Featured By: Fadzlena Jafar March 25, 2020 @ 3:16pm

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu kini dilanjutkan sehingga 14 April ini berikutan kes positif COVID-19 masih berlaku.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kerajaan mengambil keputusan itu bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan dalam tempoh berkenaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berharap rakyat terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020. (Gambar NSTP)

“Saya diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara, pola semasa menunjukkan kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku.

“Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama,” katanya dalam perutusan khas, sebentar tadi.

Tempoh lanjutan penguatkuasaan PKP akan dikaji dari masa ke masa berdasarkan perkembangan semasa penularan wabak COVID-19 dan akan diumumkan kemudian.

Orang ramai yang tidak mempunyai surat kebenaran perjalanan diarah kembali. (Gambar hiasan/NSTP)

Kelmarin,  KKM mengumumkan tahap pematuhan PKP di negara mencapai 95 peratus terutama apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan bagi membantu penguatkuasaan perintah itu di seluruh negara.

Muhyiddin berkata, keputusan perlanjutan itu dimaklumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada rakyat dan pihak tertentu untuk membuat persediaan awal.

“Saya juga mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas anda sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

“Paling penting, semua keperluan asas mestilah sentiasa tersedia dan mencukupi, termasuk bekalan makanan, elektrik serta air.

“Perkhidmatan kutipan sampah dan pembetungan, kemudahan komunikasi serta logistik, keselamatan dan ketenteraman awam juga termasuk dalam aspek ini,” katanya.

Kelihatan jalan raya di lebuh raya AKLEH lengang selepas pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan. (Gambar NSTP/MUSTAFFA KAMAL)

Kejayaan China membendung penularan wabak COVID-19 apabila Perintah Berkurung yang dikuatkuasakan di seluruh negara itu sejak Februari lalu membuktikan tindakan berkenaan berkesan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Mar 2023
Featured Fri, 28 Oct 2022

Scha Elinnea Bengang Dengan Produksi – “Lama Dah Bersabar Dengan Tempat Toksik Ni”

Hmm dah banyak kali jugak dengar produksi tak jaga kebajikan pelakon ni

Featured Sat, 4 Jun 2022

[VIDEO] Buat Hal! Norreen Iman Muntah Ketika Live Di TikTok, Teruja Dapat ‘Diamond’

Alahai jarang tak buat hal lah Norreen ni 🤣 Kembang tekak min nengoknye 🤢 Min nak pesan kalau korang tengah makan jangan gatal nak tengok video tu haha

Featured Tue, 13 Sep 2022

“Bukan Nak Tunjuk Alim!”- Nad Zainal Akui Lebih Selesa Pakai Baju ‘Baggy’ Masuk Gym

Okaylah tu pakai baju besar-besar. Baru selesa nak gerak! Korang ni pun, kang kecam pulak.😅

Featured Fri, 11 Nov 2022

Tular Video Berkebun, Syamsul Yusof Nafi Ada Akaun TikTok & Facebook – “Tu Semua Fake”

Haa tu dia, jangan percaya terus apa yang kita nampak ok! Akaun TikTok Syamsul tu fake 🥵

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Wave Rock Port Baru Buat Si Kaki Hiking!

Uniknya tentang Wave Rock ini, adalah bentuk jalurnya yang senget!

Featured Wed, 9 Nov 2022
Featured Wed, 4 Jan 2023

Berang Dengan Komen Nakal Di Instagram, Ciapan Imran Bard Terlibat Kemalangan Raih Perhatian

Pempengaruh yang terkenal dengan gelagat lucu, Imran Bard menjadi tumpuan netizen kerana berang dengan komen nakal setelah dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya. My 2023 opening 🫶 pic.twitter.com/p2SOHlmbM3 — Imran Bard (@imemerang) January 2, 2023 […]