Featured By: Yanie Baharom May 18, 2018 @ 2:00pm

Pemilihan Makanan Dan Produk Bebas Kimia, Rahsia Amalan Kecantikan Wanita Timur Tengah

Kulit yang cerah, bersusuk tinggi lampai dan kurus, bermata bundar, bulu mata lentik atau hidung mancung, belum menjanjikan paras rupa yang menawan jika ianya tidak bebas cela.

Cantik yang sebenar ialah memiliki kulit yang lembab, wajah bersih, berat badan ideal dan sentiasa sihat.

Wanita Arab antara wanita yang memiliki kecantikan semula jadi. Meskipun keadaan cuaca negara Timur Tengah bersuhu panas, namun ia sedikitpun tidak menghalang mereka menjaga kecantikan diri.

Ini rahsia bagaimana wanita Arab menjaga kecantikan dalaman dan luaran yang merangkumi amalan pemakanan Sunnah, pemilihan barangan kecantikan termasuk amalan cara hidup.

1. Pemakaian wanita Islam Arab yang sentiasa menutup aurat salah satu faktor memberi perlindungan terhadap kesihatan kulit mereka.

Penggunaan hijab dan niqab juga dapat melindungi kulit daripada terdedah sinaran matahari. Selain itu, mereka lebih suka untuk tinggal di rumah ketika cuaca panas.

Foto: The Georgia Straight

2. Wanita Islam Arab adalah sangat bijak memilih kosmetik. Mereka amat menitik beratkan soal kualiti, tidak kira berapa banyak mereka perlu membelanjakan wang.

Wanita Islam Arab tidak suka penggunaan penjagaan kulit yang mungkin memudaratkan kencantikan seperti botox, laser dan sebagainya.

3. Pelbagai produk makanan keluaran negara Timur Tengah cenderung menggunakan bahan-bahan semulajadi yang segar. Mereka tidak suka makanan diawet, apatah lagi  mengandungi bahan kimia seperti mee segera.

Dalam hidangan kopi Arab asli misalnya, harus mempunyai saffron dan buah pelaga. Untuk kecantikan, saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik.

4. Wanita Islam Arab menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti bunga-bungaan, madu, dan minyak sayur-sayuran untuk merawat badan.

Ia merupakan amalan kecantikan turun-temurun wanita Mesir Purba yang percaya pada rawatan kecantikan daripada sumber alami.

5. Minyak zaitun yang kaya vitamin E, adalah minyak yang menjadi kemestian digunakan sehari-hari oleh wanita Arab.

Minyak ini cukup terkenal dengan pelbagai khasiat dan kegunaan multi fungsi misalnya bertindak sebagai pelembap kulit, bahan-bahan penjagaan rambut, untuk menyembuhkan luka, merawat kulit perut selepas kelahiran dan lain-lain.

Maka tidak hairanlah rambut Wanita Islam Arab adalah sangat sihat, tidak kering, dan tidak mudah rosak.

Foto: Pesona Pengantin

6. Satu lagi tabiat yang sangat bermakna untuk rawatan kecantikan kebiasaan ialah mandi susu. Bukan sahaja bahan susu sapi yang digunakan, mereka juga menggunakan bahan-bahan susu unta dan susu kambing untuk mengekalkan keanjalan kulit. Biasanya, bahan untuk mandi susu ini bercampur bahan lain seperti minyak zaitun, madu, dan sari bunga-bungaan.

7. Wanita Islam Arab suka makan kurma. Buah kurma segar dipercayai menyuburkan perut dan meningkatkan kesihatan secara umum. Perlu diingat bahawa vitamin B6 dan protein di dalamnya yang menghalang kerosakan kepada kulit dan menyegarkan kulit.

Wanita Islam Arab sering memakai masker kurma untuk penjagaan kulit wajah. Caranya adalah kisar kurma sehingga halus, kemudian campur dengan yogurt, dan sapukan di semua bahagian muka. Selepas itu, bilas dengan air sejuk.

8. Kurma segar juga boleh digunakan sebagai skrub badan. Skrub kurma bermanfaat untuk membersihkan, melembutkan serta memastikan kulit kekal lembut dan segar. Caranya, kurma dicampur dengan buah aprikot, kemudian dikisar. Selepas itu bubuh oatmeal. Wanita Islam Arab sering menggunakan bahan ini untuk mandi.

Foto: Aishaderm

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023

Cekal Hadapi Makian Netizen, Fyna Jebat Sedang Perbaiki Diri – “Suami Memang Beri…”

Okay guys Fyna sedang perbaiki diri.. Jangan terus mengecam ok! Doakan buat kebahagiaan rumah tangga Fyna & suaminya 🤩😌☺️

Featured Mon, 14 May 2018

Trafik Laman Sosial Pelakon Ben Amir Sesak Gara-Gara Dikatakan Seiras Wajah Syed Saddiq

Pelakon meningkat naik Ben Amir terkejut apabila akaun Instagram dan Twitter miliknya dibanjiri komen netizen yang mengaitkan wajahnya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Featured Fri, 10 Mar 2023
Featured Wed, 15 Mar 2023