Featured By: Ad Ops March 19, 2018 @ 1:29pm

Pilih Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Puteri Sulung. Tahniah!

Tanggal 19 March 2018 menjadi detik bahagia buat penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila beliau selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Pelantun lagu Cindai ini melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram secara pembedahan kira-kira jam 8.17 pagi.

Kelahiran puteri sulung itu sekaligus menamatkan penantian 11 tahun Tok Ti dan suami, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa yang mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2006.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Dalam kenyataan rasmi menerusi Instagram @ctdk, pengurusnya Rozi Abdul Razak memberitahu Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Foto : Instagram Siti Nurhaliza

Foto : Instagram Siti Nurhaliza

Kongsi Rozi, Dato’ Sri Khalid turut melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Siti dan suami juga turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan suami meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.

Alhamdulillah, tahniah Siti dan suami! Tak sabar nak tengok wajah baby mereka nanti. Mesti comel kan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 2 Oct 2022
Featured Wed, 14 Jun 2023
Featured Sat, 6 Jun 2020

Rebut Peluang Menangi Wang Tunai Sebanyak RM150K Dengan E-Sukan Kampus!

Jangan ketinggalan rebut hadiah wang tunai rm150k!

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Macam P Ramlee & Cik Tipah, Klasik Sangat!” – Netizen Teruja Tonton Lakonan Fazura & Fattah Amin

Wowwww 🤩🤩🤩 Sukanya min tengok pasangan sejoli ni berlakon ala-ala macam dalam filem Allahyarham P Ramlee 🤩🤩 Terbaikk, suara Faz macam Cik Pah!

Featured Fri, 31 Mar 2023