Featured By: Nani Ramlee May 10, 2020 @ 8:00pm

Penularan COVID-19 dalam kalangan warga asing dipantau

Jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga asing terus menjadi isu utama dalam usaha membendung penularan wabak berkenaan di negara ini.

Hari ini, sahaja daripada 67 kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi, 49 kes dikesan dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata antara punca penularan dalam kalangan warga asing itu ialah penempatan yang sesak, selain pembabitan dalam pelbagai sektor ekonomi.

COVID-19 warga asing

Kredit gambar: Majalah Labur

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti antara punca jangkitan dalam kalangan warga asing ialah mereka duduk beramai-ramai dalam satu rumah, ada yang sehingga 30 orang dalam satu pangsapuri.

“Selain itu, dalam satu pangsapuri itu kita dapati mereka ini bekerja dalam pelbagai sektor, ada yang dalam pembinaan, ada yang bekerja di kilang dan beberapa lagi pekerjaan lain, jadi ini menyebabkan penularan itu menjadi lebih cepat,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Pertambahan 67 kes baharu positif COVID-19 itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif akibat jangkitan wabak berkenaan di negara ini sebanyak 6,656 kes.

Selain itu, KKM melaporkan terdapat 96 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 sebanyak 5,025 kes (75.5 peratus).

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,525 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan tiada kes kematian berkaitan COVID-19 hari ini, justeru jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 108 kes (1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, seramai 16 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu sebanyak enam kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, bersempena dengan sambutan Hari Ibu hari ini, KKM turut melahirkan penghargaan kepada golongan ibu di seluruh negara atas pengorbanan serta usaha mereka dalam membendung wabak COVID-19.

“Sempena sambutan Hari Ibu pada 10 Mei, KKM ingin mengucapkan setinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada golongan ibu di seluruh negara. Tema Prihatin Keluarga, Hargai Ibu adalah paling bertepatan bagi menghargai peranan dan pengorbanan semua ibu terutama sepanjang tempoh negara berusaha membendung wabak COVID-19.

sidang media harian covid-19

Kredit gambar: SoyaCincau

“Pada masa yang sama, ibu yang bertugas di barisan hadapan dan belakang tabir dalam memerangi COVID-19 juga tidak dilupakan. Keprihatinan dalam mengimbangi tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga dan negara amat disanjung tinggi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 31 Jul 2018

8 Cara Cool Hilangkan Sunburn Di Muka

Mereka yang berkulit cerah lebih mudah terkena sunburn daripada orang yang berkulit gelap

Gaya Hidup Sat, 19 Oct 2019

Belajar minum air pada waktu yang betul, barulah cantik dan sihat!

Bukan susah untuk kekal cantik dan sihat!

Gaya Hidup Wed, 28 Nov 2018
Eat Travel Fri, 10 Apr 2020

5 butik hotel yang wajib anda daftar masuk di Pulau Pinang

Penginapan yang pasti meninggalkan memori indah

Gaya Hidup Wed, 23 Jan 2019

Pelukis ini menggunakan cawan Starbucks untuk menghasilkan seni kartun menarik!

Bintangnya ialah watak duyung yang sinonim dengan jenama kedai kopi ini.

Featured Wed, 8 May 2019
Featured Wed, 25 Mar 2020
Gaya Hidup Fri, 25 Jan 2019

Lelaki ini membeli ikan tuna pada harga RM12. 74 juta, anda mampu?

Baik beli empat buah rumah banglo daripada makan ikan tuna! 

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Bukan Seperti Typical Kafe Yang Lain, Kafe Lads & Lassies Beri Anda Sejuta Kelainan!

Melangkah masuk ke Lads & Lassies, sepertinya berada dalam kebanyakan kafe di Eropah. Suasana ‘laid back’, berlatarkan seleksi irama popular  lagu-lagu Barat era 90-an, terasa tenang.

Kafe dua tingkat terdapat salon rambut di aras atas itu, turut terdapat sudut bacaan.  Naskah seperti novel dan biografi membabitkan tokoh-tokoh dunia selain tulisan mengenai penyiasatan dan perundangan, memenuhi rak-rak buku.

Eat Travel Sun, 9 Sep 2018

Seramnya Kek & Pai Ini! Ada Berani Nak Makan?

Walaupun nampak seram, kek ini boleh dimakan!

| Live TV