – “Saya Anggap Tribute Untuk Adibah Noor”

Alahai, sebaknya 🥺 Bukan vokal yang diutamakan, yang penting penyampaian lagu tu sampai pada semua pendengar 🥺

Featured Sat, 20 Nov 2021

Kebanyakkan Rakyat Malaysia Memilih ‘123456’ Sebagai ‘Password’

Baru-baru ini kajian daripada NordPass bersama-sama dengan penyelidik bebas mendedahkan senarai 200 kata laluan yang paling biasa digunakan oleh pengguna internet di 50 buah negara untuk tahun ini. Kajian ini mendapati, seramai lebih daripada 2 […]

Gaya Hidup Tue, 10 Apr 2018

Spaghetti RM5 Je? Biar Betul? Apalagi Jomlah Serbu!

Nikmati spaghetti dengan hanya RM5. Biar betul? Kalau tak percaya lapangkan waktu anda untuk mengunjungi restoran The Humble Chef yang terletak di Bukit Damansara.