Featured By: Ad Ops April 29, 2020 @ 10:15am

Penantian 10 tahun, wanita ini akhirnya diijab kabul dengan bekas tunang menerusi pernikahan secara dalam talian

Kalau dah jodoh, tak ke mana. Siapa sangka, pasangan yang pernah putus tunang tujuh tahun lalu akhirnya disatukan semula menerusi pernikahan dalam talian pada 27 April 2020.

Suhaila binti Saad, 27, berkata, mereka sepatutnya diijab kabul pada 4 April lalu, namun majlis pernikahannya dengan pasangan, Wan Muhammad Hasmadi bin Wan Muhammad Yasim, 30, terpaksa ditunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

pernikahan dalam talian

“Tidak dinafikan apabila kena tangguh, saya rasa hampa dan sedih sangat. Semua persiapan sudah dibuat awal tapi lagi seminggu nak nikah, majlis terpaksa ditangguhkan.

“Alhamdulillah, sebaik sahaja pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi kebenaran untuk bernikah secara dalam talian di Selangor, pasangan saya terus menelefon pihak JAIS dan kami telah diberi kebenaran untuk bernikah di rumah secara dalam talian atas arahan PKP,” katanya kepada Hijab & Heels.

pernikahan dalam talian

Pasangan yang berkenalan sejak 10 tahun lalu itu selamat dinikahkan jam 10 pagi oleh Pendaftar Perkahwinan, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Ustaz Hashim Muhammad menerusi aplikasi video Skype.

Suhaila berkata, biarpun sesi pernikahan dalam talian itu berlangsung kurang daripada 20 minit, namun debaran tetap dirasai oleh kedua-dua belah pihak.

“Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan dengan lancar. Biarpun nikah secara dalam talian, debaran tetap terasa terutama bagi pihak pengantin lelaki.

pernikahan dalam talian

“Sebak juga apabila melihat suami saya menangis. Dia terlalu gembira kerana kami akhirnya disatukan selepas 10 tahun. Pada masa sama, suami juga sebak sebab abang, kakak serta ahli keluarga terdekat dia yang lain tidak berada di sisi ketika hari bersejarahnya memandangkan jumlah orang yang boleh ada ketika pernikahan dalam talian adalah terhad.

pernikahan dalam talian

“Sudah pastinya saya tidak akan lupakan detik pernikahan kami yang begitu istimewa kerana ia dilakukan secara dalam talian ketika musim PKP dan paling bermakna kami dinikahkan pada Ramadan yang mulia ini. Ia akan menjadi kenangan yang terindah buat kami,” katanya mengakhiri perbualan.

Kredit gambar: Suhaila Saad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 14 Jun 2021

Pandemik Jadi Titik Tolak 2 Sahabat Bangunkan Aplikasi Cuci Kereta

Sektor ekonomi dalam dan luar negara semestinya terjejas dek kerana pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh pelusuk dunia. Namun begitu, keadaan ini memberikan hikmah tersendiri kepada ramai peniaga di luar sana untuk menjadi lebih kreatif […]

Featured Mon, 9 May 2022
Featured Sat, 7 Jan 2023

“Datang Balik Berbincang? You Block I…” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberikan respons terhadap berita pernikahan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar menerusi rakaman video, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Sarah memberitahu dia akan menjelaskan dan akan memperbetulkan beberapa soalan mengelirukan yang […]

Featured Wed, 5 Apr 2023