Featured By: Ad Ops September 16, 2018 @ 9:00am

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum acara C-Cycle Challenge 2018 bakal berlangsung. Bagi anda yang sudah mendaftar, sudahkah anda bersedia untuk mempamerkan skil berbasikal anda?

Selain membuat latihan kayuhan, pemakanan juga antara perkara penting yang perlu dititikberatkan. Berikut merupakan tip pemakanan yang boleh membantu anda membina tenaga dan kardio untuk berbasikal.

1. Lengkapkan diet anda dengan protein tanpa lemak dan sejumlah kecil lemak. Udang, salmon dan tuna merupakan sumber yang baik untuk protein dan asid lemak Omega 3. Udang juga merupakan sumber terbaik bagi asid amino beta alanine di mana ia mampu meningkatkan ambang ventilator serta prestasi pecut anda.

Foto: Alwaysonnutrition.com

2. Salah satu makanan terpenting ialah susu, ia sumber terbaik untuk protein, karbohidrat yang baik dan pelbagai vitamin dan mineral.

3. Elak mengambil karbohidrat yang dibuat dari gula ringkas dan tepung halus kerana ia akan menjana kesan salah untuk badan anda. Sebaliknya, isi pelan pemakanan anda dengan buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, roti gandum, beras dan pasta.

4. Makan setiap tiga jam untuk mengelakkan penurunan kandungan gula dalam darah. Garis panduan ini adalah penting terutamanya dalam tempoh tujuh hari sebelum acara berbasikal kerana anda mahu mengelakkan tenaga simpanan daripada habis digunakan.

5. Penuhi diet pemakanan anda dengan pelbagai warna yang terdapat dalam carta pemakanan iaitu warna merah, jingga, kuning, hijau, biru dan ungu. Ia adalah untuk memperoleh keseimbangan penuh yang diperlukan sebelum perlumbaan.

Foto: Raw Ayurveda

Tomato dan tembikai yang mewakili warna merah mengandungi lycopene, yang boleh membantu melindungi kulit terhadap kerosakan yang berpunca dari sinar UV matahari. Lobak merah, kentang manis serta lada kuning pula mendapatkan warna oren dan kuning mereka daripada karotenoid, yang mampu meningkatkan sistem imun.

Mewakili carta warna hijau, brokoli dan kale merupakan antara makanan yang paling berkhasiat di dunia, manakala bayam pula memiliki kandungan folat yang tinggi. Blueberi, bit, beri hitam dan kubis merah memperolehi warna biru dan ungu mereka dari anthocyanidins, sebatian anti-radang yang menggalakkan peredaran yang sihat.

Foto: Mirror

6. Sebelum perlumbaan atau pertandingan, anda harus mengambil hidangan yang rendah dalam lemak dan serat serta mengandungi 70 hingga 150g karbohidrat.

7. Pilih makanan yang tinggi kandungan kanjinya seperti mufin Inggeris, penkek, wafel, bagel, dan pasta kerana makanan ini mudah dicerna dan akan membantu mengekalkan paras glukosa darah anda. Minum susu rendah lemak, jus atau minuman tenaga dengan hidangan anda.

8. Semakin dekat pertandingan, maka makin sedikit jumlah yang boleh dinikmati. Sebagai contoh, makanan yang mengandungi 2 atau 3 kalori per paun berat badan dicadangkan semasa satu atau 2 jam terakhir sebelum pertandingan, manakala hidangan 7 hingga 8 kalori bagi per paun berat badan adalah sesuai untuk tiga atau empat jam sebelum acara. Ini akan membantu mengelakkan sakit perut.

Foto: Cycling Weekly

9. Anda haruslah peka dan sentiasa minum air sebelum, semasa dan selepas menunggang basikal untuk proses hidrasi badan. Dehidrasi adalah salah satu perkara yang paling buruk yang boleh berlaku kepada anda, ia adalah penting untuk menjadi proaktif dan mengambil banyak cecair, walaupun sebelum anda berasa dahaga.

Anda harus minum sekurang-kurangnya 8 hingga 12 auns bendalir sebelum perlumbaan, kemudian 8 auns bagi tempoh setiap setengah jam semasa kayuhan, dan jumlah yang secukupnya sebaik selesai untuk menggantikan kandungan cecair yang digunakan semasa perlumbaan.

Pastikan anda amal tip pemakanan ini untuk mendapatkan stamina yang kuat pada 23 September depan. Mana tahu anda mungkin berjaya memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM37, 000!

Sumber: MSN Selangor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Lakonan ‘Savage’ Puteri Balqis Dipuji Ramai – “Gaya Marah Tu Macam Janna Nick”

Fuhhhh! Puteri Balqis buat comeback gaiss 🤩🤩🤩 Mantap lakonan savage Aqish, min luvvvvv 🥰 Lantang tapi sangat zasss 🥵🥵

Featured Tue, 14 Sep 2021
Featured Thu, 1 Aug 2019
Featured Fri, 13 May 2022
Featured Tue, 22 Aug 2023
Featured Sat, 15 Apr 2023
Featured Tue, 5 Apr 2022

“Bahasa Indonesia Lebih Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa,” – Menteri Indonesia Tolak Bahasa Melayu Jadi Bahasa Rasmi Kedua ASEAN

Menteri Indonesia turut bercadang untuk menggunakan Bahasa Indonesia sebagai bahasa perantaraan ASEAN.

Sihat Tue, 14 Aug 2018

Internet Untuk Remaja Malaysia Akan Dihadkan Dari Pukul 12 Ke 6 Pagi Setiap Hari?

Ini adalah untuk mencegah ketagihan terhadap kemudahan teknologi ini.