Featured By: Yanie Baharom April 17, 2020 @ 4:00pm

Polis kenal pasti pasangan suami-isteri ‘angkuh’ lolos sekatan jalan raya PKP

Keangkuhan sepasang suami isteri yang berkongsi tip kepada pengguna media sosial bagaimana mereka berjaya memperdaya pihak berkuasa sekali gus memboloskan diri daripada sekatan jalan raya yang tular semalam, nampaknya bakal berakhir dengan episod duka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi sidang media sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebentar tadi, memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  sudah mengenal pasti pasangan berkenaan dan tindakan akan diambil segera.

“Semalam kita lihat tular di media sosial, seorang lelaki dan juga keluarganya berkongsi mereka sudah balik ke Kuala Lumpur dan memberikan panduan kepada orang ramai bagaimana hendak mengelak sekatan jalan raya dan menipu polis.

“Saya nak beri ingatan kepada semua, jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain supaya mengikut tindak-tanduk mereka untuk melakukan kesalahan. Saya ingin menjelaskan bahawa pihak polis telah mengenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil terhadap mereka.

“Tiada siapapun pun boleh terlepas daripada tindakan undang-undang atau daripada tindakan polis jika mereka melakukan kesalahan, lebih-Lebih mereka sendiri telah mengaku bahawa mereka ingkar pada arahan atau peraturan ditetapkan di bawah PKP,” katanya.

Tambah beliau lagi, mereka yang melanggar peraturan PKP akan didakwa di bawah Akta 342, Peraturan 3(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11(1) peraturan sama.

Menerusi Facebook Warga Kuantan Official, admin akaun berkenaan telah berkongsi dua hantaran pasangan suami isteri yang sanggup menipu dan menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan oleh majikan.

Melalui hantaran pertama, seorang lelaki memberitahu bahawa dia sudah selamat sampai ke Kuala Lumpur bersama isteri dan anak-anaknya. Lelaki tersebut memberi tip bagaimana dia memperdaya pihak berkuasa dengan memberikan alasan dia hendak membawa anaknya pergi hospital.

Seorang lagi individu memuat naik kapsyen dia bersyukur kerana isterinya bertugas sebagai barisan hadapan, malah disebabkan alasan itu juga membolehkannya lolos dari sekatan jalan raya.

Foto: Warga Kuantan Official

Pada sidang media yang sama, Ismail Sabri, turut mengemas kini jumlah individu yang ditahan sehingga semalam kerana ingkar peraturan PKP adalah seramai 1,057, manakala 622 lagi dituduh di mahkamah atas kesalahan yang sama.

Jumlah tangkapan keseluruhan ingkar PKP sehingga semalam adalah sebanyak 12,074 individu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Mar 2022

Kritik Penampilan Isteri, Will Smith Tempeleng Muka Chris Rocks di Pentas Oscars

Fuh, itu sebabnya bergurau jangan lebih-lebih kan dah mendapat..

Featured Sun, 23 May 2021

‘Tak Kemaruk Soal Cinta, Tak Gelabah Fikir Jodoh, Heliza Helmi Layak Dijadikan Ikon Wanita Muslimah’

Penyanyi dan aktivis Heliza Helmi tidak asing lagi dalam  memperjuangkan misi kemanusiaan. Walaupun jarang muncul di kaca televisyen dnamun beliau masih aktif dalam pelbagai misi kemanusiaan dalam menghulurkan bantuan buat rakyar di Syria dan Palestin.

Events Thu, 9 Sep 2021

Peminat ‘ARMY’ Teruja, BTS Pop Up Store Pertama Di Malaysia Mula Dibuka 8 September Di 1 Utama

Kekecewaan para peminat kumpulan K-Pop  nombor satu, Bangtan Sonyeondan (BTS) yang terpaksa membatalkan konsert jelajah Map Of The Soul 7 akibat COVID-19 kini terubat apabila BTS Pop Up Store Showcase dibuka di One Utama mulai

Featured Mon, 27 Sep 2021
Gaya Hidup Tue, 20 Nov 2018
Gaya Hidup Mon, 9 Jul 2018

Buat Rawatan Spa Ikan, Kuku Kaki Wanita Ini Rapuh Dan Tercabut!

Pergi spa untuk cantik, tapi lain pula jadinya!

Featured Sat, 28 Jan 2023
Featured Sun, 5 Feb 2023

| Live TV