Featured By: Fadzlena Jafar April 13, 2020 @ 8:47pm

Pesakit COVID-19 tanpa gejala dan sporadik umpama bom jangka

Kes pesakit yang tidak bergejala atau asymptomatic diibaratkan bagai bom jangka yang mungkin boleh mencetuskan gelombang lebih besar jika fasa tiga  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dikuatkuasa sepenuhnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Othman, berkata pesakit asymptomatic yang tidak menyedari mereka sudah dijangkiti COVID-19 boleh menjadi punca penularan baharu yang lebih besar.

“Pesakit tidak bergejala atau yang bergejala ringan tidak menyedari mereka sudah dijangkiti dan menyebabkan mereka bebas bergerak dalam masyarakat. Secara tidak langsung, mereka mungkin akan menjadi punca pada penularan termasuk mungkin mewujudkan kluster baharu.

“Oleh itu, amat penting untuk kita mematuhi PKP terutama fasa tiga nanti. Kita melihat fasa satu dan dua PKP menunjukkan kesan yang positif iaitu kita berjaya mengawal penularan apabila tiada pertambahan kes yang mendadak, namun kita masih berjuang untuk menurunkan kes jangkitan dan kalau boleh kita mahu menamatkan wabak ini,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. (Gambar BERNAMA)

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan sehinga jam 12 tengah hari, hari ini sebanyak 134 kes baharu positif COVID-19 dikesan menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan sebanyak 4,817 kes.

Kes sembuh hari ini jauh lebih tinggi daripada kes jangkitan baharu iaitu sebanyak 168 kes, sekali gus jumlah kumulatif kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital sebanyak 2,276 kes.

Kes kematian akibat COVID-19 yang dicatatkan hari ini hanya satu kes menjadikan keseluruhan 77 kes kematian di Malaysia, namun jumlah kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada pertambahan apabila kekal 66 kes berbanding 72 kes pada 11 April 2020.

Kelmarin, CPRC melaporkan ketika ini kes asymptomatic dan kes bergejala ringan yang merangkumi 88 peratus daripada jumlah kumulatif kes jangkitan amat membimbangkan kerana mungkin menjadi punca keberadaan COVID-19 dalam masyarakat khususnya apabila Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 69 kes sporadik.

Sel COVID-19 yang boleh membiak dengan cepat apabila berada dalam pesakit yang mempunyai sistem imunisasi rendah. (Gambar hiasan/Kredit Plos Blog)

Dr Noor Hisham berkata, kes sporadik yang tidak diketahui punca jangkitan membuktikan virus berkenaan sudah berada dalam masyarakat.

“Sejak Januari lalu, KKM mengesan sebanyak 69 kes sporadik, iaitu kes yang tidak dapat dikesan punca jangkitan, tiada sejarah perjalanan ke luar negara mahupun bergaul dengan orang yang dijangkiti.

“Ini bermakna virus baharu ini sudah berada dalam masyarakat tanpa kita ketahui, justeru KKM menasihatkan Kerajaan supaya melakukan tindakan mitigasi dengan mengawal sempadan dan pergerakan, mengamalkan penjarakan selamat dan elakkan perhimpunan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, amat penting bagi setiap rakyat untuk mematuhi PKP dengan tidak keluar dari rumah termasuk mengehadkan pergerakan.

Hari ini, Kerajaan mengumumkan semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kekal berada di kampus atau di lokasi sedia ada bagi mengelakkan pergerakan besar-besaran ke seluruh negara.

Pergerakan yang bakal membabitkan lebih 80,000 pelajar IPT itu dibimbangi boleh menyebabkan penularan lebih besar terutama jika ada dalam kalangan pelajar yang mungkin antara pesakit COVID-19 tidak bergejala.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Sat, 6 Oct 2018

Permainan ‘Di Mana Najib’ Di Google Play Store Sentuh Sensitiviti Malaysia?

Permainan mudah alih percuma ini menampilkan mantan perdana menteri Malaysia dalam lensa sindiran untuk melihat dakwaan yang mengelilingi Najib.

familuv Tue, 13 Aug 2019

Jangan biar anak main di sekitar 5 jenis pokok hiasan yang merbahaya ini

Tampak cantik tetapi racunnya boleh membawa maut!

Featured Wed, 29 Mar 2023

[VIDEO] “Tak Boleh Tidur Fikir Lebih 10 Benda…” – Bella Astillah Dedah Ada Masalah Otak ‘Bising’

“Bukan fikir satu benda, kadang-kadang otak bising fikir sampai 10 benda…” – Bella Astillah

Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Mon, 25 Jul 2022
Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Fri, 1 Apr 2022