Eat Travel By: Ad Ops December 18, 2018 @ 9:00pm

Perdana 188 Shocking Deals, Promosi Hebat Penginapan Eksklusif Di Tengah Bandaraya

Setiap kali menyentuh soal percutian, pasti istilah lari daripada hiruk pikuk kota merupakan antara ungkapan yang sering meniti di bibir masyarakat.
 
Namun tidak semestinya, percutian di tengah bandar tidak memberikan ketenangan dan istirehat yang didambakan semua.
 
Bagi yang ingin merasai kelainan, apa kata anda terokai suasana penginapan eksklusif di tengah bandaraya Kuala Lumpur. 

Dan semestinya, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur (dahulunya dikenali sebagai PNB Darby Park Executive Suites) menjadi pilihan utama yang wajib dimasukkan dalam list percutian anda.

Terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas dan jalan utama di bandaraya Kuala Lumpur, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur menawarkan pilihan penginapan sesuai bagi ahli perniagaan dan juga yang berkeluarga.

Penginapan Moden & Eksklusif

Mempunyai 338 unit apartmen, terdiri daripada unit ‘Studio’, ‘Superior’, ‘Deluxe’, ‘Premier’ dan ‘Lifestyle Residence’ di mana kemudahan setiap unit dibezakan melalui tingkat ‘Premier dan Club’, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur cukup terkenal dengan ruang yang moden dan eksklusif.

Unit-unitnya menawarkan suasana yang sangat selesa dilengkapi dengan perabot dan pelbagai kemudahan bermula daripada unit satu bilik tidur sehingga empat bilik tidur ‘Lifestyle Residence’, kesemua unit dilengkapi dengan kemudahan dapur, ruang tamu dan ruang makan juga ruang pelbagai guna.

Bukan itu sahaja, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur turut meletakkan tahap kawalan keselamatan yang tinggi untuk keselesaan para penginap hotel. Setiap tingkat dilengkapi oleh sistem kunci berkomputer, kamera kawalan TV litar (CCTV) dan kawalan 24 jam.

Bagi keselesaan tetamu yang menginap, kedai serbaguna dan kemudahan riadah juga disediakan termasuk kolam renang, taman kanak-kanak, ruang santai, skuasy, tenis, gimnasium, sauna, trek larian, karaoke dan bilik mainan video.

Selain daripada itu, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur juga menyediakan pakej bilik mesyuarat dan perkhidmatan bankuet dengan harga yang menarik. Bilik mesyuarat dan bilik pelbagai guna amat sesuai untuk pelbagai majlis.

Hotel yang dibuka pada Jun 2000 yang menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah ini dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diuruskan oleh PNB Management Services Sdn Berhad.

Perdana 188 Shocking Deals

Berita gembira buat semua, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park kini tampil dengan promosi bilik secara besar-besaran di mana pembelian baucer untuk tawaran hebat tersebut akan bermula pada 18 sehingga 22 December 2018 ini dengan pakej bilik yang sangat menarik iaitu “Perdana 188 Shocking Deals”.

Harga penginapan bagi 2 hari 1 malam adalah seperti berikut:

• 1 bilik apartment (RM188)
• 2 bilik apartment (RM 388)
• 3 bilik apartment (RM 588)

Wow! Berbaloi dan menarik bukan? Tempoh sah menginap untuk ketiga-tiga kategori bilik ialah sehingga 22 Mac 2019.

Menariknya lagi, pakej ini turut merangkumi sarapan pagi untuk 2 orang bagi 1 bilik apartment, 4 orang bagi 2 bilik apartment dan 6 orang bagi 3 bilik apartment.  

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur  terletak di jalan utama dan berdekatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) – Stesen Ampang Park dan juga pusat membeli-belah Suria KLCC, Pavilion, Lot 10, Bintang Walk dan Plaza Sungei Wang.

Layari www.pnbperdanaonthepark.com untuk tempahan atau mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai promosi hebat Perdana 188 Shocking Deals.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 22 Oct 2022

Terbawa Karakter Dalam Lakonan, Selalu Dianggap Garang… Sheila Rusly Ingin Jadi Diri Sendiri

Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly sering diingati dengan karakter yang dilakonkan dalam setiap drama. Dianggap garang oleh warganet, Sheila umpama sudah lali dengan tohmahan dan kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya. Menurut Sheila, disebabkan karakter garang […]

Featured Mon, 22 Feb 2021

9 Tahun Nikahi Gadis Korea, Jehan Miskin Akhirnya Bergelar Bapa

Tahniah diucapkan buat pelakon kacak Jehan Miskin dan isteri Julie Camelia Rhee yang selamat menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka pada 20 Februari lalu. Menerusi laman Instagram miliknya, Jehan memuat naik beberapa keping foto bersama […]

Featured Mon, 6 Sep 2021

Hadiah Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Kepada Nur Fazura Curi Perhatian Ramai

Hubungan baik antara Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin dan aktres jelita, Nur Fazura terjalin sejak dahulu lagi. Terbaru, menerusi laman Instagram Story Fazura, aktres itu menzahirkan ucapan terima kasih buat TPS yang memberikannya hadiah […]

Featured Sat, 11 Jun 2022

Guru Sekolah Temukan Jasad Eril Terima Penghargaan – “Danke Mrs. Geraldine. Hatur Nuhun. Terima Kasih”

Salam Takziah untuk Ridwan Kamil sekeluarga 😢❤️ Terima kasih Mrs. Geraldine atas jasanya. Al-fatihah 🥀

Featured Tue, 6 Sep 2022

Ayda Jebat Nafi Berkahwin Sebab Harta – “Isteri Tak Boleh Bergantung Pada Duit Suami Semata”

Amboii, siapa yang cakap Ayda kahwin sebab harta ni? Apapun min suka tengok pasangan bahagia ni 🥰

Featured Sat, 7 May 2022

“Kak Iti Boleh, Tokti Boleh…” – Ini Respons Siti Nurhaliza Mengenai Isu Panggilan Nama

Siti sendiri tak kisah nak panggil beliau Tokti dan isu ini hanya perkara remeh baginya…

error: Content is protected !!