Featured By: Ad Ops August 17, 2018 @ 11:00am

Peluk & Main-Main Dengan Lembu, Trend Terbaru Untuk Hilangkan Stress

Sesetengah orang cuba aktiviti yoga dan meditasi, orang lain pula bersenam untuk lepaskan tekanan.

Tapi sekarang ini ada juga sesetengah orang yang sanggup bayar $300 untuk bermain dengan lembu selama 90 minit! 

Inilah trend kesihatan terbaru di negara Barat dan ia dipanggil “cow cuddling“.

Anda mungkin terkejut sebab anda selalu saja nampak lembu di tepi jalan atau di kampung dan boleh saja pegang-pegang dengan percuma. Jadi besar kemungkinan orang-orang yang memilih aktiviti ini adalah orang bandar.

Tapi kenapa dalam banyak-banyak haiwan, lembu dipilihnya? Kenapa mereka sanggup bayar sebegitu banyak sekali? 

Jom kita find out apa faedahnya aktiviti ini.

Apa itu cow cuddling?

Ia merupakan sebuah aktiviti yang membuatkan anda rasa relaks. Anda hanya perlu membelai, berpelukan dan bermain dengan lembu itu.

Setiap sesi akan dipantau dan diurus oleh kaunselor yang berlesen dan pakar binatang. Jangan risau, anda takkan disuruh untuk memerah susu lembu itu sementara anda di sana. 

Apakah faedahnya dari segi kesihatan? 

Para pakar berpendapat bahawa cow cuddling adalah aktiviti alternatif yang bagus bagi mereka yang tak boleh nak lakukan aktiviti meditasi.

Salah satu kebaikan aktiviti meditasi ialah ia boleh melambatkan kadar nadi anda, yang akhirnya boleh membantu kurangkan atau hapuskan terus kebimbangan atau anxiety yang anda alami. 

Meditasi mungkin sedikit bosan untuk sesetengah orang, tapi tak apa. Cow cuddling juga boleh mendapatkan result yang sama, menurut Mountain Horse Farm.

via GIPHY

Mountain Horse Farm merupakan sebuah bed & breakfast (tempat penginapan) di New York yang menawarkan servis-servis khusus kepada kesihatan kepada pengunjungnya. Selain cow cuddling, mereka juga boleh pilih untuk cuddle dengan kuda. 

“Lembu mempunyai suhu badan yang tinggi sedikit daripada suhu badan manusia, dan kadar nadi mereka lebih perlahan,” kata Mountain Horse Farm di laman webnya. 

“Aktiviti berpelukan dengan lembu sangatlah relaxing, terutama sekali apabila anda dapat rasakan kadar nadinya yang rendah dan suhu badannya yang tinggi.” 

Anggap saja aktiviti ini sebagai terapi yang tak memerlukan anda untuk berkata-kata.

“Lembu-lembu ini akan dapat rasa jika anda sedang rasa gembira, sedih, sesat, bimbang atau excited dan mereka akan memberi respons tanpa sebarang niat jahat,” kata Mountain Horse Farm lagi.

Foto: Getty

Tambahnya, lembu adalah haiwan yang sensitif dan bernaluri tinggi. Jadi mereka memang adalah haiwan yang perfect untuk “membaca” emosi serta bahasa badan anda, dan berikan respons yang sewajarnya.

Hmm… samalah macam bila ibu memeluk kita ketika kita tengah rasa down, kan? Gerenti perasaan tak best yang anda sedang alami akan hilang.

Jadi sekarang ini, di mana nak cari lembu?

Sumber: Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 18 Dec 2019

Sukan luncur air inisiatif pelancongan baharu di Pahang

Jangan sangka sukan ini ada luar negara sahaja!

Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Mon, 29 Aug 2022

Diminta Pergi Mamp*s Gara-Gara Tanggalkan Hijab, Ini Respons Elyana

Kita doakan yang baik-baik jelah…. Don’t judge!🥱

Sihat Tue, 18 Sep 2018
Featured Fri, 9 Sep 2022

Netizen Dakwa Video Tular Dedah Wajah Bilal, Ini Respons Neelofa

Pelanduk dua serupa kot ni? Hihi ☺️ Ramai tak sabar nak tengok muka comel Bilal kannn 🤪

Featured Thu, 13 Apr 2023

Tiada Niat Provokasi, Surat Terbuka Syada Amzah Sekadar Luah Rasa Rindu Buat ND Lala

Istilah buang bapa ini tidak timbul sama sekali – Syada Amzah