familuv By: Yanie Baharom July 8, 2019 @ 2:00pm

Peluk anak 18 kali sehari, mereka akan jadi lebih bijak!

Amalan memeluk pasangan sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi, dapat merembeskan hug hormones atau nama saintifiknya, Oxytocin.

Apabila hormon oxytocin ini diaktifkan, ia dapat merangsang mood kita menjadi lebih stabil, positif, tenang, lapang, ceria, berasa disayangi sekali gus membuatkan wajah kelihatan berseri-seri.

Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata, seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Fakta ini berdasarkan kajian seorang pakar dari Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Foto: sinar harian

Jika amalan pelukan 10 saat ini baik dalam mengeratkan hubungan dan kasih sayang suami isteri, mengapa tidak ia dipraktikkan kepada anak-anak?

Selain berasa selamat dan dikasihi ibu bapa, kestabilan emosi yang dirangsang melalui pelukan ini pastinya dapat membantu mereka untuk belajar dalam suasana gembira. Kerana apa, mereka sendiri terpanggil untuk menjadi anak yang membanggakan kedua orang tua.

Tidak lama dahulu pernah tular kisah seorang ibu yang mempunyai seorang anak berusia tiga tahun yang panas baran. Anak yang tidak boleh kawal rasa marah ini ubatnya ialah pelukan.

Bayangkan umur tiga tahun sudah pandai mengangkat kerusi untuk memukul budak lelaki lain. Ibu ini berkongsi panduan yang diberikan oleh seorang pakar psikologi, iaitu bila anak marah dan mengamuk, peluklah zuriat anda itu.

Cara memeluk anak ialah kita yang dewasa ini perlu berada dalam posisi melulut supaya sama paras dengan anak dan memeluk anak dengan kedua tangan kita selama 15- 20 saat. Bacakan surah Al-Fatihah dan tiupkan pada ubun-ubun anak.

Ini kerana dua ayat terakhir surah Al-Fatihah adalah ubat pada salah laku anak tadi.

“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”

“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

Menurut laporan sebuah laman web berdasarkan satu petikan artikel, dengan cara memeluk anak sebanyak 18 kali sehari menjadikan anak lebih cerdik dan pandai, di mana mereka lebih mudah menerima pembelajaran di sekolah.

Memeluk anak 18 kali sehari juga dipercayai dapat mengembangkan sikap kreatif dalam diri anak. Memeluk sebenarnya lebih berkesan daripada memuji. Peluk anak jika mereka melakukan sikap yang terpuji daripada hanya memuji “wah, pandainya sayang mama.”

Selesai kerja nanti, jangan lupa peluk anak anda yang sentiasa menantikan kepulangan anda. Begitu juga, setiap pagi  sebelum meninggalkan mereka atau ke sekolah. Pastikan sehari cukup 18 kali pelukan ya papa dan mama! 

Foto: hellosehat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Dec 2022

Kongsi Video Di Hospital, Ramai Cemburu Cara Izzue Islam Layan Isteri Penuh Kasih Sayang – “Setia & Bahagia..”

Bagus Izzue ni. Seorang suami yang sangat penyayang dan setia! Moga dipermudah segala urusan ❤️

Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Mon, 3 Jan 2022

Tular Video Lelaki Buat Tarian Pelik Dalam Bas, Netizen Minta Jangan Jadikan Bahan Gurauan

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seorang lelaki yang membuat tarian pelik di dalam sebuah bas ekspres di perhentian R&R Simpang Pulai, Perak. Video yang dimuat naik di laman Facebook Penang Kini itu dirakamkan oleh […]

Acara Fri, 1 May 2020

Nasi kerabu imbau kenangan berbuka di kampung

Hotel Maya buat penghantaran ke rumah

Featured Thu, 13 Apr 2023

Tiada Niat Provokasi, Surat Terbuka Syada Amzah Sekadar Luah Rasa Rindu Buat ND Lala

Istilah buang bapa ini tidak timbul sama sekali – Syada Amzah

familuv Mon, 24 Dec 2018

Inilah Trend Nama Bayi Di Amerika Untuk Tahun 2018, Pelik-Pelik Belaka!

Ada juga yang letak nama makanan untuk nama anak mereka.