Featured By: Ad Ops May 3, 2020 @ 12:30pm

PKPB: Majikan perlu beri ruang kepada pekerja untuk mulakan tugas

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih daripada 500,000 permohonan daripada rakyat untuk kebenaran pergerakan pulang dari kampung ke bandar dan juga dari bandar ke kampung.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PDRM akan menyediakan jadual pergerakan untuk rakyat pulang dari kampung ke bandar.

“Kita memang akan membenarkan rakyat yang terperangkap di kampung untuk pulang ke bandar. Oleh itu PDRM akan menyediakan jadual perjalanan untuk mereka yang pulang dari kampung ke bandar.

pergerakan pulang dari kampung

Kredit gambar: My pt3

“Pihak PDRM akan membuat kenyataan media untuk memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenainya seperti bila dan di mana, tapi apa yang boleh saya beritahu, bila pergerakan ini akan bermula adalah dari Khamis depan, 7 Mei dan dijangka berakhir pada 10 Mei 2020,” katanya.

Pada 22 April lalu, Kerajaan memperkenalkan aplikasi Gerak Malaysia yang membolehkan rakyat yang terkandas di kampung membuat permohonan kepada PDRM menerusi aplikasi berkenaan atau di balai polis berdekatan untuk pulang ke bandar dan kediaman masing-masing.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, majikan perlu bertolak ansur dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pekerja mereka yang gagal hadir bertugas pada Isnin ini.

Katanya, kakitangan Kerajaan juga tidak perlu terburu-buru pulang cepat berikutan pejabat Kerajaan mula dibuka Isnin kerana pergerakan pulang akan bermula Khamis depan.

“Saya ingin mengingatkan kepada penjawat awam untuk tidak terburu-buru pulang ke bandar kerana Ketua Setiausaha Negara (Datuk Seri Mohd Zuki Ali), bersetuju supaya penjawat awam tidak perlu mula bekerja Isnin ini dan boleh balik berdasarkan hari yang akan ditetapkan oleh PDRM.

pergerakan pulang dari kampung

Kredit gambar: BERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Saya juga ingin menyeru untuk mendapatkan kerjasama daripada majikan di syarikat swasta untuk beri ruang kepada pekerja mereka untuk memulakan kerja berdasarkan jadual yang diberikan oleh pihak polis.

“Saya akan minta Kementerian Sumber Manusia melihat dari aspek perundangan jika tindakan boleh dikenakan kepada majikan yang mengambil tindakan ke atas pekerja mereka kerana ia bukan pilihan pekerja tetapi mengikut peraturan yang ditetapkan PDRM,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Nov 2023

“Ya, Itu Lagu Baru…” – Selepas Dilamar Teman Lelaki, Nabila Razali Bakal Kongsi Berita Gembira

Selepas berkongsi foto dilamar teman lelakinya yang juga usahawan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, Nabila Razali bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai hubungannya itu. Menurutnya, perkara itu akan dikongsikan kepada umum […]

Featured Mon, 20 Dec 2021

“Wedding Of The Year” – Batal Majlis Resepsi Kahwin, Pengantin Beri Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir

Majlis resepsi perkahwinan Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, dan Nur Asyiqin Md Hamdan, 25, sepatutnya berlangsung pada 19 Disember terpaksa dibatalkan kerana bencana banjir. Namun, pasangan ini menukarkan kejadian buruk itu kepada sebuah memori yang […]

Featured Thu, 11 May 2023

[VIDEO] Comelnya! Gelagat Anak Emma Maembong Mengigau ‘Coco Train’ Buat Ramai Geram

Alahai comel sangat ni! tak boleh bawak bincang.🤣🤣🤣

Featured Thu, 10 Jun 2021

“Buat Laki Macam Hamba Abdi..”- Penonton Emosi Dengan Lakonan Didie Alias Dalam Drama Cukup Derita Itu

Penangan  Drama Cukup Derita Itu yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 sejak 6 Mei lalu ternyata memberi impak di hati para penonton Lakonan hebat Hisyam Hamid, Ruhainies, Didie Alias , Chacha Maembong dan Farhan Asri. […]

Featured Tue, 8 Nov 2022
Acara Fri, 21 Oct 2022