Featured By: Fadzlena Jafar May 22, 2020 @ 10:00am

Pengasas Facebook dan isteri derma kira-kira RM1 bilion bantu perangi COVID-19

Jika anda pengguna Facebook, Instagram mahupun WhatsApp, pasti pernah mendengar mengenai Mark Zuckerberg yang mencipta Facebook dan membangunkan syarikat rangkaian sosial terbesar di dunia apabila turut membeli Instagram dan WhatsApp.

Sejak melancarkan Facebook pada 5 Februari 2004, Zuckerberg sentiasa tampil dengan pelbagai idea baharu untuk membangunkan platform berkenaan sebagai rangkaian perhubungan sosial nombor satu di dunia.

Terbaharu, Zuckerberg memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk membantu pengguna media sosial berkenaan mendapatkan maklumat terkini mengenai COVID-19.

Bual bicara antara Zuckerberg dengan pakar penyakit berjangkit AS, Dr Anthony Fauci disiarkan menerusi akaun peribadinya untuk menyalurkan maklumat mengenai COVID-19.

Antaranya pada 4 Mac 2020, Zuckerberg berkongsi kemudahan baharu dalam Facebook yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai COVID-19.

“Kami fokus dalam memastikan setiap pengguna mempunyai akses kepada maklumat yang boleh dipercayai dan tepat mengenai COVID-19. Ini penting kerana setiap maklumat yang betul boleh mengurangkan risiko jangkitan dalam masyarakat.

“Menerusi kemudahan baharu ini, setiap pencarian dalam Facebook mengenai COVID-19 atau koronavirus , pengguna akan menerima satu pantulan (pop-up) yang akan membawa anda kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau pihak berkuasa tempatan,” tulisnya.

Zuckerberg dan isterinya, menubuhkan Chan Zuckerberg Initiative untuk pelbagai program amal.

Pada 13 Mac 2020, Zuckerberg mengumumkan kerjasama dengan agensi berita antarabangsa CNN bagi memastikan pengguna rangkaian media sosialnya menerima maklumat terkini mengenai COVID-19.

Beliau kemudian menubuhkan COVID-19 Solidarity Response Fund menerusi kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan WHO bagi memudahkan pengguna yang ingin menyumbang kepada tabung itu.

Tabung itu akan disalurkan kepada masyarakat yang terjejas akibat COVID-19, selain digunakan untuk membiayai kajian bagi vaksin dan rawatan COVID-10.

Inisiatif yang dilakukan Zuckerberg bukan hanya membabitkan penambaikan dalam rangkaian media sosial itu, tetapi turut membabitkan sumbangan kewangan kepada golongan yang memerlukan.

Zuckerberg berkongsi gambar rambutnya dipotong isterinya berikutan PKP.

Memahami kesukaran yang dihadapi kebanyakan usahawan kecil dan sederhana ketika perintah berkurung atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Zuckerberg dan isterinya, Dr Priscilla Chan menyumbang sebanyak RM432 juta (USD100 juta) bagi membantu usahawan berkenaan meneruskan perniagaan.

Beliau turut mengumumkan sumbangan Facebook sebanyak RM43.2 juta (USD10 juta) bagi Combat Coronavirus Fundraiser yang dinaungi Yayasan Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) di Amerika Syarikat (AS) untuk membantu meningkatkan keupayaan makmal dan membeli peralatan perlindungan diri (PPE).

Dalam perkongsian pada 27 Mac, Zuckerberg mengumumkan kerjasama dengan Yayasan Gates membabitkan pembiayaan sebanyak RM108.2 juta (USD25 juta) untuk mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam mencari penawar COVID-19.

Terkini, bapa kepada dua anak itu menyumbang sebanyak RM432 juta (USD100 juta) bagi membantu wartawan di AS yang terkesan akibat COVID-19.

Katanya, program kecemasan itu adalah tambahan kepada RM1.3 bilion (USD 300 juta) yang dijanjikan sebelum ini  bagi membantu organisasi media pada beberapa tahun akan datang.

“Ketika ini, wartawan terpaksa bekerja dalam keadaan yang amat sukar bagi memastikan masyarakat mendapat berita terkini, malah kebanyakan syarikat media turut terkesan akibat impak ekonomi berikutan penularan wabak ini.

“Oleh itu, kami akan menyumbang sebanyak RM108.1 (USD25 juta) bagi pembiayaan geran kecemasan menerusi Projek Kewartawanan Facebook dan RM324.5 juta (USD75 juta) lagi bagi tujuan pemasaran untuk membantu wartawan serta organisasi media dalam membuat liputan mengenai COVID-19.

“Sumbangan ini diharap dapat menyokong wartawan untuk terus melakukan kerja mereka dalam memberikan maklumat dan berita terkini kepada masyarakat,” katanya.

Kredit gambar: Facebook Mark Zuckerberg

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Apr 2020
Featured Sat, 25 Sep 2021
Featured Tue, 31 Jan 2023

Ameera Khan Kembali Dikritik Netizen, Didakwa Sengaja Tunjuk ‘Aset’

Moga LMK kental hadapi kritikan netizen. Jangan Hilang pula okay!

Events Tue, 29 Mar 2022

72 Lokasi Bazar Ramadan Mula Beroperasi Ahad Ini

Alhamdulillah, ada yang rindu nak pegi bazar ramadan?

Gaya Hidup Mon, 25 Jun 2018

Euww… Kentut Berbau Busuk! Elak Makan Makanan Ini

Bau kentut mempunyai pelbagai variasi, ada yang tidak berbau sama sekali, ada yang bau biasa dan paling dasyat kentut yang berbau sangat busuk.